Sesampainya aku di ruang pendaftaran, aku melihat kelibat seorang lelaki yang berperilaku sedikit aneh dan bagi aku agak unik, namun wajahnya tidak jelas untuk aku lihat, sektika kemudian pandangan aku dan jejaka itu bertemu, "arghhhh sudah, dia perasan agaknya aku memerhati dia, fuh pandangan yang cukup tajam dan agak sombong" aku berbisik halus.
"Camillah Rhea Evandar!!" seorang wanita agak muda, dan berkaca mata berdiri sambil memanggil-manggil namaku, matanya liar memandang ke kiri dan ke kanan, agaknya odia tidak melihat kelibat aku. Dengan pantas aku berjalan menuju ke meja wanita muda itu, ku lihat pada tanda nama yang terletak rapi di baju miliknya "oh Atheenaa namanya" dia tersenyum melihatku, agaknya dia mendengar ketika aku cuba untuk menyebut namanya.
" Camilla, pengetuan bersedia untuk berjumpa dengan kamu, kamu pelajar pertukaran baru dari Sekolah Menengah Agate kan?" sangat berbudi bahasa tutur katanya "ya saya Cik Atheenaa, apa-apa pun cik boleh panggil saya Rhea saja, kernan itu nama yang sering saya gunakan." ku lihat dia hanya tersenyum manis, "ok cukup sampai di sini saya hantarkan awak ya, oh!! apa-apa pun selamat datang ke Labradorite." wanita itu pun berlalu pergi. "tok!tok!tok!" bunyi ketukan pintu bilik tersebut memecah kesunyian di lorong bangunan berkenaan, kedengaran suara dari dalam "Masuk saja pintunya tidak berkunci" aku membuka perlahan-lahan pintu dan masuk ke dalam ruangan berkenaan sambil aku memberikan salam hormat "selamat pagi Puan Marcella." ucap ku bersahaja namun masih tertib dan sopan "oh..kamu Camilla, pelajar pertukaran dari Agate, betul?", " Ya betul Puan, dan Puan boleh panggil saya Rhea sahaja, itu panggilan mesra yang keluarga saya berikan" Puan marcella hanya menganggukan kepala beliau sambil tersenyum.
"ha silakan lah duduk, saya telah lihat semua borang dan buku penilaian serta fail peribadi kamu yang telah dihantarkan oleh kerani sebentar tadi, dari yang saya lihat kamu sememangnya layak untuk beradai di sekolah ini, prestasi kamu di bahagian kukurikulum dan kokurikulum juga amat memberangsangkan dan bole di katakan sangat cemerlang"
"Terima kasih puan atas pujian yang puan berikan,akan tetapi saya tidaklah sehebat mana tanpa bantuan dari pihak guru, saya tidak akan mampu mengecapi apa yang saya ada sekarang" aku tersipu malu,suhu badan ku mendadak naik ruangan bilik itu terasa sangat panas walaupun pada awalnya aku agak sedikit kedinginan. "baiklah Rhea, daripada kita berulas panjang ada baiknya saya hantarkan kamu ke kelas kamu, sesi pembelajaran juga telah bermula 30 minit yang lalu" Puan Marcella bangun dari tempat duduk dan menuju kepintu untuk menghantarkan aku ke kelas, kau hanya mengikuti beliau dari belakang.
Pada hari itu aku rasakan rakan-rakan sekelasku menerima aku dengan baik, namun ada hal yang menjadi tanda tanya bagi aku, di mana apabila aku memberitahu alamat rumah ku, mereka semua diam suasana kelas yang pada mulanya riuh menjadi senyap, Puan Marcella juga diam menatap aku. Namun salah seorang pelajar sempat menanyakan satu soalan yang pada aku pelik, dimana ia bertanya pada aku adalah aku pernah melihat kelibat ahli sihir, ataupun perkara misteri ketika melalui rumah agam besar yang terletak betul-betul di hujung persimpangan jalan. Pertanyaan rakan ku itu membuatkan aku jadi aneh, ya memanglah rumah tu nampak seram dan seperti tidak berpenghuni tapi aku yakin pemilik rumah tersebut atau penghuni ruma tersebut adalah seseorang yang tidak suka bersosial atau juga dengan kata lain penghuninya seorang yang tua yang sudah tidak bermaya untuk keluar bersiar-siar atau...Arghhhhh banyak sangt kemungkinan yang bermain di fikiran aku ini.
pada petang itu ketika aku dalam perjalanan pulang, aku cuba untuk mengamati setiap sisi rumah agam tersebut, "hum seni bina yang menarik, ala-ala rumah pemerintah british, kawasan rumah dia pun masih kemas dan rapi, tak ada pula macam dalam cerita seram atau cerita hantu tu, kotor tak terurus" aku terus mengamati kawsan rumah dan sekitarnya hinggalah aku tersedar ada sesosok tubuh lelaki di sebalik tirai rumah tersebut seakan-akan memerhati gerak dan geri diri ini, dengan perasaan yang takut aku mempercepatkan kelajuan kereta yang ku pandu, namun dalam hati ini aku semakin tertanya-tanya akan isteri di sebali rumah agam tersebut.
" Rhea,, ibu dan ennek hendak pergi ke pesta keraian sempena menyambut musim epal yang akan tiba, kamu nak ikut tak?" terdengar suara ibu di luar pintu bilikku, aku mengerdipkan mata, mencari di mana aku meletakkan telefon bimbit aku, setelah sambil aku berkata kepada ibu "ibu, Rhea rasa macam hendak berehat saja di rumah lagipun esok Rhea haru ke sekolah Awal, pihak sekolah juga menganjurkan pesta keraian menyambut musin buah epal yang bakal tiba." Ku lihat jam di telefon bimbit aku, jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam, aduh kira lama juga aku terlelap ni, " Yelah kalau macam tu ibu dan nenek jalan dahulu ya, kunci semua pintu dan kami akan balik jam 9.00 malam nanti,oh yah kamu jangan luppa untuk makan, ibu ada masakkan kamu ayam panggang madu rempah yang kamu suka." mendengar saja apa yang ibu sebutkan, aku jadi lapar perut mula berbunyi, aku tersenyum nakal. "hummm,,,, ada baiknya aku mandi dan bersihkan diri, lepastu boleh makan sambil menonton tv." aku bertingkah girang tak sabar rasanya hendak menjamah makanan kegemaran aku.
usai mandi aku bergegas turun, aroma ayam panggang di dapur masih boleh terhidu, aduh laparnya perut ini. Seketika aku menyiapakan makanan, aku terdengar suara seperti orang bertengkar, suara seorang wanita menjerit marah sambil menangis kedengaran memecah kesunyian malam, semakin aku amati semakin jelas kedengaran bunyi suara itu datangnya dari rumah agam milik jiranku. Aku cuba untuk memahami apa yang diucapkan oleh wanita itu namun aku gagal kerana aku sendiri tidak pasti bahsa apa yang digunakan oleh wanita tersebut, "owh barangkali saja jiran ku ini sedang menonton cerita dari negara luar, humm tapi tak ada kesedaran sivik langsung bila memasang suara tv sekuat yang mungkin, tak kesiankah pada jiran sekeliling." ak cuba membuat andaian walaupun pada pemikiran aku hal tersebut mungkin saja tidak betul, mungkin saja ada wanita yang sedang didera di rumah agam tersebut.
Aku meneruskan aktiviti yang ku lakukan sebentar tadi, usia makan aku ke ruang tamu untuk menonton tv sambil menanti kepulangan ibu dan nenek. Bunyi jeritan dan tangisan wanita itu kembali kedengaran tetapi kali ini aku memilih untuk membiarkan dan hanya beranggapan bahawa itu bunyi suara tv yang kuat dari rumah jiran aku, hinggalah suara tangisan itu beransur berubah dari seakan-akan marah menjadi sayu dan menyentuh jiwa sesaiapa pun yang mendengarnya.
Aku cuba mengamati rumah agam itu di sebalik jendala ruang tamu rumahku, seperti tidak ada apa yang berlaku di rumah tersebut, ya rumah agam ini memang sangat misteri, kalau yang menghuni rumah ini wanita, lalu mengapa kelibat lelaki yang aku lihat pada petang tadi dan sebenarnya berapa ramaikah penghuni rumah agam tersebut, jika ramai mengapa terlihat sepi.. semua pertanyaan itu bermain-main difikiran aku, dan membuatkan aku ingin menyiasat apa sebenarnya yang terjadi dengan rumah agam itu, siapakah pemilik dan penghuninya...