Chereads / CINTA GELANDANGAN / Chapter 2 - BAB 2

Chapter 2 - BAB 2

Aku yang sedang lena tidur, tiba-tiba terjaga kerana deringan telefon dipagi hari. Baru pukul 7 pagi, sudah rajin telefon orang. Buka kedai pukul 8 lah.

"Ya?"

"Assalamualaikum"

"Waalaikummussalam"

"Cik Eyya ke?"

Aku mengangguk. Mata aku masih kuyu lagi sehingga aku tidak sedar apa yang aku buat.

"Hello? Cik? Cik kat mana? Cik masih ongoing call kan?"

"Eh?" Aku menggosok mata. Ya Allah. Yang aku pergi angguk tu kenapa.

"Ya, ya. Eyya ni. Ya. Nak apa ya?"

"Semalam... awak ada order kopi kan? Tiga bundle. Suruh hantar pukul 7 pagi sebab kafe buka pukul 8?"

Bila dia cakap begitu je, terus terbuka luas mata aku dibuatnya.

Eyya! Ya Allah. Kenapa kau boleh lupa kopi yang kau order semalam?

"Aahh... err... dalam 20 minit saya sampai?"

"Lama sangat tu cik. Saya ada masa 10 minit je ni. Lepas ni nak pergi hantar dekat Batu Pahat pula"

"Ha ya, ya. 10 minit. Tolong jangan pergi lagi. Saya sampai dalam 10 minit. Awak depan kafe kan? Nnti saya sampai"

"Ya. Baiklah"

*****

15 minit kemudian,

Aku turun dari motor itu dan terus berlari ke kafe. Yang peliknya, tak ada pula van atau lori disini. Tapi 3 kotak kopi sudah berada di hadapan kafe. Ada seorang lelaki yang berpakaian lusuh di sebelah kotak-kotak ni. Dia sedang tertidur dengan nyenyaknya.

Aduh. Lelaki tu tinggalkan saja kopi ni begini? Kalau kena curi? Duit pun aku tak bayar lagi ni.

Biarlah. Nnti aku call lelaki tu semula.

Segera aku mengeluarkan segugus kunci di dalam poket lalu buka mangga yang mengunci pintu besi ini.

KREKKKKK!

Terkejut lelaki yang sedang itu. Dia terus bangun dan berdiri. Urat-uratnya diregangkan. Dia berkerut penuh mamai. Masih baru bangun tidur.

"Saya nak RM450"

Dia terus menghulurkan tangannya.

"Eh? Saya ke?" Seperti orang bodoh saja, aku menunjuk diri aku.

"Awak nampak siapa lagi ni? Sudah tentulah saya mahu tebus RM450 saya dari awak. Saya yang bayarkan kopi-kopi ni"

Ternganga mulut aku dibuatnya.

"Tipu! Awak cuma mahukan RM450 saja kan?"

"Apa yang tipu? Saya bayar betul-betul tepat RM450. Duit saya hampir setengah ribu hilang. Bayarlah balik!" Marahnya.

Ya Tuhan. Femininnya mamat ni. Abang, pernah kena sepak tak?

"Betul ke? Boleh percaya ke?"

"Geram pula aku dibuatnya. Betullah. Bagilah balik RM450 tu. Hanya tu je duit sara hidup aku 2-3 bulan ni!"

"Okeyh. Eh kejap. Awak bukan gelandangan ke? Ehh awak jangan nak tipu sayalah. Gelandangan duit sampai RM450. Adik saya pun boleh buat"

"Ya Allah cik! Saya solat subuh setiap hari cik. Solat Istikharah moga saya dipercepatkan jodoh dan solat sunat aidiladha lagi 2 bulan! Macammana lagi nak buat cik percaya yang saya sudah bayarkan RM450?"

Aku mengetap bibir. Tak boleh sewenang-wenangnya beri duit pada gelandangan. Nanti habis dikebasnya.

Dengan curiga, aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Ke bawah dan ke atas. Aku buat berulang kali hingga penat Qabil dibuatnya.

"Apa yang awak pandang-pandang ni?" Soalnya hairan.

"Manalah tahu kalau-kalau awak nak menyamun. Tapi takpe. Saya percayakan awak. Awak jangan buat sumbang mahram pula. Jangan kecewakan saya atau saya takkan maafkan awak seumur hidup."

"Yelah. Ingat drama melayu ke nak cakap macam ni?"

"Hm. Angkatkan kotak-kotak ni dulu please. Nanti kita settle dalam kedai je. Kena cepat sebelum kawan saya datang nak jaga juga"

"Err...okey" Haih. Menyesal pula dia tolong bayar tadi. Kalau aku, aku sanggup bunuh diri dari kena bayarkan untuk orang.

*****

"Nah. RM450"

Aku menghulurkan satu sampul surat perang kepadanya. Dia mengambil dengan tangan kanan. Tanpa ucap terima kasih, dia terus membuka sampuk itu dan membukanya.

Eh kejap. Akulah kan yang sepatutnya ucap terima kasih?

Dan minta maaf?

"Terima kasih sebab tolong bayarkan. Maaf juga sebab tuduh bukan-bukan tadi"

"Its okay. Nah"

Dia mengeluarkan RM10 dari sampul itu dan diberikan semula pada aku.

"Saya nak roti bakar, keropok SMAX ni dua dan kopi O satu"

"Eh"

Aku menolak RM10 nya.

"Saya terhutang budi dengan awak. Biar saya belanja makan yang awak nak"

Dia senyum. Menyimpan kembali duitnya di dalam sampul.

"Alhamdulillah. Jimat duit saya. Kedai buka pukul 8 kan?"

Aku mengangguk.

"Lagi 10 minit ni kawan-kawan saya datanglah ni. Awak duduk saja dekat mana-mana. Nnti kawan saya serve awak"

"Kenapa kawan awak pula? Awak tak boleh ke?"

"Alah. Redha jelah. Saya kena buka bungkusan baru sampai ni dan susun. Pukul 9 baru ada kot"

"Ouh. Yeke? Okey lah..." Dia menunjukkan isyarat OKEY.

Aku tersenyum. Feminin. Comel pula lelaki macam ni. Tapi malangnya, dia seorang gelandangan. Hm.

*****

9 pagi,

Selesai menyusun segala barang, aku keluar dari dapur. Annie sedang masak dan buat air. Manakala Farah pula serve makanan. Serius kafe ni ada 3 orang pekerja saja ke? Ah.

Aku memandang ke arah rak-rak makanan. Tempat dimana terletaknya ramen yang dibeli oleh budak semalam.

Selain kafe, tempat ni syurga ramen bagi peminat ramen. Ada bermacam-macam jenis ramen disini yang boleh dibeli. Boleh juga dimasak disini tapi harganya naik sikitlah.

"Eyya." Farah menyentuh bahu aku.

"Apa tunggu lagi? Pergilah serve pelanggan. Ramai orang tu"

"Kejap. Farah" aku menarik bajunya.

"Ada nampak tak gelandangan lelaki tadi? Dia ada order makanan ke? Lupa pula nak cakap dekat kau tadi"

"Gelandangan? Lelaki? Takde pun. Kalau ada, aku layan free je."

"Ada tadi... haish. Mungkin dia segan kut. Takpelah. Nanti Ain tolong kau layan pelanggan. Aku nak memasak jelah hari ni"

"Okey"

"Tapi kalau kau nampak gelandangan lelaki muda tu, kau tegur dia lepas tu panggil aku okey?"

"Okey"

*****

15 jam bekerja tanpa henti. Pelanggan tak putus-putus datang. Ramai juga datang semata-mata nak beli ramen. Sebab kedai ni je yang jual ramen RM5 dekat area ni. Tempat lain mahal.

Pelanggan datang seperti air yang mengalir. Tidak menang tangan dibuatnya sebab hanya 3 orang saja pekerja. Semalam hari sabtu tak ramai orang tapi tak menang tangan juga Sbb aku seorang saja yang bekerja! Lagi teruk! Aku pun tak tahulah rules dekat kafe ni macammana sebab diusahakan oleh 5 budak lembab sedunia.

Tapi mujurlah sudah habis. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam tepat. Pelanggan semua sudah beransur pulang.

Sebelum pulang, kami menyusun kerusi dan mengelap tingkap dahulu.

Tugas aku, kemas dapur. Farah lap tingkap dan Ain sapu sampah. Settle.

"Eh awak." Farah menjenguk ke luar kafe. Dia seperti memanggil seseorang tetapi laju saja lelaki itu lari daripadanya.

"Awak! Aih!"

"Kenapa?" Ain berkerut. Dia meletakkan batang penyapu itu dipipinya yang bulat itu. Nampaklah comel bila dia buat muka mengantuk tu.

"Ada... gelandangan lelaki. Eyya suruh tegur tapi nampaknya dia lari"

"Ouh. Dia malu kot"

"Hm. Betul juga"

Aku didapur, hanya senyapkan diri. Nak bersuara, tak boleh. Aku sendiri tak tahu nak cakap apa. Tapi kenapa aku penting kan sangat dengan gelandangan tu? Sebab dia feminin? Sebab dia tolong aku? Kalau dia nak datang, datanglah ia. Tapi kalau taknak, sampai aku mati pun, dia takkan datang.

Ya Allah. Astaghfirullah. Apa aku cakap ni. Haram ni duk mimpi fasal lelaki malam-malam. Dah macam angau pula. Hish!

BY Eyya Dhyna