Adelia menghempaskan tubuhnya di katil usai sahaja meletakkan beg tangan di meja soleknya. Fikiran Adelia benar-benar bercelaru saat ini. Dia cuba melelapkan mata tapi tidak mampu untuk melupakan segala yang terjadi hari ini. Dia benar-benar tidak menyangka Amzi dengan mudah mempersetujui keputusan ibu bapanya dengan mengkhianati janji cinta yang dipertahankan selama ini. Adelia membelek telepon yang digenggam sejak tadi.
("Am, saya ingin tanya satu soalan. Kenapa ibu bapa Am tidak dapat terima saya dan mencadangkan gadis itu untuk menjadi isteri Am?") Adelia dengan nekad menekan butang send. Adelia tidak ingin mengalah. Saya harus mempertahankan semampu yang mungkin cinta ini. Tiada lagi lelaki lain yang mampu menggantikan tempat Amzi di hati ini. Adelia merenung telepon tersebut namun kecewa setelah teks yang dihantarnya tadi hanya dibaca oleh Amzi. ' Tolong Am, berikan saya penjelasan apa kurangnya diri saya' bentak Adelia dalam hati. Serta merta airmata mengalir lagi untuk kesekian kalinya. Ting! bunyi wassap masuk. Adelia membuka kata laluan telepon dengan segera. ( "Lia, anggap saja kita tiada jodoh. Am yakin Lia pasti temui jodoh yang lebih baik dari Am") Adelia mengeluh. Itu sahaja yang Amzi dapat jelaskan kepadanya saat dia inginkan jawapan dan berusaha mempertahankan mahligai cinta yang sudah runtuh. ("Lia cuma mahu tahu apa sebab mereka tidak menerima Lia,") Adelia laju menaip teks lalui menekan butang send sekali lagi. ( " Lia masih muda, Lia masih ada peluang untuk memperbaiki diri dan mencari yang lebih baik dari Am. Tolong lepaskan Am. Kita tiada jodoh,") Amzi membalas lagi. (" Boleh Lia tahu siapa gadis yang dijodohkan dengan Am?") Adelia bertanya ingin tahu. (" Alisha.") Frasa pendek ini sudah cukup untuk membuatkan hati Adelia retak seribu. Alisha ialah sahabat Adelia sejak di bangku sekolah dan Alisha adalah satu-satunya sahabat yang Adelia berkongsi semua tentang Amzi. Adelia tidak lagi membalas teks tersebut. Adelia hanya mampu mengesat airmata yang semakin laju menuruni pipinya.
'Alisha! kamu memang talam dua muka. selama ini saya bertanyakan tentang keadaan Amzi, kamu hanya berusaha memujuk saya untuk bersabar.' Kini, bukan lagi ditinggalkan Amzi yang paling sakit tapi Alisha adalah titik utama kekecewaan di hati Adelia. (" Isha, kamu ada jumpa Am kah? kenapa ya dia jarang balas teks Lia.") Pertanyaan Adelia kepada Alisha sebelum ini. (" Mungkin dia sibuk, Lia sabar saja ok. Maklumlah Am kan di kampung, sukar untuk mendapatkan rangkaian. Jangan risau semuanya akan baik-baik sahaja,") Itulah jawapan Alisha yang nyata hanyalah lakonan semata-mata. Sanggupnya kamu Alisha. Alisha adalah gadis sekampung dengan Amzi tetapi juga sahabat baik Adelia kerana mereka sama-sama belajar di sekolah dan tinggal satu bilik di asrama sebelum memilih laluan masing-masing selepas habis belajar.
Adelia hanya menggurungkan diri di bilik. Dia malas hendak keluar dengan keadaan dirinya kini. Teks yang dihantar sebentar tadi kepada Alisha hanya satu tick menandakan teks itu tidak dihantar ke wassap Alisha. Apakah Alisha sudah menyekat Adelia agar tidak dapat menghubunginya. ' Tidak akan saya biarkan persoalan ini menghantui, saya harus menemui Alisha' Adelia berkata dalam hati dengan penuh kesedihan dan geram.