Adelia mengorak langkah dengan segera. Hari ini dia harus mencari jawapan atas persoalannya. Setelah semalaman Adelia tidak dapat melelapkan mata dengan lena, hari ini dia nekad ingin menemui Alisha. Kini, Adelia benar-benar berada di hadapan rumah Alisha. Namun tiada tanda-tanda rumah tersebut mempunyai penghuninya saat ini walau sudah beberapa kali Adelia mengetuk pintu tersebut. Dua puluh minit masa sudah berlalu namun tiada sesiapa membuka pintu rumah itu. Perlahan-lahan Adelia membuka langkah untuk meninggalkan rumah tersebut dengan penuh rasa kecewa. Namun tidak jauh Adelia melangkah kelihatan sebuah kereta Avanza tidak jauh di hadapan. Adelia lantas menyembunyikan diri di rimbunan pokok bunga tepi jalan. Mana mungkin Adelia melupakan no flat kereta tersebut kerana itu adalah milik bekas teman lelakinya Amzi.
Kemesraan diantara Amzi dan Alisha sudah jelas memberikan jawapan penuh kepada persoalan di kotak fikiran Adelia. Adelia melihat Alisha tersenyum manis sambil merenung Amzi dan Amzi pula mengucup lembut tangan Alisha seperti sepasang kekasih yang sudah lama tidak berjumpa. Tidak lama kemudian kereta tersebut berlalu dari pandangan Adelia dan serta merta airmata jatuh entah yang keberapa kali Adelia menangis lagi. Tiada lagi jawapan yang diperlukan kerana semuanya sudah terjawab sebentar tadi. Kini, bukan kerana Amzi telah dijodohkan oleh ibu bapanya tetapi jawapan yang sebenar ialah ternyata Amzi dan Alisha sedang memadu asmara. Apa yang paling menyakitkan ialah Amzi memilih Alisha sedangkan Amzi tahu bahawa Alisha adalah sahabat baiknya dan Alisha pula sanggup menyakiti hati sahabatnya sendiri.
langkah Adelia semakin laju menuju ke jalan besar. Dia harus segera tiba ke bas stop sebelum tangisannya kian menjadi-jadi. Kini, dia nekad untuk tidak lagi mengejar Amzi. Amzi benar, mereka tiada jodoh tapi jodoh yang Amzi pilih membuatkan Adelia mulai membenci kaum Adam.
" Eh Lia, kau kenapa? cuba beritahu alu apa masalah kau," Julia menegur Adelia sebaik sahaja melihat muka Adelia seperti tidak bermaya selepas masuk office sebentar tadi. Adelia hanya menggelengkan kepala memberi signal bahawa dia tidak mahu berkata apa-apa tentang masalah yang sedang dia hadapi. "Takkanlah kau monyok macam ni kalau tiada apa-apa masalah Lia. Aku dah bertahun kenal kau. Ini mesti pasal Amzi kwn?" teka Julia ingin tahu sambil meletakkan tangannya di bahu Adelia. " hmmm... susah cakap..," Adelia mengeluh. " Ok saya tunggu kau jelaskan pada aku. Aku tak paksa kau sekarang, cuba tenangkan perasaan kau Lia," Julia mengalah tidak ingin memaksa Adelia untuk menceritakan masalah yang sedang dia hadapi kini. Apa yang Julia tahu, reaksi dan keadaan Adelia sudah cukup memberikan jawapan bahawa dia sedang mengalami masalah yang berkaitan dengan Amzi. " Nanti kita pergi lunch sama-sama," akhirnya Adelia membuka mulut. " Ok, ontime.. ," Julia membalas sambil memberikan senyuman kepada Adelia. Selepas itu mereka meneruskan lagi kerja masing-masing.
"Lia, betulkah kau nak resign ni?" Julia bertanya dengan suara yang sedih. "Hmm. aku tak tahan duduk sini lama-lama Ju. Semuanya sudah hancur berkecai, tambahan lagi aku tidak ingin menyaksikan atau mendengar cerita tentang perkahwinan Amzi," Adelia menjelaskan kekecewaan kepada Julia. " Alah, habis tu aku siapa kawan selepas ni..," Julia sedih. " Elehh Ju, kau bukannya budak kecil lagi," Adelia terhibur dengan gelagat Julia yang mengalahkan budak kecil itu. Kemudian mereka ketawa sama-sama. " Habis tu kau nak pergi mana lepas ni Lia?" Julia bertanya untuk yang kesekian kalinya. " hmm belum tahu lagi. Mungkin aku akan bawa diri aku ke kampung sebelah mama aku Ju," Adelia berkata sedikit perlahan membendung kesedihan. " Ok Lia, take your time. Aku harap kau dapat move on dengan cepat. Kalau kau perlukan pertolongan, ni kawan kau ni sedia membantu," seloroh Julia ingin menghibur hati kawannya itu.