1 jan 2014 aku mula mendaftarkan diri di kolej yg kumohon.di situlah bermulanya cerita suka duka kisah percintaanku.pada hari pertama mendaftarkan diri di situ..aku berkenalan dengan seorang kawan yang bagiku salah seorang wanita disitu termasuk aku kerana bidang yang aku ceburi boleh dikatakan berpihak kepada kemahiran lelaki berbanding wanita iaitu bidang electrical.aku sebenarnya tidak berminat atau pernah terfikir langsung untuk menceburi bidang itu.mungkin takdir yang telah membawa aku ke sini dengan menghantar rakan sekolahku mengajak aku menyertai bidang ni..dan aku pun tidak tahu kenapa aku boleh berminat untuk menyertai.kerana aku seorang yang sangat pemalu untuk berdepan dengan orang lagikan aku mengetahui bahawa bidang yang aku bakal ceburi ini akan banyak berhubung dan berjumpa ramai lelaki..tetapi mungkin ini lah takdir hidupku..