bermulalah hari pertama aku di kolej itu.seperti biasa sebagai seorang pelajar baru aku akan menyertai orentasi sebelum bergelar student di situ selama seminggu.pelbagai aktiviti yang perlu aku mengikuti sepanjang orentasi tersebut.cukup seminggu aku melalui orentasi.bermulalah kisahku ketika pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kelas yang bakal aku duduki selama setahun.dan disitulah aku berjumpa seorang lelaki yang telah mengubah hidupku.
semua pelajar yang sama jurusan dengan aku telah berada dalam kelas tersebut.menantikan pengajar yang akan mrngajar kelas kami.setibanya pengajar ke dalam kelas.bermulalah sesi suai kenal antara satu sama lain.setiap seorang harus berdiri dan memperkenalkan diri masing2.setelah selesai sesi suai kenal..kami harus ke stor pakaian untuk mengambil uniform pelajar kami..dan dari situlah bermulanya cerita dimana seorang lelaki telah menegur aku mengenai pakaian tersebut sebagai pembuka bicara dan bak kata orang suai kenal antara aku dan dia.dia menarik minat aku untuk berkawan dengannya apabila dia mula sering menegur aku dan menanyakan tentang diriku sebelum memasuki kolej ini.akupun berasa selesa bersembang dengannya.
aku mempunyai pekerjaan pada waktu malam iaitu menjual burger di kawasan berhampiran rumahku..kiranya aku ini seorang minah burger la kerana aku telah menjual semasa umurku berusia 12 tahun sehingga sekarang usiaku 24 tahun,menjual bersama abangku.
pada malam selesai hari pertama di kolej tersebut,aku terkejut kerana menerima mesej darinya yang meminta tolong aku meminjamkannya helmat.aku hairan lalu menanyakannya bagaimana dia mendapat nombor telefonku.lalu dia berkata memintannya dari rakanku iaitu syakila yang aku kenali dikolej siang tadi.