Chereads / Putarkan masa lalu~ / Chapter 7 - Bicara Hati-PEREMPUAN

Chapter 7 - Bicara Hati-PEREMPUAN

Chapter 7

"Awak, main-mainkan perasaan saya ke?!"

Aku berkerut dahi. Buntu aku dengan ungkapan yang tiba-tiba. "Kenapa awak cakap macam itu?" tanyaku, menyoalnya.

Dari nada suaranya, sedikit berubah jika dibandingkan dari awal perbualan. Ada getaran, di setiap ungkapan suaranya yang aku dapat rasakannya sendiri. Seolah-olah, bicaranya kini. Datang dari hati. Cuma, aku tertanya-tanya. Kenapa dia soal aku macam itu. "Saya, mainkan perasaan awak?" ulangku pula.

Tipulah, kalau aku tak hairan. Jika ikutkan sebelum ini, apa yang dia lakukan sewaktu dahulu hanyalah gurauan dan jenaka, baginya. Kecualilah, dia ada menaruh perasaan. Adakah selama ini, dia menyukai aku. Aku menyoal diriku sendiri. Atau, dia hanya bergurau kini?

Mustahillah...

Sebab, waktu aku luah dulu pada dia, beriya-iya dia hina aku. Dan dia cakap, mustahil dia menyukai aku. Apa yang dia lakukan hanya suka-suka dan main-main sahaja. Jika nak diungkit semula, sampai sekarang aku masih belum lupakan apa yang dia katakannya dahulu.

"Awak, maksudkan. Kalau dulu saya terima confession dari awak. Awak tetap tak akan terima saya. Sebab awak hanya anggap saya kawan. Itu maksud awakkan, tadi. Betulkan, jika saya silap. Kalau apa yang saya maksudkan, betul. Jadi, selama ini. Awak, main-mainkan perasaan saya." Ujarnya. Oktaf suaranya, kedengaran tidak stabil. Dihujungnya, kedengaran ada keluahan dengan nada kecewa.

Aku menyentuh dahi, memahami apa yang dia katakan kini. Aku tak faham, jika ulang sekali lagipun. Aku masih tak faham. Kenapa dia macam ini? Sepertinya, aku yang bersalah. Apa salah aku? "Awak, suka saya?" tanyaku pula, setelah lama aku berdiam buat ketika.

Dia menunduk ke bawah, menekur tanah dan batuan kecil. Menarik nafas dalam. Sepertinya, dia tak pernah menyukai aku.

Aku menarik nafas. Nafas dihembus,kasar. "Saya rasa awak tak perlu cakap, yang saya mainkan perasaan awak. Jika ikutkan, awak banyak kali mainkan perasaan saya. Mungkin, awak anggap ianya gurauan. Tapi, tidak saya. Lagipun, awak yang tolak luahan saya." Suaraku, walaupun kedengarannya seperti, diucapkan satu-satu. Aku harap, dia boleh dengar dengan jelas.

Lagipula, kenapa nak ulang semula kisah lama.

"Ya..saya suka awak. Saya terlalu sukakan awak dari dulu lagi, dan sekarang saya sangat menyesal. Sebab, saya sia-siakan peluang yang dah ada."luahnya. Nada suaranya memberat.

Aku yang dengar terdiam. Aku berkerut dahi. Aku tak salah dengar, rasanya. "Awak jangan main-main. Ini bukan gurauan." Aku berujar kasar.

Bicaranya, buatkan aku rasa tidak selesa.

Helanya,kurang senang. Mungkin, kerana aku tak pasti tentang perasaannya. "Saya, suka awak!" Ujarnya lagi, hingga membuatkan aku berundur ke belakang. Kali ini, jelas. Aku terkedu.

Apa yang diluahnya sekarang ini, boleh diumpamakan seperti tamparan hebat buat aku. "Kau, gila?!" Tanpa sedar, lidahku melepaskan soalan. Air mukanya, mungkin sudah menduga reaksi aku. Aku jadi marah. Serta merta, perasaan yang aku sangka ianya sudah luput. Kembali berkocak. Terasa dadaku, perit dan pedih.

Segala yang aku pendam selama ini, seakan memuncak naik. Hatiku, sakit yang teramat sangat. Punca dia, pada hari itu aku menjadi benci pada lelaki. Aku menjadi trauma pada lelaki dan kerana dia, aku anti pada makhluk berjantina lelaki. Seakan ianya bergabung dalam satu-satu masa. Tanpa aku sedar, air mataku terbit sendiri.

Kenapa sekarang? Kenapa sekarang baru, dia nak luah pada aku yang dia sukakan aku. Tidakkah itu, satu perbuatan yang gila?!!

Hampir beberapa bulan, dia membuatkan aku takutkan lelaki. Aku mungkin, tak akan kuat seperti ini, jika tiada sahabat baikku yang membantu. Aku hampir menjadi murung. Terasa Trauma yang amat sangat.

"Ya, aku gila! Kau yang buatkan aku, gila!" lontaran suaranya marah. Dia tampak sesal. Mungkin kerana dia kecewa dengan dirinya. Namun seketika, dia seperti merayu. "Aku tak pernah macam ini! Aku minta maaf dekat kau. Aku jujur sukakan kau." Nada tingginya, berubah rendah.

Aku nampak wajahnya kesal. Tapi apa yang dia luahkan pada aku kini, aku tak boleh menerimanya. Aku berundur, dengan ngelengan kepala. "Tetapi, kenapa kau luah?" tanyanya, pula.

"Sebab, kau! Aku luah dekat kau, sebab aku kecewa dengan kau. Takkan sampai ke tahap macam itu, kau nak uji seorang wanita. AKu tahu, aku tak baik kerana aku tak putuskan panggilan hari itu. Tapi, yang aku tahu. Aku marah sangat." Mungkin kerana emosi yang melonjak. Aku menangis.

Penat aku tahan perasaan yang selama ini berbuku lama. "Aku marah dengan kau! Aku tahu kau baik, tapi kenapa perlu buat macam itu." Tuturku, dalam esak tangis. Dia yang melihatku, terdiam membisu. Lama aku menangis, sehingga hujung tudungku basah dengan air mata.

"Maaf, aku tak maksudkan kau gila. Maaf.." setelah rasa ini, mulai reda. Aku tak memandangnya. Terlalu perit untuk ingat semula cerita lama.

"Tak apa. Saya tahu, saya salah." Ujarnya, seperti memahami. Aku tak tahu, adakah dia faham seperti mana aku faham.

Tiada dialog antara aku dan dia. Aku mengambil keputusan untuk masuk ke dalam chalet. Pintu bilik, aku kunci rapat. Tersandar di pintu. Kejutan apakah yang aku terima. Aku meraup wajah. Aku lap air mata yang tersisa. Kenapa aku menangis..

Hatiku menyoal. Ya…hari itu.

Sememangnya aku marah yang amat sangat. Aku terlalu marah. Aku hubungi dia, sebab aku teringin nak berkawan dengan dia. Hanya sekadar kawan. Bagi aku, itu sudah cukup. Tapi…kenapa, kenapa…Keluhan kecil, terbit sendiri.

Aku pandang bilik chalet yang kosong. Hasliza dan Syafikah, masih belum pulang. Aku pergi ke cermin, melihat wajahku yang sedikit sebam. Mata dan wajah yang dipenuhi dengan alat makeup, aku lunturkan dari wajah. Aku buang segala tipuan dunia. Hanya secalit perwarna merah di bibir, aku terus menukar baju kepada pakaian yang lebih santai. Lebih kepada diri aku yang sebenar.

Aku buka pintu, aku lihat dia masih berada di hadapan chalet. Kecewa atau kesal, mungkin. Aku dapat rasakan dia terkejut, melihat aku keluar.

"Awak, nak ke mana?" tanyanya, mengejar langkahku. Jaket Najmi, aku bawa Bersama. Dialognya, sudah seperti awal perbualan. Hanya aku sahaja. Tidak menukar cara percakapanku.

"Aku nak jumpa Najmi." Aku lebih mudah, berterus terang dan lebih senang menggunakan aku-kau daripada menggunakan saya-awak. Saya-awak, hanya pada insan yang perlu. "Aku nak bagi, jaket pada dia." Tambahku, menjeling melihatnya dengan ekor mata.

Dia tersenyum. Aku hanya mengatur langkah laju.

"Awak suka Najmi." Tanyanya, mengikut rentak langkahku. Aku hanya membisu. Dia yang lekas menangkap, reaksi air mukaku. Akur, dan mula membisu.

Walaupun, aku sudah bergerak pantas. Tetapi, dia masih mampu mengejar langkahku dan berjalan beriringan. Aku keluh pada, kakiku yang pendek. Aku bersyukur. Allah yang cipta, dan ianya cukup bagiku. Sesuai dan sempurna ciptaan.

Waktu yang berlalu, sudah menjengah lewat malam. Dan kebanyakkannya, ramai diantara kami sudah pulang ke chalet masing-masing. Dari lobi hotel, aku lihat Najmi yang berjalan pulang. Aku angkat tangan, melambai ke arahnya.

Najmi, sedar isyarat tanganku. Lantas, lelaki itu segera menghampiri.

"Terima kasih, bagi jaket awak dekat saya." Huluran jaket, dihalakan pada Najmi. Dia yang berada di sebelahku, hanya menjongket kening.

"Tak nak teman, saya pergi bersiar-siar dekat pantai." Aju Najmi, padaku. Berdiri dekat denganku.

Ajakkan Najmi, membuatkan aku menoleh ke arah dia yang masih berada disitu. Aku tahu, ajakkan Najmi membuatkan dia melemparkan padangannya kepadaku. Aku menarik nafas.

"Aman, saya kenalkan Najmi. Sahabat baik saya, merangkap tunang saya." Ujarku, apabila aku tahu. Tak gunanya, aku berada dalam situasi yang tak ada jalan penyelesaian. "Saya minta maaf." Najmi yang bingung, pada mulanya mulai menangkap rentak bicaraku.

"Awak, saya tak rasa ini salah satu cara awak nak tolak saya." Sengihnya. Tak percaya pada ungkapanku. Mungkinlah dia menganggap aku hanya bergurau.

"Aman, kau tahukan. Aku, bukan jenis lelaki yang mesra dengan perempuan." Najmi, cuba menyampuk. Aku cuit lengannya yang beralas.

"Mana aku tahu!" Marah Aman. Aku nampak bahang, diwajahnya. Aku tahu, dia marah. Aku tahu, dia kesal. Aku tahu dia kecewa. Aku nampak di wajahnya. Aku yang sengaja mencari pasal, apabila aku yang minta pertunangan ini dirahsiakan.

Aku mengeluh kasar. "Aku rasa kau mungkin akan percaya kalau aku bagi kad jemputan ini pada kau. Majlis, kami sebulan lagi." Kad jemputan yang aku simpan di dalam beg, yang dibawa bersama jaket aku unjukkan padanya. kad yang aku simpan, sememangnya nak diberikan pada sahabat dekat sahaja. Tapi, mungkin ini adalah satu asbab aku bawa ke majlis perjumpaan ini.

Air wajahnya, beku. Tanpa kata, dia berlalu.

Aku pandang Najmi. Najmi, membalas pandanganku. Aku terus menekur ke tanah. Kelibat yang berlalu tanpa kata itu, membuat hatiku sedikit tersingung. Adakah...adakah aku masih menyimpan..

"Awak.." Najmi menegurku.

PLOP! kepalaku, diserkup dengan jaket merah jambu. Entah kenapa. Mata ini, berair dengan mudah. Tapi yang aku pasti, aku mungkin menangis disebabkan penerimaan maaf yang sudah lama aku nantikan. Mungkin, inilah jalan akhir antara kisah aku dan Aman. Dia lelaki baik.

Bersambung...