Masuk minggu ketiga barulah pertama kali intan menghadiri kelas basic accounting yang baru kerana kelas yang dihadiri sebelum ini dibubarkan kerana terlalu banyak bilangan kelas untuk subjek itu. Intan agak terkejut apabila tiba-tiba ada yang menyapanya dari belakang, sapaan yang dekat sekali ditelinganya membuatkan dia meremang satu badan. Intan segera menoleh dan tanpa disangka aron bersama zaki merupakan rakan sekelasnya. Intan segera menyapa semula dan segera berpaling apabila sir khairi sudah mula mengajar. Usai sahaja kelas, belum sempat aron mahu mengajak intan untuk makan tengahari bersama sir khairi sudah memanggil intan. 'intan, awak kelas represent bagi kelas madam aini yang bubar kan? mari ikut saya ke pejabat'. 'Baik sir' intan segera mengikuti langkah sir khairi kerana dia tidak tahu keberadaan office pensyarah itu.
'Awak kena belanja saya lunch ni' sir khairi berseloroh. 'Ha?! bertaut kening intan apabila mendengar jenaka pensyarah barunya itu. 'Saya perasan yang dari tadi aron tu nak mengorat awak' katanya lagi sambil ketawa. Barulah intan faham duduk pekara sebenar. 'Tidaklah sir, kami sudah kenal semasa mds lagi' kata intan sambil tersenyum manis. Sir khairi sudah hampir cair dengan senyuman gadis itu, nasib baiklah dia sudah mempunyai isteri dan jangan tidak tahu yang madam aini itulah isterinya kerna itu dia tahu perihal intan serba sedikit selain daripada jawatan sebagai kelas rep. 'Sir mahu bincang pasal ni ke? intan tanpa membuang masa segera bertanya kerana harini dia tak bekerja kerana kafeteria tutup jadi dia mahu segera balik ke bilik untuk rehat. 'Mestilah tidak, saya nak awak tanya kawan-kawan awak yang lain mana yang tidak faham dan beritahu semula kepada saya. saya tahu yang madam ajar kamu semua cepat jadi saya nak apa yang telah diajarkan kamu semua faham' panjang pensyarah itu memberi sebab tujuan sebenar dia ingin berjumpa dengan pelajar itu. 'Baiklah sir, saya akan tanya dan buat report kemudian hantar kepada sir sebelum next kelas' bersungguh intan dengan jawapannya. 'Eh, tak perlu sampai buat report segala. awak cuma perlu tanya dan highlight sahaja sub topik pelajaran nanti saya akan ajar lagi' benarlah kata isterinya bahawa intan seorang pelajar yang bijak, akan ada sahaja tindakkannya yang luar jangkaan.
Intan yang tengah seronok menjamu selera bersama lysha tersentak apabila tiba-tiba sahaja ada dua lelaki yang duduk dihadapannya. Lysha sudah mula buat muka bosan kerana dari mula mereka duduk, ini kali ketiga mereka diganggu. Pertama sekali ada senior perempuan datang ingin meminta nombor telefon intan bagi pihak kawannya tetapi ditolak baik-baik oleh gadis itu akhirnya intan meminta nombor telefon senior itu dan berjanji akan menghubunginya semula. Kali kedua apabila tiba-tiba pelayan warganegara indonesia itu datang memberi minuman kepada mereka berdua. 'Eh bang, kami takde order air' lembut intan memberitahu. 'Airnya udah dibayar, memang buat embak' kata pelayan itu. Intan segera berdiri dan melihat disekeliling, senior perempuan tadi melambai kepadanya menghantar isyarat bahwa mereka yang belanja air itu. Intan segera berjalan kearah senior perempuan itu lalu mengucapkan terima kasih.
'Terima kasih kak, susah-susah sahaja belanja kami' - intan
'Kawan akak yang belanja, dia kirim salam juga pada ' ayatnya tergantung disitu. 'Oh maaf lupa nak kenalkan diri, saya intan adrina kak' lembut intan memperkenalkan dirinya. 'Panggil je kak ellie'. Intan tersenyum sambil melihat kawannya yang lain, kak ellie yang seakan faham terus sahaja memberitahu 'Firdaus, dia dah balik ke bilik. Ada bacaan yaasin, akak sengaja kenakan dia. Akak tengok dia asyik tengok intan sahaja, tu akak mintakkan number telefon intan. Malu sanggat dengan perempuan, dia berkawan dengan akak pun sebab akak ni brutal macam lelaki' kata akak ellie tanpa selindung. Intan hanya mengangguk lalu minta diri untuk sambung makan. Sebenarnya intan juga ada terperasan seorang lelaki yang duduk disitu, sejuk sahaja matanya apabila terpandang wajah lelaki itu. Tidak sangka pula lelaki itu turut perasan akan dirinya, intan jadi malu seketika.
Zaki hanya tersengih sumbing, intan senang dengan kehadiran zaki disitu. Lysha hanya meneruskan makanannya tanpa sebarang bicara. Intan memberi isyarat mata kepada zaki agar tegur lysha tapi zaki hanya buat tidak reti. 'Siapa tadi tu?' tanya aron yang datang duduk bersama zaki. 'Akak tu baik hati belanja kami air itu saya pergi sana ucap terima kasih' jujur intan menjawap pertanyaan lelaki itu. 'Memanglah dia baik hati, kawan dia nak mengurat kau! berang lysha menjawab. Aron yang mendengar terus sahaja berubah riak, zaki yang seperti sudah tahu terus sahaja bertanya 'Dia nak ajak engkau masuk persatuan diaorang kut. Intan tiba-tiba jadi berminat hendak tahu. 'Kau tahu ke diaorang tu kelab apa?' 'Tidak silap aku tu kelab travel c, kelab experdisi kan?. Intan hanya mengangguk sambil tersenyum. 'Aku nak mintak tolong kau ajar aku subjek basic accounting boleh tak?' - zaki
'Boleh je, tapi lepas pukul 9 lah sebab sebelum tu aku ada hal' intan memberi persetujuan. 'Saya nak minta awak ajarkan saya math boleh? saya tak fahamlah cara lecturer saya mengajar' aron turut meminta intan mengajarnya. 'Bayarlah waktu intan ni tutor korang, sedap je eh' tidak pernah tidak sinis lysha kalau berbicara dengan orang lain. Meskipun lysha nampak bergitu tetapi intan tahu yang hatinya baik, dia sengaja tidak mahu tunjuk baiknya. 'Insya-Allah mana yang saya tahu, saya ajarkan' intan setuju sahaja kerana ilmu pengetahuan tidak baik lokek lagipula jika dia mengajar, dia akan lebih faham. Seperti yang dijanjikan mereka akan berkumpul bertiga tiap malam pada pukul 9 sehingga 11 malam diperpustakaan. Mereka berjumpa setiap malam dan keadaan itu berlanjutan selama dua minggu. Dalam pada intan sudah selesa berkawan bertiga, intan juga senang membalas sms bersama firdaus. Ingat lagi pertama kali dia memberikan sms kepada firdaus, itu pun berkat bantuan lysha. Walaupun mereka tidak pernah bertemu empat mata, tapi mereka saling bertukar foto masing-masing. 'Esok birthday aron, nak buat surprise tak? pertanyaan zaki menyentak intan agar kembali ke alam nyata 'Boleh je, birthday aku pun hujung minggu ni. Kita sambut sekali, esok siang aku belikan kek and kita jumpa around pukul 11 lah esok' intan terus sahaja bersetuju dan memberi cadangan.
Intan beli kek coklat kesukaannya, petang itu dia memberikan kek itu kepada zaki. 'Kau ajaklah kawan-kawan kau yang lain, nanti aku ambil sepotong lepas tu korang makanlah kek tu' cadang intan kepada zaki. Malam itu sedang mereka bertiga study tiba-tiba ada seorang lelaki datang menatang kotak kek sambil menyayi lagu 'selamat ulang tahun' kepada aron. Aron jadi segan sipu apabila dia menjadi perhatian semua orang, intan dan zaki turut sama bangun menyayikan lagu. Ketika aron membuka kotak itu, rupanya kotak itu kosong. Semua disitu ketawa kerana dapat mengenakan aron tiba-tiba datang lagi seorang membawa kek yang telah dinyalakan lilin. 'Happy birthday' intan mengucapkan kepada aron sambil memberikan hadiah. Usai bergambar intan meminta diri untuk pulang kebilik kerana dia penat, balik sahaja daripada kelas dia terus bergegas ke pekan untuk membeli kek. Dia tidak tahu yang niatnya disalahertikan oleh aron. Aron amat gembira dengan surprise yang dilakukan oleh intan, dia diberitahu oleh zaki yang intan yang penat lelah membeli kek buatnya. Esok merupakan birthday intan, petang itu dia sudah berpesan kepada zaki bahawa dia tidak dapat datang ke perpustakaan malam nanti kerana dia ada plan lain. Sebenarnya dia ingin keluar makan malam diluar kampus bersama firdaus dan lysha untuk menyambut ulangtahun kelahirannya. Intan yang excited lupa sama sekali untuk memberitahu aron lagipula intan fikir zaki akan memberitahu aron.
Tepat jam 8 malam, intan bersama lysha sudah siap untuk keluar bersama firdaus. Intan mengenakan dress labuh warna hitam bercorakkan bunga kecil berwarna pink, rambutnya yang lurus di 'curl' kan dibahagian bawah dan bersolek nipis agar nampak lain dari yang lain. Firdaus yang terpandangkan intan dari jauh tidak mampu untuk mengalihkan pandangannya. Dia kemudian tertunduk malu apabila terdengar suara orang berdehem. Makan malam mereka bertiga berjalan seperti biasa, usai sahaja makan malam mereka bercadang ingin menonton wayang tetapi rancangan mereka terganggu apabila telefon bimbit intan sedari tadi asyik bergegar. Intan yang terpandangan nama pemanggil terus sahaja menepuk dahinya kerana lupa ingin memberitahu aron.
Tanpa berlengah, intan meminta diri untuk menjawap panggilan itu. 'Ish apalah mamat saiko tu nak daripada intan, getus lysha tanda tidak puas hati' firdaus hanya memandang pelik kearah intan yang berlalu seraya mendengarkan komen lysha itu. 'Assalamualaikum, ye aron' lembut intan memberi salam. 'Awak ada kat mana, saya jumpa awak kejap lagi kat library ye' suara aron gembira sekali.
'Allah, maaf ye aron saya ada janji lain dan saya sekarang berada diluar' 'Lama lagi ke awak kat luar? mana ada bas dah nak balik kesini, saya pergi ambil awak! Jap, awak dengan siapa?' lain benar suaranya, lain benar dari awal intan menyambut panggilannya. 'Kita jumpa esok ye aron, waktu yang sama' intan memilih tidak menjawab pertanyaan aron kerana padanya aron tidak perlu tahu segala aktivinya. 'Awak dekat mall dengan lysha kan, siapa lelaki yang berdiri sebelah lysha tu' tergamam intan dengan pertanyaan aron, dia memandang disekelilingnya tetapi tidak pula dia melihat kelibat lelaki itu. 'Mana awak tahu? awak ada kat sini ke? jujur intan bertanya. 'Saya ada barang nak bagi pada awak, saya tunggu awak sampai awak datang! terus sahaja aron menamatkan perbualan mereka. Intan hanya mampu mengalah.
'Awak, lysha sorry ye kita kena balik sekarang intan terlupa ada janji dengan orang' intan sengaja berkata begitu kerana dia tidak mahu ada yang salah anggap terhadap aron. Mereka pun balik semula ke kampus, sampai sahaja intan singgah bilik sebentar untuk menukar pakaiannya. Dia mengikat rambutnya seperti biasa tanpa membuang makeup dimukanya. Sampai sahaja diperpustakaan, lysha menegur aron yang sedang menguis bucu meja yang didudukinya. Sampai sahaja intan disitu, dia segera membuka latihan math yang mereka lakukan semalam. Sedang intan leka menyemak jalan kerja yang dilakukan aron, aron seperti orang mabuk rindu menatap setiap inci wajah putih mulus intan. 'cantik! terpacul perkataan itu daripada mulut aron, intan memanggung kepala sambil tersenyum nipis kepadanya. Tanpa intan sedar, ada sepasang mata yang cemburu melihat mereka berdua. Boleh dikatakan setiap orang yang lalu lalang disitu mengenali aron, setiap kali ada yang menegur dan bersalam dengannya intan turut sama tersenyum kerana dia fikirnya orang dah senyum padanya jadi dia harus membalas senyuman itu. Ramai yang menunjukkan 'good' kepadanya membuatkan intan berasa tidak selesa, berita bahawa dia merupakan awek kepada jejaka terkenal aron sudah sampai ke banyak telinga dikampus ini. 'Maaf aron, saya nak balik bilik awal harini sebab lysha mesti marahkan saya sebab tinggalkan dia sorang-sorang selepas tolak permintaan dia hendak menonton wayang tadi. Terus intan bangkit. Baru sahaja dia ingin melangkahkan kakinya lengannya ditarik lembut oleh aron. Intan menarik semula tangannya 'kan saya dah pesan yang saya tidak suka orang bukan muhrim sentuh saya' kata intan kepada aron. Kali ini dia tidak berkata dengan lembut kerana dia sudah berkali-kali pesan kepada aron. 'Happy birthday' ucap aron sambil menyerahkan hadiah kepada intan. 'terima kasih' kata intan lalu segera beredar dari situ. Sampai sahaja dibilik intan membuka pesanan ringkas yang diterima daripada aron
'Happy birthday love, terima kasih sebab mengembirakan hari-hari saya' berkerut kening intan membaca pesanan itu dan membuat keputusan untuk mengabaikannya sahaja.