Malam itu lima kali intan menghubungi firdaus tetapi tidak dijawabnya. Muskil intan kerana selalunya mereka akan berhubung sehingga lewat malam. Intan mengakis fikiran yang tidak baik dan menyangka yang firdaus sudah tidur kerana penat. Seminggu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang khabar daripada firdaus. Intan membuat keputusan untuk terus bersemuka dengan firdaus. 'jumpa saya didataran malam ni pukul 8 malam! intan menunggu firdaus di dataran bersama lysha. Dua jam berlalu tetapi batang hidung firdaus masih tak nampak, lysha sudah mengalah lalu balik kebilik dahulu. Sedang intan menguis airnya yang sudahpun habis, tiba-tiba firdaus datang bersama dua air ditangannya. Dia memang sudah berada disitu dari jam 8 malam lagi tetapi dia tidak selesa dengan kehadiran lysha sebab itu dia hanya melihat intan dari jauh. Intan tidak senyum seperti kebiasaannya, dia cuma memandang tanpa mengutarakan sebutir ayat. 'saya mintak maaf, saya tak patut mengelak daripada awak' lembut firdaus memohon maaf. 'Saya sebenarnya marahkan diri saya sebab terlalu ikutkan perasaan cemburu sampai lupa yang kita tiada apa-apa hubungan' luluh hati intan saat mendengar ayat itu dari mulut firdaus.Tidak disangka kerana dia melayan firdaus kerana dia menganggap hubungan mereka lebih dari sekadar kawan tetapi bagi jejaka itu mereka tiada sebarang hubungan. 'Eh firdaus rupanya, kau buat apa kat sini dengan awek aron? tanya seorang lelaki yanh kebetulan lalu sebelah meja yang mereka duduk. Firdaus hanya diam dan tunduk kebawah, intan sudah faham apa yang sedang terjadi. 'Awak, maaf saya nak betulkan sesuatu. saya tiada sebarang hubungan "istimewa" samaada dengan aron mahupun dia, keras intan berbicara. Dia segera bangkit lalu meninggalkan firdaus yang memanggil namanya. Sampai sahaja dibilik, dihembuskan airmatanya. Pilu hatinya kerana firdaus lebih percayakan orang lain daripada dirinya. Mulai saat itu, hubungannya dengan firdaus terputus disitu sahaja.
Hari-hari intan berlalu seperti biasa tetapi dia tidak lagi menjadi tutor kepada zaki mahupun aron. Sedang intan berdiri menunggu waktu kelas english, buku dan handphone ditangannya bertaburan ke lantai kerana ada seorang budak lelaki secara tidak sengaja melanggarnya. Budak lelaki itu segera meminta maaf dan membabtu intan mengutip semula buku-buku, intan hanya tersenyum sambil mengangguk tanda dia tidak marah dan menerima maaf lelaki itu. Intan hanya memmerhatikan telefon bimbitnya yang retak akibat jatuh itu. Malam itu zaki mengajak intan untuk makan malam bersama, intan terus sahaja bersetuju. Baru sahaja mereka mendapatkan tempat duduk bersama juada ditangan, aron tanpa segan silu menarik kerusi dan duduk rapat disebelah intan. Intan memberi isyarat mata kepada zaki, zaki membalas bahawa dia tidak tahu akan kehadiran lelaki itu. 'Minta phone awak, terus sahaja aron bersuara. 'awak nak buat apa dengan telefon saya? intan menjawab pertanyaan lelaki itu. 'bagi je telefon awak, tak lama pun' intan hanya menurut permintaan lelaki itu. Sesudah handphone bertukar tangan, aron segera menggantikan screen protector intan yang pecah itu. puas intan menolak tetapi lelaki itu tidak menghiraukan permintaan gadis itu. 'siap! kata aron sambil tersenyum. 'Terima kasih ye, saya bayar semula duit screen protector dan upah pasang. berapa total semua sekali? lembut intan bertanya. 'tak perlu bayar apa-apa cuma saya nak awak beritahu saya setiap keperluan awak' balas aron sambil menatap wajah gadis pujaannya tu.
Zaki yang perasan perubahan riak wajah tidak selesa intan terus sahaja bertanya 'mana kau tahu aku kat sini? and mana kau tahu yang phone intan screen protector dia retak? zaki berbuat demikian agar aron memandang dirinya dan berhenti melihat intan yang sudah pucat lesu sayangnya aron hanya menjawab pertanyaannya tanpa lepas memandang gadis disebelahnya. 'aku datang sini bukan sebab kau, pasal screen protector tu aku macam dapat firasat yang intan memerlukannya' sambil tersenyum. intan yang tidak selesa dengan keadaan itu bangkit untuk parmit. 'ki, aku jumpa kau dekat kelaslah esok' namun belum sempat dia berlalu aron mencapai tangannya. 'Awak duduklah makan dulu, lepas habis makan baru balik bilik. saya tak ganggu awak makan' pelahan intan menarik tangannya tetapi aron tidak mahu lepas. 'Awak duduk and sambung makan saya lepaskan tangan awak, kalau awak gesa mahu balik saya pengang tangan awak sampai luar bilik' terkedu intan dengan ayat yang keluar dari mulut aron. lelaki mana boleh berada dikawasan dom perempuan, gila ke apa dia ni. intan tidak mahu provoke lelaki disebalahnya ini jadi dia membuat keputusan untuk sambung makan lagipula dia memang sedang kelaparan. 'macam mana saya nak makan kalau awak tak lepas tangan saya ni' lembut intan meminta agar lengannya dilepaskan. Zaki sudah panas dengan tindakkan berani aron tapi intan memberi isyarat agar dia tidak masuk campur.
Intan amat berharap agar semester ini segera tamat kerana pada semester depan budak course accounting harus berpindah ke kampus lain. Lysha tidak pernah biarkan intan seorang diri melainkan intan bekerja di kafeteria makcik maznah kerana dia tahu disitu ramai yang akan menjaganya. Seperti biasa intan dan lysha adalah antara orang yang awal masuk ke kelas, sementara menunggu lecture sampai lysha meminta diri untuk ke tandas tinggal intan seorang didalam kelas. Sedang dia ralit membaca note untuk menjawab quiz tiba-tiba ada orang menarik kerusi dihadapannya dan duduk mengadap intan sambil tersenyum. Meremang bulu roma intan saat terpandangkan wajah yang merenungnya. 'Harini kelas cancel, sir khairi ada emergency' kata aron sambil tersenyum manis. 'terima kasih' ucap intan lalu bangun hendak meninggalkan classroom. Aron seperti selalu segera mencapai tangan intan dan memintanya untuk duduk kembali tetapi intan segera merentap tangannya lalu belari keluar sambil menangis. Belum sempat intan ingin turun anak tangga aron menarik tangan intan dan menolaknya keras ke dinding tangga. Menggeletar seluruh tubuh badan saat aron membelai wajahnya yang basah akibat daripada lencuran airmata. 'please aron, let me go' intan merayu agar aron melepaskannya. 'syuuuh, jangan menangis sayang saya takkan apa-apakan awak. saya cuma nak tengok muka awak je' kata aron sambil tangannya mengusap lembut bibir munggil gadis itu.
lysha baru sahaja keluar dari bilik air tersentak apabila ada yang menjerit namanya. 'terperanjat aku tahu tak, kau dah kenapa?! marah lysha kepada zaki. 'Aku lupa nak beritahu yang harini class cancel, sir khairi ada emergency. 'lama betul intan kat dalam, buat apalah tu' seloroh zaki. 'otak hang, intan dalam kelas aku sorang je ni. boleh pulak time-time ni bangunan tu takde air sebab tu aku guna toilet sini' panjang lebar lysha menjawab. 'kau tinggalkan intan sorang-sorang dalam kelas? tiba-tiba zaki teringat semasa dia memberitahu aron tadi tentang kelas mereka pada jam 10 pagi batal, ketika itu zaki baru sahaja ingin bersarapan. Selalunya aron amat menantikan kelas basic accounting kerana itulah satu-satunya subjek yang membuatkan dia dapat tengok dengan dekat gadis pujaannya itu tetapi hairan zaki kerana difikirnya aron akan bersedih tetapi dia seakan gembira dan tergesa-gesa beredar dari situ. 'lysha, intan lysha. aku rasa aron buat sesuatu pada intan' zaki sudah mula mengelabah. lysha juga sudah panik apabila memikirkan keberangkalian tu. kebetulan lysha terpandangkan madam aini yang keluar tergesa dari bilik kaca, dia terus mencapai tangan lecture itu. 'Maaf madam, tapi boleh tak madam ikut kami sebentar? - lysha 'kenapa ye lysha, saya ada emergency keluarga ni. 'saya tahu madam tapi kemungkinan intan dalam bahaya' serious lysha meminta bantuan pensyarah itu. 'maksud awak? lysha segera menarik tangan tanpa menjawab pertanyaannya.
intan hanya mampu penjamkan matanya kerana seluruh urat sarafnya seakan tidak mampu berfungsi kerana terlalu takut dengan lelaki yang membelai wajahnya itu. lelaki itu tanpa segan silu mengesat airmata yang jatuh lalu mencium pipi wanita itu. saat dia ingin mencium bibir intan, penumbuk zaki singgah dulu diwajahnya. mengerang aron kesakitan akibat daripada tumbukkan itu. intan tidak mampu mendengar apa-apa lagi, dia cuma kaku tegak disitu tanpa berganjak sedikitpun. Zaki tidak berani untuk menyentuh wanita itu, dia menjerit kebawah segera memanggil lysha untuk segara naik ke atas untuk tenangkan rakannya itu. Aron segera bangun apabila dia terpandang ada pensyarah yang turut berada disitu lalu berlari meninggalkan mereka. Lysha yang melihat keadaan intan terus memeluknya tetapi intan seperti orang gila menjerit dan menolak kuat tubuh sahabatnya itu. Tergamam lysha dan zaki dengan perbuatan spontan sahabat mereka itu. Madam aini segera membuka air mineral yang sedia ada dalam tas tangannya lalu mengusap pada wajah intan sambil berselawat. Selepas sapuan air ketiga intan seolah-olah kembali tenang dan dapat mendengar satu suara menyuruhnya membuka mata, lambat-lambat intan membuka matanya dan saat dia terpandangkan wajah lysha terus sahaja dia memeluk wanita itu sambil menangis sekuat-kuatnya. Kejadian itu menjadi rahsia mereka bertiga dan kejadian itulah juga yang membuatkan mereka menjadi sahabat baik. walaupun intan tidak melaporkan pekara itu kepada pihak atasan, aron tetap sahaja berhenti belajar dari UiTM itu.