Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Breath the underworld

🇬🇧lala_din
--
chs / week
--
NOT RATINGS
4.8k
Views

Table of contents

Latest Update2
Suara3 years ago
VIEW MORE

Chapter 1 - Ke mana

Malam sepi aku kian di sini, beribu tahun sudah aku lalui, menunggu hari timbangan yang tak kunjung tiba, aku leka dengan kisah hidup aku, padahal berjuta kehidupan sedang berlangsung di atas aku, aku bukan dari zaman ini.

Aku dengan gelap, berpisah tiada. Siang dan malam tak ada beza. Aku boleh merentasi jarak kemana sekelip mata, tapi nikmat untuk melihat sudah tiada.

Aku merana, kerana tiada yang menemani aku berbicara, tapi itu baik bagi aku kerana aku ada kawan, panggilannya amal dan sedekah, mereka sebiji macam aku, dah beribu tahun mereka setia disamping aku, menemani aku.

Aku, amal, dan sedekah, berpisah tiada. Aku bukan siapa, kerana aku adalah di antara trillion yang dah berada di dalam alam ini, jadi cerita aku dengan yang lain, aku tak tahu.

Jadi untuk ahli baru, yang baru datang ke alam ini, bersiaplah dengan jawapan kau, aku dah jawab beribu tahun dulu, kau rasa lah, dengan bekal apa yang kau bawa dari atas sana, itulah yang boleh tolong kau disini.