Sudah sekian lama aku di sini, entah di mana tidak ku tahu, tetapi, bermacam bunyi yang aku dengar, ada yang ketawa, menangis, mejerit, berjuta suara manusia yang lain di alam ini.
Tapi tidak aku bosan dan tidak aku seperti mereka, mungkin kerana teman-teman aku ini banyak bekalan di atas sana, apakah itu, aku pun dah lupa, beribu tahun yang lalu, tak aku ingat lagi.
Akan datang masa di mana tidak aku dengar langsung suara, senyap sepeti kegelapan, kesemuanya senyap kerana orang diatas panggil waktu ini bulan Ramadhan, pada waktu ini pandangan aku akan nampak bintik cayaha di sekeliling aku, mereka semuanya menunggu hadiah. Aku juga seperti mereka.
Sehabis nya bulan ini, jerit pekik berbillion suara kembali, aku juga kembali mendengar suara, dan aku juga bercakap dengan teman aku, "Sedekah, Ramadhan kali ni kau kurang bercahaya, aku syak kita punya rahmat dah kurang lah, aduhai. Lama lagi ke kita kene tunggu ni", Amal hanya angguk kan kepala dan memandang ke atas, kemudian menggeleng kepala, tidak dia beritahu aku apa yang dia nampak.
Aku di sini, menunggu mereka yang di atas sana, sampai waktu semuanya datang ke alam inj, apakah aku tahu bila masanya? Tidak aku tahu. Kerana aku ini hanyalah satu dari berbillion yang ada di sini. Dan aku diam di sini.