Chereads / Pengkhianatan Seorang Isteri / Chapter 1 - Part 1

Pengkhianatan Seorang Isteri

Syukri_Jai
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 26.2k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Part 1

Cinta? Apakah benar cinta itu ada? "Itulah persoalan yang sering bermain di minda". Telah lama aku pendamkan perasaan ini, perasaan yang telah lama memakan hati. Hati yang telah lama mati, mati kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh seseorang yang dikasihi. Dahulu ketika aku masih belajar di kolej, aku bercinta dengan seorang gadis yang sangat cantik boleh kata paling comel la. Kami bercinta hampir 2 tahun dan aku menyimpan hasrat untuk memperisterikan dia. Untuk menjayakan misi aku itu aku telah melakukan kerja sambilan meskipun aku belajar ketika itu. Tidak kira panas matahari yang membakar kulit ku, tidak kira hujan lebat dan kilat aku sanggup meredahnya demi untuk menghalalkan hubungan kami. Si dia telah berjanji untuk sehidup semati dengan ku tidak kira aku jatuh mahupun bangun dia berjanji akan sentiasa berada di sisi ku. Setelah berapa tahun aku bekerja dan mencari sedikit wang ahirnya, impian ku tercapai untuk memperisterikan nya. Tidak sangka usaha ku selama ini membuahkan hasil. Pada tarikh 12/10/2019 aku telah melafazkan akad nikah dan telah memperisterikan seorang gadis yang aku cintai meskipun kami masih belum habis belajar aku telah berjanji dengan kedua ibu bapa nya bahawa aku akan menjaga anaknya dengan nyawa ku sendiri dan kami juga akan berjaya bersama walaupun kami menikah seawal 21 tahun.