Chereads / Pengkhianatan Seorang Isteri / Chapter 2 - Part 2

Chapter 2 - Part 2

Setelah 5 tahun kami mendirikan rumah tangga dan kami pun telah menamatkan pengajian dan aku telah mendapatkan kerja sebagai seorang arkitek. Tetapi isteri ku tidak bekerja kerana setelah melahirkan cahaya pertama kami, aku tidak mengizinkannya bekerja dan menyuruhnya untuk menjaga Muhammad. Kami bertengkar sedikit kerana isteriku ingin bekerja katanya buat apa belajar tinggi-tinggi jika hanya duduk rumah sahaja. Aku faham dengan perasannya yang ingin membantu aku tetapi cukup la aku seroang yang mencari nafkah kerana itu sudah menjadi tanggungjawab ku sebagai suami dan jika dia dan aku bekerja siapa pula yang akan menjaga Muhammad. Ibu bapa kami semuanya berada di kampung dan aku tidak percaya dengan khidmat jagaan kanak-kanak yang ada di Malaysia ni apatah lagi bila kerap berlakunya kes penderaan kanak-kanak di pusat asuhan ini lagi menambahkan kerisauan di hati ku ini. Aku telah memujuknya akhirnya isteriku faham dan akur dengan keputusan ku. Walaupun aku tahu dalam benak hatinya meronta-ronta ingin bekerja. Keesokannya aku memberi cadangan kepada isteriku untuk dia bekerja dengan menjual tudung secara dalam talian lagipun zaman sekarang ramai orang yang berjaya meskipun hanya duduk di rumah dan menggunakan telefon pintar. Isteriku pada mulanya tidak menyukai dengan cadangan ku itu tetapi akhirnya dia mula rasa selesa dan menyukai dengan pekerjaannya itu. Pekerjaan ku mula sibuk pada bulan hadapan, aku telah memberitahu kepada isteriku yang aku mungkin akan ke outstation selama dua minggu. Isteriku mula membuat muka sedih dan merajuk selama beberapa hari. Aku tidak tahu bagaimana untuk memujuk nya kerana ini bukan kali pertama aku meninggalkan dia dan Muhammad. Aku cuba memujuknya dengan memanggilnya dengan manja tetapi tidak membuahkan hasil. Nampaknya dia benar-benar merajuk dengan aku. Aku cuba menggunakan taktik yang di ajarkan oleh kawan sepejabat ku. Aku memulakan taktik aku, sayang, lepas abang balik dari outstation nanti kita pergi bercuti nak? Kita berdua sahaja, Muhammad kita hantar la ke rumah mak abang. Terus muka dia berubah dari monyok ke tersengih-sengih maybe dia gembira dengan ajakkan ku tu. Akhirnya dapat jugak aku memujuknya, susah jugak nak pujuk isteri aku ni kalau dia tengah merajuk. Dua hari berlalu dan aku telah bertolak ke Bangkok atas urusan kerja. Berat juga hati ini untuk meninggalkan dua buah jantung hati ku di rumah. Apakan daya sudah tanggungjawab ku mencari nafkah. Pekerjaan ku di Bangkok berjalan dengan lancar dan aku mula merindui isteri dan anak ku di rumah. Aku cuba menghubungi isteri ku dengan menggunakan Skype. Tetapi dia tidak menjawab panggilan ku, mungkin dia sedikit sibuk dengan kerjanya. Aku cuba berfikiran positif, Tiba-tiba ada panggilan video masuk dari isteriku dan aku terus menjawabnya tetapi agak pelik sebab takde orang di video rupa-rupanya Muhamaad yang main telefon maknya. Mungkin dia tertekan Skype barangkali. Tetapi aku agak pelik kerana aku mendengar suara orang yang sedang mengerang. Aku sedikit terkejut dengan bunyi tersebut, Aku cuba mengamati bunyi tersebut rupa-rupanya itu suara isteri ku dan suara lelaki yang tidak ku kenali sedang melalukan hubungan intim. Aku terus mematikan panggilan tersebut dan tiba-tiba air mataku jatuh aku bagai tidak percaya dengan apa yang aku dengar itu. Hati ku bagai di belah dengan pisau, pedihnya tidak terkata. keesokanya aku terus membeli tiket untuk pulang ke Malaysia dengan segera meskipun aku masih mempunyai kerja di Bangkok, aku terpaksa membohongi bos aku dengan mengatakan bahawa ahli keluargaku meninggal. Perasaan aku bercampur pauk marah, sedih bagai tidak percaya dengan apa yg aku dengar itu.