Sebaik sahaja aku pusing menghadap mereka,tiba-tiba,ade sebiji bola melekat di dahiku.Kuat jugalah sampaikan aku pon kebelakang.
"Aduh...", jeritku kesakitan.
Aqilah meluru laju ke arahku.Dia duduk di depanku dengan wajah yang cemas dan kerisauan.
" Kau ok tak?Kalau tak ok aku bawa kau pergi bilik kesihatan"
Aku geleng.
"Takpe...aku ok je ..sikit je ni"
"Ok apanya...dah benjol kepala kau tu aku tengok"
Tak sempat aku nak jawab,ade suara lain yang menyampuk.
"Biar saya bawa Sara pergi bilik kesihatan.Yang lain boleh balik ke kelas.Masa tinggal lagi 10 minit tapi saya izinkan kamu semua naik ke kelas awal.Jom,Sara",
Aku hanya mengikutnya.Aku nak sahaja cakap tak nak tadi.Nanti orang cakap apa pulak nanti.Aku ni tak pernah lagi ingkar arahan guru.Mulut terkumat-kamit memarahinya.
Sampai sahaja di bilik kesihatan,air mukanya berubah.Tadi air mukanya bernada tegas,sekarang air mukanya penuh dengan kasih sayang.Dia ke penjuru bilik untuk menekan suis kipas kemudian berjalan ke arah katil yang disediakan.Dia menggamitku.Aku akur.
" Sara marah abang lagi ke?"
Aku hanya diam.Mataku melilau ke tempat lain,janji bukan mukanya.Ketika itu,aku berada di katil yang disediakan,manakala dia pula duduk di kerusi yang terdapat bersebelahan katil tersebut.Sambil itu dia mengambil kain yang disediakan kemudian menghembuskan haba di kain itu.Selepas itu dia tekankan di dahi ku tapi dia buat secara lembut.
"Sara janganlah marah abang lagi.Abang bukannya sengaja pon.Abang ingatkan nak bagitahu Sara hari ni lepas habis sekolah.Abang lupa pulak yang tempat abang kerja ni sekolah Sara.Jangan marah lagi ye...", ujarnya panjang lebar.
" Kan Sara dah pesan,kalau abang dah balik,pastikan abang bagi tahu Sara.Ini tak,tahu-tahu je dapat kerje dekat sekolah Sara.Kalau abang buat lagi,Sara tak nak layan abang lagi.Dengar?"
Ezzul hanya tersengih.Sambil itu,cekap tangannya tuam dahi aku bagi surut benjol di dahi akibat terhentak bola tadi.Dia tahu,kalau aku dah banyak cakap maknanya aku tak marah lagilah maknanya.
"Ye...abang janji yang abang bagi tahu Sara.Sebelum abang pergi atau balik mana-mana tempat,abang inform Sara dulu"
Aku mengangguk.Kemudian kedengaran bunyi loceng menandakan tamatlah waktu PJPK.Ezzul berdiri..Kain yang digunakan untuk tuam dahiku itu dibasuh kemudian dijemur di palang besi berdekatan tingkap.
"Dah bangun,pergi masuk kelas.Jangan nak duduk dekat sini pulak"
Arahnya sambil menutup suis kipas.
"Lah.....Sara kan sakit"
"Jangan nak mengada-ngada.Setakat benjol je tu.Bangun masuk kelas"
Muka aku cemberut.
"Dah tu,kenapa suruh Sara pergi bilik kesihatan?"
Baru sahaja aku nak lepak-lepak dalam bilik ni.Tidur ke.Kan best tu.Dahlah lepas ni masa cikgu matematik.Jenuh aku nak hafal semua formula tu.
"Tu alasan je.Abang tak nak Sara belajar dalam keadaan marah.Nanti ilmu tak masuk.Kalau ilmu tak masuk,jammed otak Sara karang", jelasnya panjang lebar.
Erk....ajaran sesat manalah dia belajar.Ade ke kalau ilmu tak masuk otak jammed? Selama ni matematik tu pun bukannya aku belajar sangat pon.Cikgu mengajar aku syok mengelamun.Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Aku menonong je keluar.Karang masuk lambat kena marah pula dengan Cikgu Matematik.Boleh cait tahi telinga aku dengar dia membebel.
" Sara balik kelas dulu.Bye.Nanti cikgu matematik tu mengamuk",sambungku sebelum laju berjalan meninggalkan Ezzul di belakang.
Ezzul hanya menggelengkan kepala melayan kerenahku.
Aku ade 2 adik-beradik.Aku dan abang kandungku,Haqim Ukashah.Dia sekarang berumur 20 tahun.Dia sekarang menguruskan sebuah perniagaan milik keluarga mereka yang dikongsikan dengan Pak ngahku yang kini menjaga kami adik-beradik sementelah ibubapa kami meninggalkan aku semasa umur 7 tahun manakala abngku pula ketika itu berumur 13 tahun.Pakngah seleluargalah yang menjaga kami sehingga sekarang.Pakngah dan Makngah curahkan kasih sayang yang tidak terbelah bahagi dan sama rata dengan anak kandungnya sendiri.
Pakngah dan Makngah menyuruh kami memanggilnya Abah dan Umi.Hal ini untuk memberikan keselesaan kepada kami memandangkan kami telah kehilang ibubapa semasa kami kecil.Abah dan Umi mempunyai seorang sahaja anak iaitu James Daniel merangkap abang susuanku.
Umi tidak dapat menyusukan James kerana dia mempunyai masalah kanser payudara.Jadi Umi telah menyerahkan James untuk disusukan oleh mama iaitu ibu kandungku sendiri.Umur James sekarang 18 tahun.Dia telah menyambung pelajarannya di luar negara.Lagi 3 tahun baliklah dia ke tanah air tercinta ini.
Ezzul Faridz pula adalah anak kepada Mak Milah.Tapi aku panggil dia mak.Dia adalah orang gaji di rumahku.Tapi Umi tak anggap dia sebagai orang gaji pon.Umi anggap dia sebagai kawannya sendiri.Suami Mak Milah dah lama meninggal.Ketika Ezzul berumur 15 tahun lagi.
Senang cerita aku ade 3 orang abang.Semuanya handsome-handsome.Tapi seorang je yang tinggal kekosongan sekarang iaitu James.Ezzul telah bertunang dengan Kak Shiqa manakala abang kandungku,Haqim pula telah ditunangkan dengan Kak Ain.Majlis pertunangan mereka diadakan serentak.