Chapter 4 - Bab 4

Aku mengambil buku matapelajaran Sains di bawah meja.Memandangkan lepas rehat Sains,aku bawa semua buku matapelajaran Sains.Begitu juga dengan Kawan sekelasku kerana mereka memang maklum,yang tiada sesiapa akan rajin menaiki kelas kami yang berada di 'kayangan'.Kalau ade barang tertinggal pun mereka tidak akan ambil melainkan kalau barang itu penting.

Ahmad dan kawan-kawannya dah lama keluar.Merekalah orang pertama yang keluar sebaik sahaja loceng rehat dibunyikan.Aku dan Aqilah beringan menuju ke bilik yang terdapat di dalam kelas kami.Aqilah pula yang mengadu tentang rambutnya yang sudah menjadi ekor kuda.Sebelum ni dia buat sanggul,tetapi rambutnya jatuh pula.Kalau rambut pendek tak apalah.Ni rambut sampai pinggang.Nak tak nak kena tolong juga dia buat sanggul balik.

Lepas 8 minit,siaplah sanggul yang aku buatkan untuk Aqilah.

"Dah,Jom keluar.Karang lambat nak pergi kelas Sains"

Kami beriringan menuju ke pintu.Aku baru perasan yang pintu itu dikunci menggunakan mangga.Aku pergi kepada pintu lagi satu.Kunci juga.

"Kenapa ni?Asal x keluar lagi?Kau kata dah lambat.Takkan kau suruh kita bertapa dalam ni dulu baru keluar"

"Kau ni.Jangan nak perli aku boleh tak?Pintu depan dengan pintu belakang ni berkuncilah.Macam mana nak keluar?"

Aqilah dah terlopong.Rupanya sekarang dah macam cacing kepanasan je aku tengok.Tiba-tiba mataku tertancap pada tingkap sliding yang bersebelahan dengan pintu belakang dan depan.Dah tiada cara lain dah.Kena panjat juga tingkap ni.Tunggu kau,Ahmad!Kalau aku dapat kau aku cincang kau hidup-hidup.

"Qilah.Jom kita jeluar"

Aqilah mengerutkan dahi.

"Macam mana nak keluar?kan kedua-dua pintu dah berkunci"

"Tingkap kan ade"

"Kau jangan cakap suruh aku panjat tingkap wei.Seumur hidup aku,aku tak pernah lagi panjat tingkap tahu"

Protesnya.Sempat lagi ditunjukkan wajah yang risau.

"Macamlah kau seorang sahaja.Kau nak kena marah dengan Cikgu Ezzul ke?"

Aqilah menggeleng.Walaupun dia tahu yang Ezzul adalah abang aku,dia tetap takut sebab Ezzul kalau masa belajar dan kerja,no kompromi.

"Dah tu?Jom"

Sejurus Selepas aku berkata begitu,aku terus membuka tingkap sliding dan terus mencapai kerusi berdekatan.Kerusi milik Nuha.Sorry Nuha.Aku pinjam.

Aku terus memanjat tingkap dan keluar,kemudian aku pusing menghadap Aqilah.Dia masih di tempat yang sama.

"Cepatlah.Kalau kau tak nak gerak juga,aku tinggalkan kau sorang-sorang kat sini"

Aqilah terus bergerak menaiki kerusi sejurus Selepas mendengar ugutanku.Tahu takut.Aku hulurkan tangan kepadanya.Dia menyambut.Dia ni sopan sikit kalau nak dibandingkan dengan aku.

Selesai Aqilah turun,aku sorong kerusi masuk ke dalam meja Nuha.Nasib baik sampai.Aku tutup tingkap sliding.Kemudian aku dan Aqilah menuju ke arah tangga.Terkejut bukan kepalang lagi aku sampai tergerak kebelakang bila aku sedar yang Ahmad sedang bersandar di penjuru dinding.Dia sedang tersengih.

" 'Ayu'nya Kau keluar ikut tingkap tu.Aku baru nak bagi kunci.Tapi,memandangkan kau dah keluar,aku tunggu jelah"

"Aku dah agak dah ni kerja kau.Kau tunggu kau.Biar kau merasa 'flying kick' aku yang paling awesome"

Tanpa sempat dia lari.Aku dah tendang betisnya.Dia menjerit kesakitan.Aku menuruni tangga tanpa menghiraukannya.Aqilah mengikutiku.

***********

"Sara balik dengan siapa nanti?"

Soalan Ezzul menyebabkan kerutan di dahiku.Takkan tak tahu kot aku balik dengan siapa?

"Sara balik dengan Qilah lah macam biasa.Kadang-kadang tu Ahmad pun selit sekali.Abang kenal Ahmad kan.Anak Mak Cik Zaitun.Dia kan duduk dekat-dekat sahaja dengan rumah Abah"

Ezzul mengangguk.

"Taknak ikut abang balik?"

Soalan Ezzul aku jawab dengan gelengan.

"Takkan nak biarkan Qilah balik seorang.Kalau berteman pun dengan si Ahmad tu.Takkanlah Sara nak biarkan Qilah macam tu sahaja"

"Suka hati Saralah.Abang ade meeting lagi ni.Abang balik lambat tau.Nanti pesan dekat Mak dalam pukul 3 lebih baru abang balik"

Aku mengangguk kan kepala.Kemudian Ezzul berlalu pergi.Tidak lama Selepas itu,Aqilah pula yang muncul.Tadi,dia lambat kerana cikgu nenyuruhnya meletakkan buku di dalam bilik guru.Disebabkan aku malas nak pergi bilik guru,jadi Aqilah pergi seorang jelah.Nasib baik buku tu ringan.Kalau tak,jenuh juga dia nak bawa turun.

"Jom.Ahmad ikut tak?"

"Kejap lagi dia join kita.Dia suruh kita gerak dulu.Kalau tak jumpa dia semasa kita balik,dia kata jumpa dekat rumah aku sahaja.Lepas tu barulah kita gerak gi rumah kau pulak"

"Okey.No problem"

Kami beriringan menuju ke rumah Aqilah yang terletak tidak jauh daripada sekolah.Kebiasaanya kami selalu macam ni.Balik sekolah,pergi rumah Aqilah,ambil motosikal then baru pergi rumah aku untuk study group.Bab motosikal tu hanya Aqilah dengan Ahmad je yang bawa.Aku jadi penumpang Aqilah.