Bunyi jam loceng mengejutkan Rin dari tidurnya.
"Alamak! Dah jam 7! Saya tak patut tidur balik lepas subuh."
Dia kemudian bergegas menukar bajunya dan terus menujuke sekolah. Dalam perjalanannya dia terserempak dengan Tsumiki.
"Eh? Senpai pun lambat juga?"
"Ye." kata Tsumiki dan tersenyum.
"Nasib baiklah, ada juga kawan saya lambat kesekolah." bisik hati Rin.
Lama-kelamaan degupan jantung Rin semakin kencang. Rinsemakin nervous. Senpai.. kawaii.. wah.. harumnya.. minyak wangiapa dia pakai eh...
Tsumikimenyedari yang Rin asyik memerhatikan dia dari tadi.
"Ada apa Rin?"
"Eh, takde apa-apalah." kata Rin. Dia memalingkanmuka kearah lain.
"Saya teringat lagi masa kali pertama berjalan kesekolah dengan awak." kata Tsumiki. "Tak sangka kan dah berbulanberlalu sejak hari itu."
"Ye, saya dah biasa berada kat sini." Kata Rinsambil memberikan senyuman yang manis.
Mereka tiba di sekolah dan menuju ke kelasmasing-masing. Rin agak lambat. Jam telah menujukkan jam 7:30 pagi.Rin lambat setengah jam ke kelas. Nasib baiklah tiada guru sedangmengajar pada masa itu.
"Eh? Rin kenapa awak lewat hari ini?" kata Kazuo.
"Terlebih tidur." kata Rin sambil menggaru kepalanyayang tidak gatal itu.
"Ohayo Rin-kun." Minori menyapa.
"Ohayo. Eh? Mana Akira-chan?"
"Dia tak dapat datang ke sekolah hari ni. Katanya diademam."
"Oh, begitu."
"R..rri..Rin-kun."
"Ada apa Minori?"
"Sudi tak awak ... makan tengah hari dengan saya harini?"
Rin memberikan isyarat ok.
Loceng menandakan rehat tengah hari bermula. Rin danMinori duduk semeja di kelas sambil menikmati Obento mereka. Kazuopula ke bilik hobi untuk mengambil barangnya yang tertinggal.
Semakin lama Minori berada dekat dengan Rin, diasemakin nervous. Inilah masa yang sesuai.. Minori melihat kesekeliling kelas. Mereka semua telah pergi ke kafeteria untuk membelimakanan. Hanya mereka berdua berada di situ. Saya perlu..katakannya sekarang atau.. Dia membayangkan Rin dengan Tsumikidalam satu majlis perkhawinan.
"Kenapa ni Minori? Awak tak sihat ke?" kata Rin.
Teguran Rin menghentikan lamunan Minori.
"Eh takdelah."
"Habis tu kenapa awak nampak muram je?" kata Rin.
"Sebenarnya... sayasukakanawak." kata Minori...alamak.. malunye..
"Eh? Awak suka apa?" Rin tidak berapa dengar apayang dikatakan oleh Minori tadi.
"Ss.. saya sukakan obento awak.. Ia nampak sedap."kata Minori. Apa yang saya cakap ni!..
"Oh, kenapa tak cakap dari tadi. Nah rasalah."
"Emm.. sedap juga Rin. Awak masak sendiri ke?"
"Ye."
Mereka tidak menyedari seluruh pelajar kelas merekasedang memerhatikan dari luar gerak-geri mereka.
"Wah! Sweetnya Rin."
Muka mereka berdua merah padam kerana malu.
Loceng sekolah menandakan tamatnya persekolahan padahari itu.
"Rin, nak ikut kami pergi melawat Akira tak?" kataMinori.
"Gome, saya ada kerja nak buat. Kirim salam saya padadia ye." kata Rin.
"Baiklah, kami pergi dulu." kata Minori sebelumberjalan bersama-sama Kazuo dan Orihara-kun.
Rin pula pergi ke Perpustakaan sekolah. Tiada orangkelihatan di Perpustakaan kerana masa persekolahan telah tamat. Hanyaseorang pengawas perpustakaan sahaja kelihatan. Ketika Rin sibukmencari buku seseorang telah menyapanya.
"Rin-kun?"
"Itsuka-san? Awak pengawas perpustakaan ke?"
Itsuka-san mengangguk. Hatinya masih berdegup kencangkerana pertemuan itu. Tambahan pula tiada orang berada di sekolahpada masa itu. Suasana petang yang tenang dan langit yang kemerahanmenambahkan lagi suasana romantik. Rin mendekati Itsuka-san. Diamenutup mata seolah-olah Rin akan menciumnya.
"Awak tahu tak di mana letaknya buku novel untuk tajukni."
"Eh?"
"Hari tu saya terlepas kelas English dan saya taksempat siapkannya. Esok saya kena hantar ni."
Tanpa bercakap apa-apa Itsuka-san terus sahaja pergidari situ. Rin berasa pelik dengan tindak tanduk Itsuka-san. Tidaklama kemudian dia kembali semula dengan berberapa buah buku.Itsuka-san memberi buku tersebut tetapi sambil menundukkan kepalakerana hendak menyembunyikan mukanya yang kemerahan itu.
"Arigato, Itsuka-san."
Rin terus ke meja belajar yang berada di tengah-tengahperpustakaan dan menumpukan perhatiannya untuk menyiapkan tugasantersebut. Itsuka-san bersembunyi di belakang rak buku perpustakaansambil memerhatikan Rin. Itsuka-san terlelap kerana asyikmemerhatikan Rin sahaja dari tadi.
Berjam-jam telah berlalu. Akhirnya Itsuka-santerbangun dari tidurnya. Eh? Alamak dah lewat ni. Diamelihat kearah jam dinding perpustakaan. Ia menunjukkan jam 7:00petang. Mana Rin-kun? Diamelihat semula kearah meja tempat Rin belajar tadi. Rupa-rupanya Rinjuga tertidur. Itsuka-san membangunkan Rin.
"Eh? Alamak!" kata Rin. "Saya pergi dulu. Gomekalau saya menyusahkan awak." sambungnya sebelum pergi dari situ.
Ā Dia mengemas buku yang dipinjam oleh Rin tadi. Diamenyedari yang Rin tertinggal sesuatu. Eh! Bukankah ini....