Chereads / Cinta yang Tersembunyi / Chapter 4 - Bab 4

Chapter 4 - Bab 4

Aryan masuk ke dalam bilik rawatan Rohan untuk melihat keadaannya.

"Rohan.. macam mana awak sekarang?" tanya Aryan sambil memegang tangan Rohan.

"Err... Maaf, encik ini siapa? Saya tidak kenal" balas Rohan dengan memegang kepalanya yang sakit itu.

"Saya Aryan, pakcik Rohan. Saya faham kenapa Rohan macam ini.. Jangan risau pak cik janji.. Pak cik akan sembuhkan Rohan". Jawab Aryan dengan wajah yang ceria supaya memberi semangat kepada Rohan. Tetapi Rohan tetap tidak dapat menenangkan dirinya kerana dia tidak dapat mengingati apa yang berlaku kepadanya. Dia asyik bertanya kepada Aryan yang kenapa dia dekat hospital serta apa yang berlaku kepadanya.

"Rohan... you mengalami kemalangan jalan raya semasa pulang ke rumah dari kilang" jawab Aryan.

"Kilang?" tanya Rohan dengan penuh rasa curiga.

"Yes Rohan awak adalah pemilik kilang tekstil yang terkenal. Founder of Yours Truly Textile dan awak adalah satu-satunya pewaris yang ada sekarang ini" balas Aryan sambil berjalan ke hulur hilir depan Rohan. Rohan pula seperti tidak dapat mempercayai apa yang dikatakan oleh Aryan. Dia tidak sangka bahawa dirinya adalah orang yang sangat terkenal dan kaya.

"Well Rohan, get well soon. Pakcik tak sabar nak bawa Rohan balik ke rumah dan juga ke office because only you can handle it". Lalu Aryan menutup pintu biliknya sambil melambai tangan dekat Rohan tetapi Rohan masih dalam dilema kerana dia seperti seolah-olah baru muncul dari langit tanpa sebarang ingatan kemudian dia cuba melelapkan mata untuk tidur supaya dapat tenangkan fikiran dan jiwanya.

Tiba-tiba kedengaran satu suara yang aneh.

"Rohan bangunlah dah pagi ini."

Rohan cuba untuk tidak membuka matanya dan mengendahkan suara tersebut.

"Rohan please wakeup. Dah pagi ini kena sarapan"

Rohan buka mata dengan rasa menyampah dan melihat wajah seorang wanita yang sangat cantik,putih berseri dengan rambutnya panjang curly, kurus dan berpakaian kemas seperti Personal Assistant.

"Awak ini siapa! Kacau I pagi-pagi ini", jerit Rohan kerana dia mempunyai tabiat iaitu suka bangun lewat dan tidak suka dikejutkan.

"Saya Shailaputri. Your private nurse hired by Mr Aryan" jawab wanita tersebut sambil mengemaskan katilnya.

"What?!" terkejut Rohan.