Dalam dingin malam, lagu dari filem "Mohabbatien" memecah suasana keheningan. Adam melayan perasaannya sambil menyelak buku nota untuk peperiksaan di esok hari.
Sambil menyelak disitu jugalah Adam berangan sedang berduaan di pergunungan seperti dalam filem itu dengan gadis idamannya iaitu Azie. Seorang gadis yang ceria, sentiasa bermotivasi dan menjadi tumpuan di kelas. Orangnya berkulit sawo matang, muka mix cina melayu, badannya kurus-kurus berisi dan mengiurkan. Ramai yang meminatinya. Namun Adam bertuah kerana telah lebih setahun mereka menjadi "couple".
Tiba-tiba, berbunyi deringan telefon. Biasanya lewat jam 11 malam dan keatas pasti Azie akan menelefonnya.
"Tut... Tut... tut... tut... " deringan telefon yang menghilangkan lamunan Adam. Adam senyum dan menjawab panggilan itu.
"Hello....Assalamualaikum... Rumah Kediaman Noah...." jawab Adam. "Waalaikumussalam....Adam ni i la...Azie" balas Azie dengan nada yang kurang menyenangkan. "Ye baby....i know itu you, hahaha... " jawab Adam dengan nada gurau. " Adam... you tengah buat apa? I tak boleh study la..." sambung Azie. " Kenapa baby... you macam ada perkara je yang you nak share dengan Adam..." Adam menunjukkan kata-kata empati. " Ye you... Memang ada perkara yang I nak luah ni... Tapi I..." tergantung ayat Azie disitu.
Adam merasa pelik. Azie tak seperti malam-malam sebelumnya yang sentiasa ceria dan banyak perkara yang disembangkan hingga lewat malam dalam telefon. Dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil perkara. Dari perkara umum hingga ke perkara peribadi. Tapi harini ayat Azie tergantung. Adam termanggu sejenak.
" Hello you... you ada kat sana lagi?" pertanyaan itu menyentak lamunan Adam. "Ye baby....i'm still here... kenapa ni baby? You macam tak seronok je... You nak cerita, ceritala....mana tahu boleh lepaskan tekanan you tu..." balas Adam dengan penuh empati.
"You... I... I... " tersekat-sekat perkataan yang hendak dikeluarkan. "Harap you tenang dan jangan marah tau....i takut you marah je..." sambung Azie. " Ok sayang... i janji i tak marah...." jawab Adam bersahaja. Dia tahu yang Azie ni memang hormat padanya. Maklumlah couple. Jadi Adam dengan bersungguhnya bersedia untuk dengar apa yang akan diungkapkan oleh Azie. Terlintas juga dibenak hati Adam Azie minta masuk meminang. Tapi lambat lagi kata hati kecil Adam. Arghhh apa pun aku dengar dulu.
" You... Kita putus..." kata Azie bersahaja sambil menarik nafas panjang. "Apa baby? Putus apa? " jawab Adam seperti dalam khayalan. "Kita putus" jawab Azie dengan lebih yakin. "Tapi kenapa baby? Boleh bagi tahu kenapa?" tanya Adam sambil menahan sebak. Walaupun seorang pemain bola sepak sekolah, dia juga mempunyai hati tisu. Dalam hati ada taman.
"I tak tahu kenapa... cuma I rasa perlu rest... kita break... Itu je alasan i ..." sambung Azie. " Okey macam ni baby... you nak rest dan tak mahu tekanan, you rest ye... tak pe kita break kejap....lagipun i tahu you tertekan sekarang tambah kita sedang exam.. you rest je dulu... tapi kita couple ok? " balas Adam sambil air mata jantannya mula basahi pipinya.
Azie diam seribu bahasa. Tanpa sepatah perkataan terus diletaknya telefon tadi. "Hello... hello..." sambung Adam dalam keadaan dirinya keliru, sedih dan mula dirinya down. Apa salah aku kata hati kecil Adam.
Sambil menyelak buku, menitik air matanya. Dia tahu sekiranya dia membalas panggilan sudah tentu Azie tidak mahu bercakap dengannya buat sementara. Dalam keadaan yang tidak keruan itu, Adam terus membaca, menyelak buku-buku notanya untuk peperiksaan esok harinya.
*************************************
Terngiang-ngiang kata-kata Azie malam tadi. Dengan berbekalkan semangat yang diberikan oleh ibunya pagi tadi, Adam teruskan dengan peperiksaan pagi ini dengan agak serius. Dia tidak senyum langsung. Mungkin fokusnya yang terlalu sebagai mekanisma pelindung untuk menghilangkan perasaan sedihnya.