Chereads / KAUNSELOR ITU SUAMI AKU / Chapter 2 - Aku aku... kau kau...

Chapter 2 - Aku aku... kau kau...

Dalam lamunan Adam, masih lagi melayan perasaannya. "Tapi kenapa?" tanya benak hati Adam.

Dari kejauhan Azie berjalan dengan kawan-kawannya dengan wajah yang seperti tidak ada apa berlaku. Sesekali Azie memandang ke arah Adam. Bagaikan mengharapkan Adam tidak ada apa-apa.

"Mana tidak boleh ada apa-apa? hati ini semakin terhakis bagaikan disimbah asid." suara kecil hati Adam mula berbicara.

Adam berlalu pergi begitu sahaja selepas persekolahan. Laju meluru dengan motosikalnya. Jauh meninggalkan Azie perlahan-lahan hilang dari pandangan.

Adam merasakan hidup ini bagaikan tiada lagi perempuan yang baik. Ditanamkan didalam hati perempuan semuanya racun. Racun yang akan menyakitkan hati. "Tanpa perempuan pun aku boleh hiduplah" cetus hati Adam.

Azie yang masih lagi memikirkan keadaan Adam setia menelefon Adam. Namun hampa kerana Adam sudah menjauh. Adam tidak lagi mahu bergurau, tidak lagi menyakat bahkan Adam tidak bercakap, cuma membalas soalan yang ditanya sahaja. Walaupun Azie merasa bersalah atas perbuatannya, tetapi kehidupan ini masih panjang dan perlu diteruskan.

*******************************

Suatu pagi yang indah damai ketika cuti sekolah bermula, Adam telah merancang bersama kawan-kawan lelakinya untuk berkelah di sebuah tempat perkelahan air terjun tidak jauh dari rumahnya. Suasana tenang. Hening pagi hari. Kedengaran deruan air terjun yang menenangkan. Inilah yang Adam cuba cari untuk terapi dirinya.

Tiba-tiba Jijo bertanya kepada Adam..."Adam... kau tak ajak girl kau ke?"... Selamba Jijo bertanya. Pertanyaan itu, tidak dijawab bahkan Adam terus terjun ke dalam air umpama mengelak dari terus ditanya...

Dari jauh Adam melihat kelihatan sepasang pasangan sedang duduk diatas batu. "Azie... dia dengan siapa tu?"... getus hati Adam. Mereka bergelak ketawa, saling memandang dan nampak sangat rapat dan bahagia. Tidak pernah Adam nampak Azie sebahagia itu.

Adam nekad untuk bertemu dengan mereka. Adam melangkah dengan penuh sabar menahan air mata jantannya dari mengalir.

"Azie.." panggil Adam lembut. Azie menoleh dan terperanjat melihat Adam dibelakangnya. Azie gugup dan hilang riak gelak tawanya yang sebelum ini.

"I.. I...boleh explain... " Azie mula bersuara. " I faham Azie... tak perlu u explain...i undur diri... " sambung Adam. " Bro... u jaga Azie baik-baik... dia gadis yang baik" terus Adam... "Azie... mulai sekarang... urusan I urusan I....urusan U urusan U... terima kasih Azie..." Adam berlalu tanpa menoleh. Meninggalkan mereka berdua dengan rasa marah dan kecewa kepada Azie.

Azie aku mencintaimu... tapi engkau hanya menjadikan aku ini sebagai siapa sebenarnya. aku buntu. Azie...