BANGLO PUTIH
DANISH mundar mandir tak tentu arah. Bayangan Jahil yang melolong kesakitan itu menerpa ke arahnya dengan raut garang, memaklumkan segala azimat yang telah dilarikan oleh Rafael sudah dibakar beberapa barangan lain.
Selama ini dia tidak sedar azimat yang disimpan oleh bapa dan diserah jagaan pada Rafael, sudah diberikan pada Zahra.
"Tak guna! Bangsat!! Dia khianat aku! Dia khianat bapa kita!"
"Engkau yang lemah! Sedari awal aku maklumkan pada kau. Dia manusia, lemah!" getus Jahil memekik marah. Tongkat akar yang panjang dan melentur itu, terhias dengan loceng-loceng pelbagai saiz itu dihentak beberapa kali ke lantai. Bergentang-gentung bunyi lantunan loceng itu membingitkan.
"Aku tak boleh lawan bapa! "keras suara Danish. Bapa penguruannya itu, telah mewariskan waris hambanya sebagai salah satu hadiah buatnya selaku anak didiknya.
"Tapi bapa dah lama...,mam..Erk!! "
Leher pendek Jahil di cekak oleh Danish dengan sebelah tangan. "Jangan kau berujar biadap dihadapanku saat kau menyebut tentang bapa! Dia masih hidup dalam dirinya! Diri mereka! Darah bapa masih ada! "tengking Danish. Anak matanya, melirik ke arah bangunan yang menjadi kurungan sementara Ainaa.
Jahil tak mampu melepaskan dirinya. Terkapar-kapar dia di atas udara dalam pengangan tangan Danish. Disebabkan perjanjian darah antara dia dan Danish dan bapa, dia tidak mampu melawan lelaki muda itu.
"Le.. Le, pas.. Lepa..skan aku.."
"Ini amaran untuk kau!!" Danish melepaskannya. Terbatuk-batuk Jahil, di imbangi tubuhnya dengan tongkat akar miliknya. Jika tidak disebabkan perjanjian darah yang dibuat dahulu. Pasti dia tidak berada dalam genggaman lelaki itu.
"Engkau maklumkan aku, apa yang mereka rancangkan. Jika tidak, sebahagian tubuh kau aku bakar!" ugut Danish, dengan cebikkan di tepi bibirnya.
Jahil mengangguk ketakutan lalu merubah dirinya menjadi burung hering, dengan kepala botak dan tobek. Dia terbang ke udara dan menghilang dari pandangan.
"Bodoh! Tidak wujud hering di sini, celaka!" marah Danish saat hambanya itu menyerupai binatang pemakan bangkai itu terbang seolah-olah menunjuk dirinya yang boleh berubah mengikut kehendaknya. Bangga dengan kelebihan bangsanya.
"Dasar bangsa puaka! Bodoh!! "
...
RAFAEL berlari ketakutan tatkala saudara kembarnya di tangkap Danish. Apa sahaja yang berada di hadapannya itu, diredah tanpa peduli. Sesekali di berhenti dengan nafas yang padat di rengkungan dadanya. Hanya seketika, apabila dia terdengar suara ngilai Jahil yang terbang melulu dalam pelbagai bentuk. Disebabkan darah ayahnya, masih mengikat bangsa jin yang murka itu. Hamba itu tidak dapat melukainya.
Matanya melilau. Dia melarikan diri mengikut laluan yang bertentangan dengan laluan biasa yang mereka selalu lalu. Dia perlu menghindari tempat pemujaan Danish. Jika dia tidak melarikan dirinya, pasti Danish akan menggunakannya lagi. Nafasnya tercungap-cungap. Dia hampir muntah kepenatan.
BUKK!!
Rafael rebah ke hadapan dan jatuh tertiarap ke tanah. Kepalanya berdengung sakit. Matanya berpinar-pinar. Dalam pandangan yang samar-samar dia dapat menangkap bayangan manusia yang memukul kepalanya dari arah belakang.
Rafael bernafas dengan renguhan sakit. Dia terpaksa membatukan dirinya apabila tubuhnya sudah dibebani kepenatan. Dia benar-benar kelelahan.
"Macam mana?" Sofea yang menyembunyikan dirinya, keluar dari semak tinggi mendekati Avienna yang memengang dahan kayu yang patah.
Sebaik kelibat lelaki itu melalui tempat mereka menunggu, Avienna terus menghayunkan dahan kayu ke arah lelaki tersebut dengan sekali hayunan.
"Mati ke?" soal Sofea cuak. Lelaki yang tumbang itu, seakan jasad yang tak bernyawa. Risau pula, tindakkan mereka meragut nyawa manusia.
Avienna menunduk lalu memengang urat leher Rafael dan mencari denyutan nadi. Apabila deria sentuhannya merasai denyutan nadi. Kepalanya mengangguk dengan isyarat menandakan lelaki di hadapan mereka masih hidup.
"Kita kena pindahkan ke dalam rumah itu."
Sofea lekas mengeleng. Membulat matanya, dengan gelengan kepala tanda dia tidak setuju untuk mereka berpatah semula ke rumah tinggal itu. "Aku tak sedap hati." ujarnya, ikhlas.
"Jangan merepek. Kita dah jumpa suspek. Aku rasa Danish and you're sis akan balik semula ke rumah itu."
Sofea diam. Sejak kakaknya hilang tanpa jejak. Hatinya tak tenteram. Danish pun mereka tak dapat jejak setibanya mereka di banglo putih itu. "Aku.., aku memang tak sedap hati."rungut Sofea, apabila hatinya berdebar-debar tatkala dia teringatkan banglo tinggal itu. Untuk mereka kembali ke sana, hatinya menegah seperti ada perangkap yang sedang menunggu mereka.
Avienna mengeluh. Dia yang sedang mengikat tangan lelaki itu, mula mengikat pada pangkal pohon berdekatan. Dia tidak mahu lelaki yang mereka berjaya tangkap terlepas bergitu sahaja. "So?"
"Apa kata kita patah balik..?
"Nonsence! Kalau kau tak nak. I'will go by myself."
Sofea mengeleng dengan tangan yang di depakan, menghalang rakan kakaknya itu pergi seorang diri. Di tidak tahu kenapa, hatinya bertegas untuk tidak mendekati bangunan tinggal itu. Itukah perasaan yang dirasakan oleh saudara kembarnya atau hanya sangkaannya sahaja. "Janganlah. Kita.. Kita.. "
"Ja..jangan... " Rafael mencelah. Deru nafas Rafael, terasa berat. Perbualan dua wanita di hadapannya, yang di dengarinya tanpa sengaja membuatkan dia terus menegah.
Untuk kembali, tidak sekali. Berapa kali nyawa di banglo itu melayang tanpa ihsan dari tangan Danish.
Mata mereka berdua tertancap pada Rafael, serentak. Avienna menghala dahan kayu yang digunakannya untuk memukul belakang kepala Rafael. Mereka berganjak secara spontan.
Kepala Rafael masih berdenyut. Tetapi dia cuba menegah mereka yang berada di hadapannya. Jika mereka pergi, mereka seperti menawarkan diri untuk di korbankan. "Jangan. Jangan pergi ke sana. Tolong.. "
Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.
"Kenapa kau cakap macam itu?"
"Kau akan mati. Kau akan mati macam kakak kau juga."
Berderau darah Sofea. "Kau..,Kau jangan bohong." Mengigil tubuhnya, dan hampir sahaja dia melurut ke tanah.
Avienna menghala dahan kayu, tepat di muka Rafael. "Kau kenal Ainaa?" ajunya, berwaspada. Dalam masa sama, dia tidak mahu lelaki di hadapan mereka memasang perangkap terhadap mereka. Tambahan, mereka tak mengenali lelaki ini.
Rafael mengigil. Matanya meliar tak tentu hala. "Aku nampak dia kena heret, waktu kau berdua datang ke bangunan itu." tergagap-gagap dia menjawab pertanyaan mereka.
"Dengan siapa?!" Avienna masih tak berganjak.
"Danish??"Avienna menduga.
Rafael tidak menjawab. Badannya mengigil, ketakutan. Mata meliar ke serata kawasan. Bibirnya digigit. "Lepaskan aku! Lepaskan aku!! Nanti dia datang." rayu Rafael meminta simpati mereka untuk dia melepaskan diri. "Nanti dia datang. Dia akan korbankan aku sama seperti mereka! Tolong!! Lepaskan aku! " Rayunya tak henti. Suaranya terdengar tertahan-tahan dan perlahan.
"Cakap!! Siapa!!" Marah Sofea. Merah wajahnya, diserbu dengan amarah. "Siap yang bunuh kakak aku! Kau bunuh dia?!"
Dia terus menghadap lelaki itu secara bersemuka. Hilang kegerunannya seawal tadi. Lelaki itu mengeleng dengan pantas. Menafikan sekerasnya. Wajah Rafael yang tidak terurus itu, sukar di amatinya sehingga kolar baju lelaki itu di tarik kasar. Sofea tidak dapat memerima jawapan dari lelaki yang baru ditemuinya. Air matanya sudah tumpah, roman mukanya basah.
"Lepaskan aku. Aku tak nak mati!! Aku tak nak mati macam mereka!! "Rafael mula beriak seperti lelaki yang tidak siuman. Meracau-racau untuk dilepaskan. Avienna mengabil jarak. Badannya gementar dan mengigil. Air muka lelaki itu, semakin jelas apabila biasan cahaya bulan itu mula menunjukkan muka sebenar lelaki di hadapan mereka. "Sofea. Muka.. Muka dia."
"Lepaskan aku!! Dia akan bunuh aku macam dia bunuh kakak kau! Dia kan bunuh kita bertiga!! Lepaskan aku!! "Rafael sudah memekik dan meronta-ronta minta dilepaskan. Bicaranya sudah tidak sekata. Sesekali, ulahnya ketakutan dan ada ketika membisik.
"Muka?!! "Sofea melepaskan pengangannya. Badannya dirasakan lelah dan semangatnya lemah. Patutlah dia tidak sedap hati sejak dia tiba di bangunan putih itu. Apa yang berlaku sebenarnya pada kakaknya. Danishkah lelaki yang cuba menghancurkan keluarga mereka?
"Muka..muka dia sama dengan muka kau. Sama dengan muka kakak kau."
"Sama?" Sofea melihat wajah Rafael. Bibirnya terbuka. Dia terduduk ke tanah. "Kau..!"
Bersambung...