MEOR yang baharu saja tiba di perkarangan hospital, menanti sebeberapa ketika waktu kehadiran ayahnya di tempat meletak kenderaan telah diparking di kawasan yang teretak tidak beberapa jauh dari blok wad ibunya ditempatkan. Abangnya, yang sudah tiba awal. Bertukar masa menjaga ibunya kerana risau jika ada sesuatu perkara yang berlaku, tanpa kehadiran mereka. Agar lebih berjaga-jaga. Andai kata ibu mereka, memerlukan apa-apa hal. Ada seseorang yang menemani di samping ibu mereka.
"Ayah!" Meor yang melihat kelibat ayahnya dari, jauh. Melambai dengan tangannya agar ayahnya segera menghampirinya. Dia juga tidak berdiri bergitu sahaja. Malah, dia lekas menadapatkan bapanya. Walaupun, baru beberapa jam. Ayahnya, tampak tidak terurus sejak ibu berada dalam wad hospital. Mungkin kerana risau, ayahnya berkeadaan bergitu.
Melihat Meor yang datang mendapatkannya dan melambai ke arahnya, dia berjalan dengan sedikit laju, menghampiri anaknya.
"Ayah..., macam mana dengan ibu?" ajunya. Tangan ayahnya yang sedang membimbit plastik, diambil oleh Meor. Bahkan, dia membuka pintu di bahagian seat penumpang dan membantu ayahnya duduk berehat.
Ayahnya bukan muda seperti dahulu. Selalu sakit-sakit di bahagian lutut.
Ayahnya mengeleng. Ada keluhan pada wajah tua ayahnya. Meor mengosok bahu ayahnya. Bukan senang hidup suami, jika isteri dalam keadaan yang tidak sihat kerana semua perkara, isteri uruskan. Seolah-olah kehidupan itu seperti lilin yang tiada benang, kehidupan yang tidak sempurna walau punya segala-galanya.
"Macam mana ibu boleh jadi macam itu?"
"Ayah terjaga dari tidur. Bila, ayah cari ibu kamu disebelah, tak ada. Ayah pusing dan nampak ibu berdiri depan katil. Terkejut Jugaklah. Ayah sangka, ibu kamu main-main." Ayahnya mengambil nafas seketika. "Diam macam itu je, tak bergerak. Ayah tegur ibu kamu, tapi tak menyahut. Elok ayah bangun dan pengang ibu, ibu rebah. Nasib, ayah sempat ampuh ibu kamu." Terang ayahnya, pelik. Tapi, itulah yang sebenar berlaku.
Meor mengangguk. Faham, dengan penerangan ayahnya. "Jadi, doktor kata apa?"
"Doktor kata, ibu tak ada apa-apa masalah. Tak ada sakit, elok belaka." ujar Ayahnya.
"Ibu dah boleh keluarlah ni." Meor menyoal. Lega perasaannya. Tiada apa yang buruk berlaku pada ibunya. Mungkin, kata-kata Puan Zahra menganggu fikirannya.
Ayah meor mengeleng. "Ibu tak sedarkan diri. Itu yang ayah hairankan." utara ayahnya. Masih merasa pelik. Doktor tak jumpa penyakit isterinya, tetapi isterinya masih koma tak sedarkan diri.
"Ibu koma??"
Ayahnya mengangguk. Meor termanggu pula. Benarlah kata-kata Puan Zahrah. Dia perlu, mencari ikhtiar untuk merawat ibunya seperti yang disarankannya.
"Ayah, balik rumah dulu. Dah malam macam ini. Ayah bukan sihat sangat." ujar Meor. Ayahnya asthma, walaupun tidaklah teruk hingga menggunakan alat bantuan inhaler. Tetapi, kalau tak dijaga kesihatan. Silap-silap, dengan ayahnya sekali masuk wad.
Ayahnya hanya mengangguk. Anak-anak dah besar, dah boleh di harap.
...
AINAA meminta diri, setelah lama mereka berada di rumah Puan Laila. Aisyah, juga memerlukan rehat dan waktu untuk dia makan ubat kerana masih bergantung dengan ubat-ubatan.
Usai beredar dari kawasan perumahan milik Puan Laila, mereka bergerak ke satu lokasi yang dipandu oleh Avienna. Sejak mereka sepakat untuk bekerjasama mencari rumah Rafael, Danish dengan Avienna selalu berganti memandu. Sekali sekala, Ainaa mengambil alih untuk mereka berehat. Tetapi, tidak lama. Kerna masing-masing tidak gemar dengan cara pemanduan Ainaa yang suka memencut melebihi had laju. Di dalam kereta, Ainaa lebih banyak mendiamkan diri. Tak banyak yang di sahutnya, apabila disoal oleh mereka.
Hanya mereka bertiga berbual antara satu sama lain hal berkaitan Rafael dan sumpah yang di perkatakan oleh Ainaa.
"Aku dah cari. Ini sahaja kenalan, Rafael. Dia tak banyak kawan."
Sofea melihat alamat yang di tunjukkan Danish. "Mana nak jumpa tempat ini?"
"Maps ada." sampuk Avienna. Dia yang sedang memandu, sempat menyampuk perbualan mereka yang berada di belakang.
"Aku dah try guna Maps. Even Waze pun, aku still tak dapat nak cari kawasan dia." rungut Danish. Segala aplikasi teknologi terkini, masih tak membantunya untuk mencari alamat sebenar Rafael. Mungkin, Rafael sudah dapat mengagak dirinya akan di cari oleh si kembar.
Ainaa menoleh, melihat adiknya dari cermin pandang belakang. Fikirannya, terganggu dengan ujaran dari Aisyah. Kenapa, dia tak terjangkau benak akalnya bahawa tragedi yang menimpa kekasih Aisyah ada terkait dengan mereka. Jika benar, ini adalah salah satu dari rancangan Rafael. Kenapa? kenapa mereka disumpah dan diburu sebegitu rupa? kenapa, melibatkan orang-orang yang berhampiran dengan mereka?
"Adik.."
Sofea memandang. "Apa?" soalnya, tatkala kakaknya yang membisu dari awal mereka membolos masuk ke dalam kereta. Seakan ada sesuatu yang menganggu fikiran kakaknya itu.
"Dalam blog itu, ada nama Aisyah. Lagi, ada nama siapa?"
Sofea termanggu seketika. "Oh..ada, ada Meor."
"Itu sahaja?"
"Sekejap. Ada Hanis Syaurah. Ada...ada..." Sofea membelek skrin cahaya, mencari nama yang diminta saudara kembarnya.
Mendengar nama sahabatnya, disebut oleh Sofea. Ainaa teringatkan kembali tentang sahabat baiknya. Hanis...ya, Hanis Syaurah. Sudah lama dia tidak mendapatkan khabar dari sahabat baiknya.
Walaupun berjawatan tinggi, tetapi tidak meninggi diri mahupun melupakan kawan.
Ada sesuatu terjadi kepada diakah??
Timbul kerisauan yang mula membenih pada hatinya. Adakah, kawan-kawan juga menjadi mangsa Rafael?
"Adik...kita pergi ke rumah Hanis."
"Sekarang??" Sofea yang sedang membelek blog, terhenti. Matanya menoleh ke arah Danish. Lelaki muda yang kini, berkerjasama dengan mereka walau pada mulanya ianya adalah kunci untuk mencari bapa mereka. Dan kini, lelaki itu secara sukarela menghulurkan bantuan untuk mencari Rafael. Danish membalas pandangan Sofea. Hairan mungkin.
"Sekarang...?" tanya Sofea sekali lagi untuk kepastian. Matanya merenung reaksi wajah kakaknya yang mula kelihatan pada riak kerisauan. Ada sesuatu yang menganggu fikiran saudara kembarnya itu.
Ainaa mengangguk. Tidak memandang adiknya. Hatinya risau. Risau, jika sahabat baiknya itu juga menjadi subjek korban yang sama seperti yang diterima oleh Meor dan Aisyah.
Dia perlu memastikan setiap nama yang dijadikan karakter oleh Rafael, di dalam blog mereka berada dalam keadaan selamat.
Nama yang dicari, tentera nama ibu mereka. Sofea memandang saudara kembarnya. Khabar ibu mereka, sehingga kini tidak mereka ketahui. Rindunya membisik.
"Kak...bagaimana dengan umi?"
Ainaa membisu.
Pertanyaan adiknya itu, membuatkan dia mendiamkan diri. Nama ibu mereka pun ada dalam blog yang ditulis Rafael.
Ibu mereka. Sebelum ini, dia pernah mengikuti ibunya dari jauh. Melihat ibunya tanpa bertemu, kerana ada beberapa wartawan yang sentiasa mencari peluang serta ruang untuk bertemu dengan ibunya. Ada satu ketika, sewaktu dia mengintai ibunya dari jauh, ibunya sedang melawat Ammar di Tanjung Rambutan. Dia ingin berjumpa pada ibunya, tetapi tak berkesempatan. apabila seorang wanita yang kurang siuman itu, mula datang menganggu.
Mungkin....mungkin..., dia dapat bertemu dengan ibunya itu jika, dia tidak melihat Rafael di bilik wad Ammar. Mungkin....
"Kak...pernah jumpa umi?"
Ainaa yang tersentak dengan soalan adiknya, mengelengkan kepala.
Rafael..sebab kepada masalah mereka. Sumpahan dalam hidup mereka.
...
HANIS SYAURAH yang sedang mengemas ruang biliknya, mengeluh dalam kepenatan. Sudah lama dia tak melobi rumahnya, kerana sibuk dengan tugas kerja yang bertimbun-timbun setiap hari.Hari cuti yang diperolehinya, satu ruang masa untuk dia melakukan apa yang diinginkan.
"Kotak?"
Matanya tertancap pada satu kotak sederhana besar yang agak terperosok ke dalam, di bawah katil. Otaknya ligat memerah ingatan tentang kotak yang ada di dalam biliknya.
Dalam juga dia memikirkan, dalam pada itu dia berjaya meraih kotak itu keluar dari bawah katil.
"Kotak apakah ini?"
Kotak yang sudah berdebu itu, di buka dengan cermat agar habuk debu yang melekat tidak berterbangan.
"Album sekolah...Oh, gambar masa dekat padang rengas." senyumnya meleret. Masih disimpan, kenangan lamanya waktu dia belajar di sekolah agama di padang rengas. Sangkanya, sudah dibuang. Gambar dia dengan si kembar, bergambar di atas kerusi depan asrama aspuri. Gambar sebelum cuti sekolah panjang.
Rindunya...
Ke mana hilangnya Ainaa...sahabat baiknya itu.
Bersambung..