Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 91 - Chapter 91

Chapter 91 - Chapter 91

TAHUN 1976

Kaki Gunung Pondok-Padang Rengas

"Engkau sudah hilang akal, Din! kau seperti sengaja menempah bala. Engkau heret kami-kami semua!!"

Aminuddin yang sedang bertinggung di atas tanah, bangkit dengan marah apabila salah seorang rakannya itu merungut-rungut tanpa henti. Dengan riak marah, dia membaling parang berlumuran darah ke arah Nazlan sehingga lelaki itu mengelak ke tepi.

Membuntang mata Nazlan, terkejut. "Celaka kau Din!!" Melenting suara Nazlan di amuk perasaan marah. Menyirap darahnya, sehingga mukanya yang cerah sawo matang itu nampak memerah umpama udang teebakar. Bilah parang yang kotor itu, lalu di ambil dan diujukkan tepat ke muka Aminuddin. Betul-betul di hadapan wajah rakannya itu. Anak matanya terjengil, seakan terbakar sama dengan api kemarahan yang membuak-buak.

Rakannya itu sudah melampau. Menganggap dirinya ketua. Sudahlah pula, nyawa Boyy melayang bergitu sahaja. Kini, mahu membunuh dirinya.

"Engkau mahu meragut nyawa aku juga?!!"

Aminuddin diam dengan wajah garang. Umpama harimau bertemu beruang. Masing-masing tidak mahu menurunkan sikap angkuh malah, mahu menunjukkan mereka lebih mengerunkan dari orang lain.

Beberapa rakan lain, bertindak untuk menyepi. Risau nyawa mereka pula melayang sia-sia seperti Boyy. Rakan memang yang mati katak.

"Sekarang kau mahu aku bertindak seperti apa? Mereka yang sengaja mencari bala. Jika tidak, tidaklah nyawa mereka melayang sia-sia. Engkau mahu salahkan aku pula." Tengking Aminuddin. Jerkahan Nazlan tak diperduli. "Kau sangka, aku yang mahukannya seperti ini." sambung Aminuddin dengan rentak suara yang kesal. Matanya sempat meliar ke arah Boyy yang sudah menjadi mayat dengan darah yang bertebaran. Dua lagi jasad, juga tak bernyawa.

"Jadi mengapa, engkau cabar mereka??mengapa kau tidak lepaskan saja si Bunga??!"

"Diamlah, Naz! Kau buat aku sakit kepala !" Aminuddin mengerutu.

"Hei!!! kau suruh aku diam. Siapa yang mahu menangung akibatnya. Kau mahu kami pekak telinga dan butakan mata. Bergitu?"

"Kau boleh tak, bagi aku masa untuk berfikir?!!" Ancaman parang di tangan Nazlan, tidak menakutkannya. Malah dengan selamba, dia mengepal buku lima di hadapan muka Nazlan.

"Jadi, kau nak kami jadi kambing hitam kau. Tanggung akibat dari perbuatan kau! Kau memang, celaka!! Bodoh! Semata-mata perempuan seorang. Kita semua jadi pembunuh." oktaf suara Nazlan meninggi. Hujung parang yang tajam itu, mengunjuk pada Bunga yang dah terkulai lemah di atas tanah.

"Kau cakap apa?!"

"Aku cakap apa? Eh, sebabkan kau mahukan si perempuan ini sangat. Boyy mati, kau tahu tak! Boyy mati! Masih ramai, perempuan-perempuan lain yang cantik-jelita di luar sana!" Nazlan sudah naik berang.

"Semua, sudah berlaku ma... Nasik sudah jadi bubur. Apa boleh buat..." Ah Chai menyampuk, tersengih-sengih dengan sengihan tak bersalah.

"Engkau diam Chai! Sebelum aku libas kau pula!" Aminuddin memandang rakannya dengan pandangan amaran. Ah Chai kecut perut. Dia terus diam dan beranjak menjauhi mereka. Ram dan Faizul yang melihat, mengejek dengan memek muka.

"Keluarga dia pernah tolak pinangan aku mentah-mentah sebab aku anak orang miskin. Sebab aku papa kedana. Aku tak akan lepaskan dia, dan aku akan pastikan  keluarga mereka tanggung akibatnya."

"Sebab itu kau beriya mahukan Bunga. Kau memang bangsat! Sekarang siapa yang mahu tanggungjawab. Engkau yang bunuh mereka! Budak dua tiga ekor ni tak masuk dalam keluarga betina tu!" meluap-luap Nazlan, memarahi rakannya itu.

"Syaitan kamu!!"

"Dah..dah! Kita campak je mayat mereka dalam sungai." Celah Ram, meredakan suasana tengang.

"Bahaya. Aku khuatir akan ada orang dapat tahu. Bagaimana nanti? Baik kita tanam sahaja. Bukan siapa yang tahu." bantah Faizul.

"Hah!! ini lagi karut!"

"Karut apa? Kau ada idea lain?"

Nazlan mundar mandir lagi. Kuku jarinya, digigit memikir dirinya akan datang. "Mati aku, kalau bapak aku tahu."

"Jangan kasi tahu bapak kaulah." Ah Chai mencelah, memberanikan dirinya. Walau tadi, dia hampir membuatkan Din mengamuk.

"Tak. Aku kenal bapak aku."

"Dia takkan tahu, kalau kau tak lapor dekat dia." Aminuddin yang diam sedari awal, bersuara. Nada suaranya membengis.

"Aku rasa baik, kau pergi balai." saran Nazlan. "Kau bagi alasan mabuk. " Tokoknya pula.

"Aku!..aku, ada cara."

Semua memandang ke arah Ram.

"Kita jumpa Wak Munawer. Aku dengar cerita orang kampung. Ajaran dia bagus."

"Kau mahu jadi syirik?!" marah Nazlan. Didikkan ayahnya sedari kecil mengajarnya untuk dia percaya tahyul dan bomoh.

Zapp!! Nazlan yang berdiri, tumbang ke bumi bagai pohon yang ditebang. Sekelip mata, lelaki muda itu menjadi mayat baru. Aminuddin mendengus di samping Nazlan, bergerak ke arah Bunga yang masih pengsan.

Tiada lagi rungutan atau bantahan. Masing-masing yang melihat, gerun pada keletah lelaki itu hingga tiada yang bergerak.

"Apa rancangan kamu."

"Kita panggil Wak Munawer."

"Engkau pergi! minta dia datang ke sini."

....

DALAM suasana malam di kaki gunung itu. Seorang lelaki tua, membuat lingkaran bulatan dengan jejeran empat lubang kubur yang berada di tengah-tengah.

"Engkau! Aku perlukan darah kau untuk, sempurnakan permujaan ini."

Wak Munawer, menghiris darah di tapak tangannya dan memberikan pisau belati pada Aminuddin untuk mengikut perbuatannya.

Ram, Ah Chai dan Faizul di minta untuk mengumpul jasad-jasad ke dalam setiap satu lubang yang digali mereka awal tadi.

"Masukkan mereka ke dalam. Jangan lupa, ambil kuku bongsu di kaki kiri mereka dan beberapa helai rambut. Kalau tiada. Permujaan ini batal." Wak melihat ke arah Aminuddin. Wajah tuanya, berkerut. "Mana darah kau?!!" Soalnya.

"Kenapa darah aku?"

"Engkau sangka aku bodoh. Engkau yang bunuh mereka. Semua mati disebabkan tangan kau!" marah Wak Munawer. "Lekas..jangan beri mereka tagih darah kau kemudian."

Aminuddin mengerutu tetapi tetap menurut. Dia seperti tidak mampu melawan kata-kata orang tua itu. Tapak tangannya dikelar seperti yang disuruh oleh si bomoh. Wak Munawer sengih dan mula membacakan serapah yang tidak tahu makna dan ertinya itu.

"Jika engkau mahu aku lengkapkan jampi ini. Aku perlukan pengeras."

"Pengeras??!"

"Ya. Jika tidak. Segala jampi ini akan terbatal serta merta. Itu!"

Aminuddin menoleh, seraya amarahnya memuncak. Bunga yang masih tidak sedarkan diri sedari kejadian petang tadi. Kini, waktu makin ke tangah malam. Jika di ikutkan, susah untuk orang tua ganyut itu melihat Bunga di sudut gelao itu. "Engkau sudah melampau si tua."

Wak Munawer ketawa mengekek. "Engkau mahu atau tidak?"

"Celaka!! Engkau mahu aku habisi disini seperti mereka?" Aminuddin melenting.

"Aku akan menidurinya satu malam sahaja. Selebihnya, milik kau." Wak Munawer, mula memberi saranan yang menarik. "Aku akan jadikan dia tergila-gilakan kau. Aku tahu engkau mahukan dia."

Aminuddin melihat Bunga sekilas. Lama dia berfikir. "Baik. Tapi, biar aku yang menidurinya dahulu."

"Baik-baik" Wak Munawer mengekek. Bacaannya dirapikan. Dengan isyarat tangan, dia mengarahkan mereka bertiga untuk menimbus jasad-jasad ke dalam lubang sekaligus.

"Selama enam hari cukup. Jangan sekali-kali engkau semua minum. Kedua, setiap kali waktu gerhana bulan. Jangan kalian berada di luar rumah. Permujaan ini akan terbatal serta merta. Pantang larang ini jika kalian langgar. Darah kalian akan ditagih. Faham!"

Mereka semua mengangguk faham sebelum bersurai.

Manakala Aminuddin sudah membuat perjanjian lain dengan Wak Munawer, telah bergerak ke sebuah pondok kecil milik Wak.

"Engkau janji dengan aku Wak. Jika tidak, nyawamu aku ragut!" Aminuddin memberi amaran.

Wak Munawer sengih. "Usah khuatir. Lepaskan saja nafsumu. Esok hari, aku tuntut pengerasnya."

Bersambung...