Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 48 - Chapter 48

Chapter 48 - Chapter 48

2013 - BERDENGUNG halwa pendengarannya, malah bergetar gelora dijiwanya walau ianya sudahpun berlalu. Kejadian yang direncana mengikut hawa nafsunya telah mendatangkan bebanan baharu. Saban malam, jiwanya berendam rindu pada anaknya yang terkorban, mati lemas di tasik. Bahkan, tangis yang tak kedengaran itu seakan sukar untuk diredakan tatkala sang isteri pula telah menuntut perpisahan darinya.

Apa salah dia?!!

"Angah.." sang ibu yang lagut memerhati tingkahnya dari pintu bilik, mendatangi dengan lebih dekat. Keluhan demi keluhan terbit di jasad murung itu sehingga ada kalanya, dirasakan anaknya itu mulai dirasakan jauh dari mereka. Tenggelam dalam emosi dan rindu yang dalam.

Meor yang tenggelam dalam khayalan dan persoalan, menoleh tika ditegur ibunya. Hatinya terusik, saat ibunya menegur. Segala kekusutan yang menyimpul dibenak fikirannya, telah menjadikan dia diasak sayu. Tanpa suara yang lahir dari kotak suaranya, doa menyahut dalam anggukan kepala.

Saat ibunya, datang menghampirinya. Meor terus merangkul lengan ibunya lalu menghamburkan tangis yang melebat. Sungguh, jiwanya seakan diragut erti bahagia hingga dia tak mampu lagi menerima takdir diuji, jika dia dan isterinya pula berpisah. Kehilangan Najib, adalah ujian berat yang terpaksa ditempuhnya.

Tatkala dia cuba menunding jari ke arah Sofea, sebagai punca atas kematian anaknya namun, setiap kali itu jualah benak akalnya menyanggah. Berkali-kali dia cuba membuktikan Ainaa dan Sofea, adalah dua manusia yang merupakan asbab kepada kematian anaknya. Tetapi, tiada siapa yang percaya akan kata-katanya. Bahkan, dia juga kian sangsi.

"Ibu.." Meor, merintih dalam sendu tangisnya yang panjang.

"Ibu tetap ada dengan angah, walaupun semua orang disekeliling angah tinggalkan angah." pujuk Puan Najiha. Diusap lembut, belakang jasad si anak. Hati siapa yang tak terusik, tika anak yang dikandung diuji dengan ujian hebat. Dia juga, tidak mampu sekuat anaknya ini. Selit bicaranya, memujuk hati sendiri.

Tersentuh hati Meor, mendengar bicara sang ibu. Air mata yang meleleh di tubir mata, diusap hingga kering.

"Angah." Kepala anaknya, didongakkan lalu diusap wajah bersedih dengan belaian lembut. "Ibu akan minta, Fathi balik kampung."

"Ibu!!" riak wajah Meor, tegang. Terkejut akan penerangan dari ibunya yang belum lengkap ungkapannya. Langsung, jantungnya berdegup laju.

Puan Najiha, tersenyum nipis di bibirnya. "Angah..." lembut Puan Najiha menegur, anaknya sebelum menyambung semula bicaranya. " Tenangkan diri di rumah emaknya. Emak minta dia fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Kamu, jangan risau." ulasnya, pula kemudian.

Meor faham. Dia sendiri kelihatan lega, walau dirinya masih diulit kerisauan.

"Tak perlu risau. Bagi, isteri kamu masa. " pujuk Puan Najiha.

"Tentang, anak kamu. Ayah dah minta anak didik ayah untuk siasat semula kes kematian cucu ayah. Doa, supaya apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Kamu, jangan putus asa kalau kamu percaya kawan kamu sebagai asbab anak kamu mati." Encil Mikael yang muncul tiba-tiba di muka pintu. Menyampuk bicara dari perbualan isterinya. Lantas, dia mendekati dua beranak yang duduk di birai katil.

"Terima kasih, ayah.." suaranya yang serak basah, kian sebak. Terlalu bodoh jika dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak pada dua manusia yang kini berada dengannya. Isteri boleh dicari, tetapi ibubapa hanya ada satu sahaja di atas dunia. Hilang ibubapanya, tiada lagi ganti.

Bersambung....