Chereads / Sweety of life~ / Chapter 86 - Engkau yang aku tinggalkan...

Chapter 86 - Engkau yang aku tinggalkan...

Aku yang memeluk bayangannya dengan wajah yang berpaling...

Aku yang mencintainya dengan ungkapan yang tidak aku akui...

Aku yang berada di sini masih menaruh harapan yang aku cuba menafikan...

Aku yang sama..yang masih sukar melupakannya...

Mungkin...mungkin...

Mungkin...Aku ingin dia merenung anak mataku...

Mungkin...Aku mahu dia membalas rasa hatiku...

Mungkin...Aku mahu dia memilih seadanya tentang diriku...

Kerana segala kemungkinan...aku masih mengharap dalam sepi...

Kini...aku ingin undurkan diri..

Kini...aku mahu luputkannya dari mimpi...

Kini...aku akan berjalan sendiri...

Namamu yang aku sebut hanya sekadar teman...

Wajahmu yang aku bayangkan hanya sekadar khayalan..

Tiada lagi rasa yang berpaut..

Tiada lagi rasa yang tergantung....

Engkau yang aku tinggalkan...