Chereads / Sweety of life~ / Chapter 52 - Kehidupan yang bergerak..

Chapter 52 - Kehidupan yang bergerak..

Dalam nadi yang berdenyut tanpa berhenti..

Akan berhenti pada titahNya tanpa lalai..

Pada makhluk lalai itu bakal berdepan kehidupan realiti..

Namun di dunia seperti ini yang rutin sehari-hari...

Kita masih bangun di awal pagi..

Bergerak pada tapak yang sama...

Bersunggut pada tuah yang tidak jelas di mata..

Berkeluh pada jiwa yang lelah sentiasa...

Mengharap ada harapan yang menanti di penghujung cerita...

Tanpa tahu akan penantian itu adalah tamatnya perkhidmatan nyawa..

Dendang lagu meriangkan hati di malam yang surut...

Meluah pada barisan ayat di susun setiap sudut...

Mengharap dan masih mengharap pada ungkapan si badut...

Bahagia di luaran dengan menyimpan luka yang berturut-turut...

Hidup umpama kapal yang lautan yang luas samudera..

Masih gerun akan ombak yang mendatang secara tiba-tiba...

Namun, layar masih perlu bergerak mengikut tuntutan jiwa...

Kerna di dunia kita tak punya pilihan seperti penghuni syurga..