Chereads / Sweety of life~ / Chapter 64 - Wahai Syurga

Chapter 64 - Wahai Syurga

Wahai sang ibu yang malamnya terganggu..

Di tiap-tiap deting waktu yang berlalu..

Lenanya seketika bila gusarnya menjagaku tidur beradu..

Aku anakmu...duhai ibuku....

Aku...hadir dalam hidupmu..

Anakmu yang meresahkan jiwamu...

Membaham runtun hatimu akan sikap biadap anakmu..

Aku anak derhakamu..

Aku jua tahu bahwa aku penawar ragamu..

Aku pengubat dalam bahagiamu..

Lelahmu tak jemu menjaga mimpi igauku..

Sakit erangmu, hanya dirimu sahaja yang tahu...

Penat jiwamu, hanya dirimu sahaja yang ampu..

Aku..tiada patut menambah beban kisahmu

Aku tak patut menyakitimu..

Aku tidak hancur luluhkan jiwamu...

Sang ibu yang aku sanjungi dalam kalam doa..

Namamu acap kali disebut-sebut dalam kata..

Aku menyanyangi dirimu seluruh jiwa...

Maafkan aku wahai syurga..