Chereads / Sweety of life~ / Chapter 9 - Sengaja

Chapter 9 - Sengaja

Kerna sengaja..

Kerna aku, sengaja..

Aku mulai tidak mempeduli..

Balasan sapa dari notifikasi, ku buat tiada erti..

Walhal,

Adakalanya...aku turut merindui

Hatta...kalam ini tersepit sisa rindu ini..

Namun...

Kau perlu tahu apakah yang membuatkan aku kian tekad..

Tekad untuk meleraikan ikatan antara kau dan juga aku..

Ikatan yang aku kasihkan kau sebagai saudara..

Bahkan, ku umpamakan kau keluarga..

Kau pinggirkan aku saat diriku diulit permasalahan..

Tika kuminta nasihat..kau pedulikan bicara hatimu sendiri..

Kadang, aku perlukan kekuatan...engkau tiada-

Kosong sebenarnya, erti persahabatan ini..

Sahabat yang ada, hanya terbit terluah tika kau dirundung duka..

Namun, tika manis itu sedikit menjelma..

Kau lurutkan aku dengan beribu jutaan kata..

Aku sentiasa tertawa seperti tiada beban yang menimpa..

Terkadang, di balik tirai...

Aku hanya mampu menghamburkan tangis yang tidak reda..

Pada Sang Hakiki yang Satu, Yang tiada dua..

Kau tahu...

Aku sengaja buat tidak endah..

Saat engkau mengharapkan balasan seperti biasa..

Jawapan mesra dari sahabat lama..

Kerna aku tahu...

Aku akan dilayan hanya perlu..

Menyepi, bila diriku tidak lagi bermakna...

Andai...kataku ini kau hadam...

Percayalah...ramai yang pergi bukan kerana tidak mengasihimu..

Tapi pergi, kerna dilukai oleh dirimu sendiri..

Maaf kata dariku...

Kupipit doa, agar kau kutemu di syurga..

Walau ikatan ini kuleraikan setiap satu..

Tahulah engkau, namamu tetap terselit dalam kalam doaku..