Makcik Adibah termenung memikirkan nasib anak saudaranya yang amat malang itu.Selepas kehilangan ayah dan adik bongsunya kerana kemalangan kes langgar lari ,dia kehilangan satu satunya pemberi semangat nya iaitu uminya.
Makcik Adibah berjalan terus menuju ke tepi tingkap bilik dimana Syahirah sedang menenangkan fikirannya.
"Syahirah sayang...Esok Syahirah ikut Ibu Dibah ke Kuala Lumpur ye?" pujuk Makcik Adibah.Memang itulah wasiat kakak iparnya sebelum dia pergi meninggalkan dunia ini .Wasiat nya adalah untuk menjaga Syahirah seperti anaknya sendiri.
"Ibu ...Ibu tahu kan Syahirah tak biasa keluar rumah apatah lagi nak ke bandar besar besar macam tu memang tak sesuai lah Ibu."memang itulah jawapan yang paling sesuai untuk dia berikan kepada Makcik Adibah .Dia tidak mahu meninggalkan kampung dia juga tak mahu mengecewakan Makcik Adibah jadi itulah jawapan yang paling sesuai sekali.
"Alahhh tapi kan itulah wasiat umi kamu...umi kamu suruh Ibu jaga kamu elok elok jadi kamu kenalah ikut Ibu pulang ke KL Ibu Ada bisnes disana," pujuk Makcik Adibah sehabis boleh.
Syahirah berasa amat bersalah ..."nanti lah Syahirah fikir fikirkan dulu ye ibu," jawap Syahirah lembut.