"Akhil sayang...mummy masuk ye," ujar seorang wanita berumur dalam lingkungan akhir 40-an dari luar bilik.
Tiada balasan..sunyi dari dalam bilik...
Pintu dibuka perlahan..
"Ya Allah Akhil anak mummy ," kata Puan Aqilah lalu terus meluru ke arah anaknya yang terbaring kesakitan .
Tubuh sederhana tegap itu menggigil gigil kesejukan.Peluh mula laju mengalir di seluruh tubuhnya.
Puan Aqilah menekap belakang tangannya untuk memeriksa suhu badan anak kesayangannya itu.
"Ya Allah anak mummy ...Panasnya..," ujar Puan Aqilah dengan nada penuh kerisauan .
Diangkat kepala yang lemah itu lalu diletakkan ke atas ribanya.
"Mummy Akhil ok je mummy tolong jangan risau ye... mummy tolong Akhil baring atas katil je..." kata Akhil lemah.Dia tidak mahu mummynya risau dengan keadaannya.
"No...NO Akhil kita kena pergi hospital kalau Akhil tak larat mummy call Uncle Azran datang sini...,"kata Puan Aqilah dalam tangisnya yang tidak berhenti henti.
Anak kesayangannya yang seorang ini kalau dah demam memang kalau tak teruk tak sah.
Puan Aqilah memapah anaknya untuk baring di atas katil.Kemudian dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar .Laju jari jemarinya mendail satu nombor.