Percikan mentari yang mengenai muka Arthur dari celahan langsir menganggu lenanya. Arthur duduk menyandar di kepala katil sambil mengosok malas matanya. Bangun dari pembaringannya, Arthur terus masuk ke bilik air untuk mandi dan bersiap untuk memulakan harinya. Selepas mengikat tali leher dan berpuashati dengan figura dirinya dicermin besar diruangan closet.
Dia menuju kearah pintu utk masuk ke pejabatnya. Dia tahu hari ni mesti hari yang sibuk untuknya. Saat jarinya memegang pemegang, matanya menangkap satu objek diatas sofa diruangan tersebut. Dia membatalkan niatnya untuk keluar dari bilik tersebut, kakinya diarah kearah sofa dan betul2 berhenti didepan sofa terbabit.
'hmmmm...apsal minah ni tak blah lagi?' Arthur mengumam sendirian sambil menggaru-garu pelipisnya yang tak gatal. Dia mula melutut di tepi sofa..Dengan berhati-hati menggunakan hujung jarinya Arthur menolak juraian rambut dimuka perempuan tersebut untuk melihat dengan jelas wajah itu. Matanya terarah kewajah tersebut. Bulu matanya yang lentik...hidung yang comel...bibir..bibir yg mmmm..Arthur tersenyum memikirkan apa yg ada difikirannya.
'cantik' gumam Arthur.
Arthur pusing kearah meja kopi disebelahnya dan menulis sesuatu diatas kertas. Tanpa membuang masa dia bangun dan berjalan keluar dari penthouse ke lif peribadinya dan menekan nombor tingkat pejabatnya. Bila pintu lif dibuka Arthur terus melangkah ke pejabatnya. Arthur disapa Selena, pembantu peribadinya.
"Mr Arthur ada 3 appointment hari ini. Mr Wilson dari Luke International pada pkl 10 pagi. Lunch Appointment dgn Dato Bandar di Sheraton pukul 12.30 tghari dan hi tea dengan Tan Sri Adam dari Teknokrat Holding di Royal Bintang."
Arthur mengangguk dan Selena bersuara lagi.
" I will send your breakfast shortly, sir. Ada apa-apa yang Mr Arthur perlukan lagi ke?"
"Nope at this moment" Arthur meneruskan langkahnya ke pejabat kemudian langkahnya terhenti
" Selena, Please send one more meal to my penthouse:" dan Arthur melangkah ke kerusinya..
"Meal to Penthouse, Sir?" Selena bertanya semula
"You heard me. Do you? Arthur memandang tepat kewajah Selena.
" Yes sir. I do" Selena keluar dengan persoalan difikirannya. Sejak bila bos bawa pelawat kat penthouse dia? Pelik!!