Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 131 - Selamat Pagi

Chapter 131 - Selamat Pagi

"Selamat pagi Cik Marina." Suraya menjengahkan kepalanya ke dalam pejabat Marina.

"Selamat pagi. Ya, ada apa Suraya?" Suraya masuk. Di tangannya, dia memegang beberapa helai kertas berwarna kuning. Tanpa dijemput dia terus melabuhkan punggung ke atas kerusi berhadapan dengan meja Marina.

"Cik, ini ada beberapa dokumen yang cik perlu tandatangan" kata Suraya. Dia menyerahkan semua dokumen-dokumen itu kepada Marina.

"Dokumen apa ni?" Marina meneliti dokumen-dokumen berkenaan. Setelah berpuas hati, dia menurunkan tandatangannya dan menyerahkan kembali dokumen-dokumen itu kepada Suraya.

"Terima kasih Cik Marina" Suraya mengambil semula dokumen-dokumen itu.

"Sama-sama" balas Marina. Dia mengukir senyuman. Suraya masih lagi tidak berganjak.

"Cik nak apa-apa? Kopi ke? Teh ke?" tanya Suraya. Dia menawarkan diri untuk membantu Marina.

"Tak mengapalah Suraya. Terima kasih" Marina menolak lembut.

"Em…baiklah. Bukan apa, saya tengok cik ni nampak penat. Cik Marina dah betul-betul sihat?"

"Belum sepenuhnya. Tapi apa boleh buat. Dah kerja saya"

"Okey. Kalau macam tu saya pergi dululah ya"

"Okey"

Suraya berlalu meninggalkan pejabat Marina. Dia bersandar sebentar. Dia mengenangkan apa yang dikatakan oleh Ikran tempohari mengenai Doktor Sarah. Kata-kata yang dilafazkan oleh Ikran itu adalah kata-kata daripada Doktor Adam yang menginginkan dia mencari Doktor Sarah dan membantunya. Tetapi setelah sekian lama, Doktor Sarah masih lagi tidak ditemui. Entah di mana dia berada. Menurut Inspektor David, pihak berkuasa tempatan telah pun meminta kerjasama pihak berkuasa di Zuria untuk membantu mereka mengesan Doktor Sarah yang hilang secara tiba-tiba.

Tumpuannya dialih kepada kotak e-melnya yang berkelip-kelip. Ia memberi isyarat mengenai kemasukan e-mel baru ke dalam kotak e-mel Marina. Dia meneka-neka siapa yang menghantarnya. Alamat e-mel yang tertera tidak dikenalinya. Hurufnya tidak membentuk apa-apa perkataan yang tersusun.

Hai Marina!

Ini Shahril. Mungkin kau pernah dengar nama aku. Mungkin kau pernah anggap aku jahat tetapi aku pasti apa yang dikatakan oleh Ikran telah mengubah pandangan kau.

Aku ada satu berita mengenai Doktor Sarah. Aku pasti kau sudah tahu siapa dia sebenarnya dan bagaimana kisah silamnya memberi pengaruh yang besar kepada dirinya. Aku juga pasti yang kau memang sedang berfikir mengenainya. Kau pasti tertanya-tanya di mana dia berada sekarang.

Tak perlulah kau risau mengenai dirinya kerana dia kini berada dalam keadaan yang baik sekarang. Dia kini berada dalam jagaan aku dan sedang menerima rawatan. Rawatan yang sepatutnya diterima bertahun-tahun yang lalu. Tetapi aku yakin, masih belum terlambat lagi untuk bertindak.

Bagaimana dengan apa yang diberi oleh Adam kepada kau? Aku harap kau jagalah ia kerana hanya kau sahaja yang kami percaya dapat menjaganya dengan baik. Ingat, jika ianya jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab, bahaya akan muncul dan ini akan memberi ancaman yang besar kepada semua orang.

Ini adalah amanah yang diberi kepada kau dan aku harap kau tidak akan menghampakan aku. Jangan kau fikir tentang Sarah, aku sudah uruskannya. Jika ada apa-apa berita lagi mengenainya, aku akan beritahu kau.

Walau apapun yang kau dengar mengenai Doktor Sarah selepas ini, janganlah kau dengar ataupun percaya. Ianya hanya helah untuk mengaburi mata semua orang. Aku harap kau faham. Aku juga harap segala kacau bilau yang terjadi akan berakhir untuk selamanya............

Marina membacanya berulang kali. 'Shahril' bibirnya menyebut nama pengirim e-mel itu.

Beberapa saat kemudian, telefon bimbit Marina berbunyi. Dia dengan pantas menjawab.

"Helo"

"Helo Marina. Ini David. Inspektor David. Em…." Suara Inspektor David kedengaran dan Marina dapat mengecamnya. Tetapi dia seperti teragak-agak.

"Ya" kata Marina selepas beberapa ketika Inspektor David mendiamkan diri.

"Saya ada sesuatu untuk diberitahu"

"Apa dia?"

"Tentang...…Doktor Sarah"

"Kenapa. Dah dapat jumpa ke?" Marina teruja. Dia ingin sekali mendengar berita mengenai Doktor Sarah itu.

"Bukan….dia…." Inspektor David menyusun ayat.

"Habis. Dia belum dijumpai lagi" Marina hampa apabila Inspektor David berkata 'bukan'.

"Begini. Pihak berkuasa di Zuria menghubungi kami pagi tadi dan mereka melaporkan berita tentang Doktor Sarah. Dia sudah meninggal dunia di sana"

"Meninggal dunia!" Marina terkejut.

"Ya Marina"

"Bagaimana dia boleh meninggal dunia?"

"Kemalangan jalan raya. Dia dilanggar sebuah van ketika sedang melintas jalan raya"

"Oh…" Marina terdiam seketika apabila mendengar berita yang baru didengarnya itu. Tumpuannya hilang. Dia mula memikirkan sesuatu yang lain.

"Marina. Kamu okey?" tanya Inspektor David. Dia tahu berita itu bukan sesuatu yang ingin didengar oleh Marina. Tetapi dia harus memberitahunya.

"Em. Apa? Oh ya saya…saya okey" jawab Marina. Dia tersedar dari lamunannya.

"Awak tak apa-apa kan?"

"Tak David. Saya okey" Marina cuba meyakinkan Inspektor David.

"Jadi, apa rancangan awak selepas ini?"

"Maksud awak?" Marina menyoal Inspektor David kembali. Dia kurang jelas dengan pertanyaann lelaki itu.

"Yalah, apa yang awak rancang selepas semua ini selesai?"

"Em… saya merancang untuk ke luar negara"

" Ke mana?"

"Tak tahu lagi David. Saya belum decide lagi" jawab Marina. Di dalam fikirannya, terdapat beberapa tempat yang menjadi pilihannya.

"Ok baiklah. Kalau awak perlukan apa-apa. Call je lah saya ya"

"Ok David. Terima kasih" ucap Marina. Dia sangat terharu dengan keprihatinan Inspektor David.

"Okeylah Marina. Saya ada kerja sedikit ni"

"Okey. Take care"

"You too"

"Bye"

"Bye" Marina mematikan talian, dia menyandar di atas kerusi dan merenung dinding pejabatnya. Fikirannya memikirkan tentang Doktor Sarah. Jauh di sudut hati, dia tahu apa yang terjadi sebenarnya. Namun, Doktor Sarah memerlukan ketenangan. Dia memerlukan masa untuk pulih.