Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 122 - Trans

Chapter 122 - Trans

"Aaaaaaaaaa...….." Doktor Sarah menjerit. Shahril yang terpandang seutas rantai di yang menghiasi leher wanita itu membukanya dan memasukkannya ke dalam kocek.

"Kau Shahril?" suara Doktor Sarah bertukar garau. Ini mengejutkan Jien dan Im yang sedari tadi menaruh simpati kepadanya. "Bukankah kau dah….."

"Mati? Kau fikir aku dah mati Fendi?"

"Fendi?" Jien dan Im berpandangan antara satu sama lain. Hairan apabila ketua mereka memanggil wanita itu dengan nama Fendi.

"Ataupun kau...''

"Tidak! Aku bukan klon-klon seperti mereka. Sebaliknya Shahril yang kau racun beberapa tahun dahulu itulah klon." Jelas Shahril.

"Apa?!" Doktor Fendi terkejut.

"Ya. Yang kau campak ke dalam laut itu bukanlah Shahril. Dia adalah klon aku" Shahril menyambung penjelasannya. "Pasti kau tertanya-tanya bagaimana aku tahu tentang rancangan kau untuk membunuh aku bukan?" Dia memandang tepat ke arah mata Doktor Fendi. "Kau kenal Rajan?" soal Shahril.

"Ya. Dia dah mati" kata Doktor Fendi selamba.

"Dia pembantu kau dahulu dan dia menurut segala apa yang kau suruh bukan begitu. Kalau kau nak tahu, dia terlebih dahulu tahu tentang rancangan jahat kau untuk meneruskan projek Transklon yang kita pernah jayakan bersama dahulu. Semasa kau mengupahnya untuk membunuh aku dengan meletakkan racun ke dalam minuman aku, dia terlebih dahulu memberitahu aku tentang rancangan jahat kau itu, Fendi." Terang Shahril. Suaranya seakan menjerit. "Fendi... Fendi…Kau fikir, semua boleh dibeli dengan duit? Tidak Fendi. Tidak. Dan kalau kau fikir semua orang tidak berperikemanusiaan seperti kau. Kau silap! Kau juga bertanggungjawab membunuh Rajan dahulu kan?"

"Bagaimana kau tahu?" Doktor Fendi kebingungan. Dia tidak tahu bagaimana perkara itu boleh sampai ke pengetahuan lelaki itu.

"Dia telah mati dua hari selepas dia meletak jawatan sebagai pembantu kau. Aku tahu apa yang berlaku sebenarnya. Kau mengupah orang untuk memotong brek keretanya. Dia kemalangan dan wajahnya cedera teruk. Ketika itu, aku mengambil keputusan untuk berpindah ke Zuria. Selepas aku mengetahui tentang keadaan Rajan, aku datang kepadanya dan membantunya agar dia dapat menjalani pembedahan plastik. Wajah asalnya tidak dapat dikembalikan. Oleh yang demikian, dia mengubah namanya daripada Rajan ke Murukesh. Dari saat itu, kami berdua merancang sesuatu untuk memastikan kau 'diadili'!" terang Shahril. "Kau tak periksa betul-betul sama ada Rajan dah mati ataupun tidak. Kau hanya percaya kata-kata orang ramai yang mengatakan dia sudah mati."

"Kau..."

"Aku tak nak cakap lagi tentang perkara ini. Aku nak kau beritahu aku di mana kau sembunyikan Murukesh?"

"Tidak!!!"

"Lebih baik kau beritahu aku kalau tidak....." Shahril mengeluarkan sesuatu daripada poket bajunya. "Aku tembak u-chip yang kau cipta ini ke dalam otak kau sendiri….."

"Tidak...….!!!!!! Tidak….!" Doktor Fendi menjerit. Dia meronta-ronta seperti orang dirasuk.

"Im. Bawa Memors tu ke mari" arah Shahril.

"Baik bos." Im menurut perintah.

"Kalau kau nak tahu. Adam terlebih dahulu memberikan semua ini kepada aku. Dia sebenarnya lebih bijak daripada kau" dengan tidak teragak-agak lagi, Shahril menyuntik masuk u-chip ke dalam kepala Doktor Fendi.

"Dia tak bijak! Aku yang mengajarakan dia…. S….muuuuuu….aaaaa....." tubuh Doktor Fendi menjadi kaku, dia tidak bergerak walau sedikit pun.

"Aik! Kenapa macam patung pula tu?" kata Jien kehairanan. Dia menggaru-garu kepalanya.

"Dia di bawah paras sedar. Aku nak tanya sesuatu kepada dia. Aku harap kamu berdua jangan buat bising...."

"Baik bos!" kata kedua-duanya kepada Shahril. Mereka patuh kepada arahan ketuanya itu.