Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 114 - Rolly

Chapter 114 - Rolly

Jam menunjukkan 8.30 minit malam. Shahril memasuki rumah agamnya yang terletak di sebuah daerah bernama Rolly di Selatan Zuria. Kawasan itu yang agak terpencil di mana Shahril membina sebuah rumah untuk kegunaan pekerja-pekerja dan pembantunya. Selain itu, operasi rahsia mereka juga banyak dijalankan di situ.

Shahril segera berjalan menuju ke bilik bawah tanah tempat di mana dia menyuruh dua orang suruhannya mengikat dan memerhatikan Doktor Sarah.

"Bagaimana dengan dia?" tanya Shahril sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik bawah tanah itu.

"Pukul enam tadi dia ada terjaga. Tapi lepas tu dia pengsan semula. Sampai sekarang tak ada apa-apa respon pun. Tetap sama macam ni" jawab salah seorang suruhannya yang bernama Jien.

"Apa yang bos nak buat dengan dia ni?" seorang lagi orang suruhannya yang bernama Im pula bertanya.

"Betul tu bos. Kesian dia… Lemah saja saya tengok dia dari tadi" Jien menyatakan simpatinya terhadap Doktor Sarah. "Eh… tengok tu. Dia mula bergerak sedikit" Jien menunjuk ke arah Doktor Sarah.

"Kita tunggu sahaja reaksi dia…" arah Shahril. Doktor Sarah membuka matanya perlahan-lahan. Badannya terasa penat kerana telah lama duduk tidak sedarkan diri dalam keadaan sebegitu rupa. Dia melihat tiga orang lelaki sedang duduk berhadapan dengannya dan dia hanya dapat mengenali Shahril. Lelaki yang membawanya ke bilik bawah tanah itu.

"Kau Shahril!" kata Doktor Sarah lemah. Namun nadanya keras "Bukankah kau dah….."

"Mati? Kau fikir aku dah mati?"

"Aku tak tahu apa helah yang kau guna dulu. Tapi kau sepatutnya dah mati." Kata Doktor Sarah. Lelaki itu memang disyaki sejak dari awal lagi. Berita mengenai kematian Shahril yang dilaporakn dahulu memang tidak dipercayainya.

"Belum Sarah… belum… aku belum mati lagi." Shahril menjawap pertanyaan Doktor Sarah sambil tersenyum.