Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 108 - Selamatkah Sarah?

Chapter 108 - Selamatkah Sarah?

"Hai Encik Sean!" ucap Doktor Sarah.

"Hai. Dah sampai pun awak Doktor Sarah" kata Encik Sean. Doktor Sarah tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana dia sedang duduk membelakangi meja dan kerusinya yang besar itu melindungi kepala dan wajahnya daripada dilihat.

"Maaflah kerana saya terlambat. Jalan sesak tadi."

"Duduklah dahulu." Persila Encik Sean yang sedang duduk membelakangi mejanya. Doktor Sarah masih tidak dapat melihat wajah Encik Sean yang sebenar.

"Terima kasih" ucap Doktor Sarah. Dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi yang terdapat di situ.

"Apa khabar Sean? Awak sihat?" Doktor Sarah bertanya sebagai tanda hormat.

"Khabar baik. Bagaimana pula dengan awak?"

"Sihat. Tapi beginilah keadaan saya. Nasib baik pembantu-pembantu saya ada. Kalau tidak tentu susah."

"Bagaimana dengan projek amal yang kita bincangkan tempohari?"

"Baik. Saya amat berpuas hati dengan apa yang awak lakukan. Dunia memerlukan lebih ramai lagi orang seperti awak"

"Terima kasih Encik Sean"

"Dan sebagai seorang saintis, saya dengar awak ni hebat"

"Hebat sebagai seorang saintis? Apa yang Encik Sean cakapkan ni?" Doktor Sarah sedikit hairan dengan pertanyaan Encik Sean itu.

"Terima kasih kerana datang Sarah" Sean menunjukkan wajahnya. Pantas membuatkan Doktor Sarah terkejut sekali.

"Kau….kau…" tergagap-gagap Doktor Sarah untuk berkata-kata.

"Kenapa bercakap macam pita rakaman yang rosak? Kau gugup? Ataupun kau takut?'

"Kau Shahril! Rupa-rupanya selama ini, aku berurusan dengan Shahril bukan Sean"

"Selesaikan dia!" dua orang lelaki masuk ke bilik Encik Sean. Mereka menangkap Doktor Sarah yang cuba untuk melarikan diri dan dengan menggunakan klorofom yang telah pun siap sedia dituang pada sehelai sapu tangan. Mereka menekup hidung Doktor Sarah. Perlahan-lahan, wanita itu menutup kelopak matanya. Dia kini tidak sedarkan diri. Nampaknya, dia sudah diperangkap dan seperti yang diduga, mungkin gilirannya telah tiba. Adakah dia akan menerima nasib yang sama seperti Doktor Adam Raufal?