Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 102 - Ayame

Chapter 102 - Ayame

5 Julai 1974

Ayame,

Hari ini, semua orang kecoh memperkatakan mengenai hal lima ekor jembalang itu… Aku tidak member apa-apa reaksi pun apabila mereka memperkatakan mengenai mereka… malas aku nak layan. Biar padan dengan muka mereka! Mereka memang patut dihukum dengan hukuman sebegitu rupa.

Bila aku fikir tentang apa yang aku lakukan kelmarin. Aku dapat satu idea. Mungkin aku boleh selesaikan masalah keluarga aku dengan cara yang sama dan aku yakin Pak Cik Lan juga berhak menerima nasib yang sama seperti mereka. Aku ingin membalas dendam kerana dialah yang menjadi punca kematian Borhan. Aku perlu bijak menyusun rancangan. Tapi sebelum Pak Cik Lan, ada seseorang lagi yang perlu aku uruskan.