Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 95 - Ayame

Chapter 95 - Ayame

Ayame,

Ketika aku pulang dari sekolah. Sekumpulan budak lelaki yang berusia dalam lingkungan dua puluhan memanggilku. Aku pergi ke arah mereka. Aku sebenarnya kenal dengan mereka, tetapi aku jarang-jarang sekali dapat berbual dengan mereka. Tapi pada hari itu kebetulan mereka ada di sana. Salah seorang lelaki memperkenalkan dirinya. Namanya Hanif. Aku juga memperkenalkan diriku. Tetapi dia mengatakan yang dia sudah lama kenal denganku. Dia kenal apa nama aku, di mana aku tinggal dan segala-galanya tentang diriku. Aku mengajaknya ke rumah. Dia tidak menolak. Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki, dia menekap mulutku. Aku jadi pitam tiba-tiba. Aku terus tidak sedarkan diri.

Aku bangun dan melihat aku diikat tanpa seurat benang pun. Habis duit dan beberapa barangku dicurinya. Badanku sakit-sakit. Aku tidak tahu apa yang berlaku. Aku bingung! Aku keliru! Aku sakit!