Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 93 - Ayame

Chapter 93 - Ayame

Ayame,

Perasaan ingin tahu aku melonjak-lonjak apabila melihat seekor kucing berjalan dengan perutnya yang buncit. Aku tahu dia bunting tetapi entah kenapa aku ingin sekali melihat bagaimana keadaan di dalam perut kucing itu.

Aku tak tahu apa yang merasuk diriku tetapi selepas membaca sejarah Kesultanan Melayu Melaka, aku melakukan apa yang dilakukan Sultan Mahmud kepada Wan Anum. Aku rasa aku bertindak kejam, tetapi aku berasa amat puas kerana aku sudah tahu bagaimana keadaan di dalam kucing yang bunting itu. Dia kini sudah mati. Kasihan betul.. kalaulah aku boleh hidupkan dia kembali tentu bagus. Dia mati hanya kerana dia tidak dapat menahan sakit dan darahnya banyak hilang ketika itu. Bagi aku, kematian kucing itu boleh dielakkan. Ah..lupakan sahaja. Benda sudah berlaku. Lain kali aku akan lebih berhati-hati. Kadang-kadang aku tertanya. Bagaimana sekiranya aku boleh gantikan jantungnya dengan jantung palsu yang boleh berfungsi seperti jantung yang asli? Tentu dia boleh hidup semula. Sekiranya dia hidup, aku teringin sekali untuk mengawal otaknya. Tetapi bagaimana? Aku akan cari! Aku akan cari bagaimana caranya! Jika bukan sekarang, aku pasti akan dapat mencarinya! Aku ingin menciptanya! Aku akan lakukan! Aku akan lakukan!