Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 86 - Laju!

Chapter 86 - Laju!

"Kenapa semua merahsiakan tentang Doktor Fendi?"

"Saya kena pergi Marina….. Saya tak boleh terlambat…." Soalan Marina tidak berjawab. Doktor Sarah mula melangkah pergi.

"Auntie Sarah!" jerit Marina. Dia ingin pergi mendapatkan wanita itu. Namun, Inspektor David menghalangnya.

"Marina! Jangan risau… saya akan hubungi kamu nanti. Saya akan ceritakan segala-galanya. Segala-galanya." Kata Doktor Sarah sebelum dia memasuki kereta.

"Biarkan Marina…. Biarkan...." Kata Profesor Kardiff memujuk. Mereka memerhatikan Doktor Sarah berlalu.

"David. Ada baiknya kalau kita bertolak sekarang" kata Marina.

"Ya tak ya juga dah lama kita di sini. Jom kita bergerak." Ujar Inspektor David. Mereka berdua mula bergerak.

Sedang masing-masing ingin membuka pintu kereta, sebuah kereta biru memasuki kawasan itu. Ia bergerak laju kea rah mereka. Cermin kiri hadapan kereta itu perlahan-lahan diturunkan. Seorang lelaki bercermin mata hitam kemudian mengacukan pistol dan melepaskan tembakan ke arah mereka. Marina yang panik menundukkan badannya sambil menutup telinga. Begitu juga dengan Profesor Kardiff.

Inspektor David mengeluarkan pistolnya. Dia cuba menyasarkan tembakan tayar kereta biru itu. Namun, satu pun tidak mengenai sasaran.

"Masuk kereta cepat!" arah Inspektor David.

Kereta tadi meluru laju meninggalkan kawasan itu. Inspektor David dengan pantas memecut dan mengejar kereta itu. Mereka kini sudah berada di jalan lebuhraya yang lebih luas, kereta itu masih dapat dilihat. Inspektor David cuba memecut untuk mengejar kereta itu, namun keberadaan kenderaan-kenderaan lain di situ memaksanya untuk memperlahankan kereta agar tidak membahayakan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

Marina melihat cermin sisi sebelah kiri kereta. Matanya tertumpu kepada refleksi kereta Satria putih di dalam cermin sisi itu. Sedari tadi lagi kereta itu asyik mengekori mereka.

"Prof, cuba tengok di belakang. Saya rasa kita diekori. Kereta Satria putih itu dari tadi mengekori kita" Marina menunjuk kereta Satria itu.

"Siapa pemandunya? Dapat cam?" Inspektor David menyoal.

"Tak. Cermin keretanya gelap. Tak nampak apa-apa pun." Jawab Profesor Kardiff.

Kereta biru tadi masih meluncur laju. Di hadapannya, terdapat sebuah bas yang sedang melalui laluan yang sama. Walaupun bas itu memperlahankan kelajuannya, kereta itu langsung tidak memperlahankan kelajuannya. Ia terus memecut laju dan melakukan sesuatu yang sukar dipercayai. Kereta itu seperti hilang kawalan dan melanggar bas berkenaan. Keadaan ini amat mengejutkan mereka dan juga pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Letupan kecil berlaku. Inspektor David memperlahankan kereta untuk melihat keadaan kereta biru itu.

"David. Laju! Laju! Jangan perlahankan kenderaan. Saya rasa kerta tu hendak melanggar kita dari belakang!" Marina menjerit. Dia kelihatan semakin menggelabah.

Inspektor David melihat ke belakang. Ya. Memang benar kereta Satria itu semakin laju menuju ke arah mereka. Dengan pantas, Inspektor David menekan pedal minyak keretanya dan meneruskan pemanduannya.

Selepas memandu lebih kurang satu setengah kilometer ke hadapan, kereta Satria putih itu masih lagi mengekori mereka. Profesor Kardiff menoleh ke belakang melihat kereta itu. Ternyata ia masih berada di belakang mereka. Namun, apa yang pelik kereta Satria itu menjadi semakin perlahan dan secara tiba-tiba sahaja kereta itu berhenti di tengah-tengah jalanan lebuhraya itu. Suasana itu menimbulkan sedikit kekecohan. Pemandu-pemandu lain membunyikan hon mereka menyuruh kenderaan itu bergerak, tetapi kereta itu tetap berkeadaan sama.

"Kereta itu dah tak kejar kita lagi" ujar Profesor Kardiff.

"Ye ke?" Marina dan Inspektor David menoleh ke belakang. Seorang wanita yang memakai baju berwarna putih dan berkaca mata hitam, keluar dari kereta. Dari jauh, Marina dapat melihat yang wajah wanita itu serupa dengannya. Wanita itu hanya memerhatikan mereka berlalu.

"Kenapa tiba-tiba sahaja dia berhenti?" soal Inspektor David kehairanan.

"Entahlah… tapi yang hairannya kenapa dia kejar kita?"

"Are you seriously asking that question Marina?" Inspektor David memandang ke arah Marina yang masih terpinga-pinga. "Mereka cari awak!"