Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 79 - Bermula di Zuria

Chapter 79 - Bermula di Zuria

"Gerakan bawah tanah?" soal Inspektor David. Dahinya berkerut-kerut.

"Ya gerakan bawah tanah. Kentofes adalah satu gerakan yang amat-amat sulit. Tidak ramai orang yang tahu tentang kewujudan gerakan ini"

"Gerakan bawah tanah....?" Inspektor David mengerutkan keningnya.

"Ya. Saya pun hanya mendengar mengenainya melalui rakan saya yang berminat mengkaji mengenai gerakan ini. Menurutnya gerakan ini mengkaji tentang penggunaan sains, teknologi dan seni untuk meningkatkan keupayaan mental dan fikizal manusia" terang Prof. Kardiff. Dia menuang air ke dalam gelas dan memberikannya kepada Inspektor David dan Marina. "Saya ada dengar Kentofes lebih kepada satu pertandingan"

"Maksud Prof?"

"A yearly competition held by a group of people who want to make some changes"

"Apa maksud Prof?" tanya Marina. Dia kurang jelas.

"Compete who can come out with ideas which can bring changes to humanity and to the world"

"It sounds good" Marina mengangkat-angkat keningnya.

"Ya. Tetapi niat yang baik sahaja tidak cukup jika caranya salah. Saya syak yang teknologi ataupun salah satu idea yang disumbangkan telah menyebabkan kekacauan yang berlaku sekarang"

"Idea yang bagaimana?"

"Saya tiada jawapan untuk soalan itu. Mungkin awak adalah 'kunci' kepada 'jawapan' itu." Profesor Kardiff merujuk kepada surat yang sedang dipegangnya itu.

"Pada pandangan prof apa kaitan semua ini dengan kes yang sedang kami siasat sekarang ni?" Inspektor David bertanya.

"Saya rasa kaitannya ada. Tapi dari segi ideologi bukan teknikal"

"Maksud prof?" tanya Marina bingung.

"Saya masih ingat lagi cerita rakan baik saya mengenai Kentofes. Menurutnya, ramai orang yang cuba untuk mendekati dan mempelajari tentang organisasi ini. Namun, tidak semua boleh menerima dan bersetuju dengan doktrin, manifesto dan fokus utama Kentofes. Ada yang memujinya dan menganggap ianya boleh mengubah kehidupan manusia. Tetapi, ada juga yang menganggap apa yang dilakukan oleh organisasi ini adalah sesuatu yang merbahaya dan karut." Profesor Kardiff membuka komputer ribanya. Dia membuka fail-fail yang mengandungi gambar-gambar berkenaan dengan Kentofes itu. Inspektor David dan Marina mendengar penjelasan Profesor Kardiff dengan khusyuk.

"Tetapi segalanya bermula di Zuria. Seorang rakan saya pernah memberitahu saya mengenai projek yang dijalankan olehnya bersama-sama dengan beberapa orang saintis di Zuria. Menurutnya, Kentofes bersetuju untuk membiayai dan menyokong projek itu"

"Projek yang bagaimana?" tanya Marina.

"Mereka menjalankan satu kajian. Pada mulanya kajian mereka lebih terarah kepada meningkatkan sistem saraf manusia. Tetapi lama kelamaan, Kentofes member galakan kepada mereka untuk mengkaji bagaimana pemikiran manusia boleh dikawal. Otak seperti mana yang kita ketahui, berfungsi sebagai pusat kawalan sistem saraf yang berfungsi menerima ransangan, mentafsir dan menghantar maklum balas dari otak bagi tindakan otot. Apabila reseptor-reseptor deria menerima ransangan, impuls dihantar ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi. Kemudian otak akan mentafsirkan impuls itu. Namun ramai juga yang menganggap idea penubuhan Kentofes ini adalah satu idea yang berbahaya kerana ditakuti akan disalahgunakan" jelas Profesor Kardiff lagi. Dia memandang muka Marina dan Inspektor David yang berkerut. Mereka nampaknya cuba untuk memahami apa yang dikatakan oleh Profesor Kardiff sebentar tadi. "Maaf saya terlupa dengan siapa saya bercakap" katanya apabila dia menyedari yang dia bercakap sesuatu yang teoritikal.

"Adakah kemungkinan ayah saya terlibat dengan gerakan ini?" soal Marina.

"Mungkin. Saya pun tak pasti. Saya tak dapat beri jawapannya. Saya ada baca berita mengenai letupan yang berlaku di PRASASTI dan….. pada pandangan saya, wanita yang dikatakan bom itu barangkali klon awak Marina"

"Klon?!" Inspektor David membesarkan matanya apabila mendengar pendapat Profesor Kardiff itu.

"Lihat surat ini. Klon adalah perkataan pertama yang ditulis. Ia mungkin satu petunjuk." Profesor Kardiff menunjukkan surat yang berada di tangannya.

"Tetapi bagaimana dia boleh meletupkan dirinya sendiri dan bagaimana pula dengan mayat wanita yang juga menyerupai saya dan kemudian mencair secara tiba-tiba?"

"Segala-galanya boleh diubah suai. Tetapi saya yakin yang awak telah diklonkan"

"Mungkin ada betulnya kata Prof tu. Selain daripada apa yang baru disebut oleh Marina tadi. Marina juga sering kali diekori oleh seorang wanita yang menyerupai dirinya sendiri. Cuma ada beberapa cirri sahaja yang berlainan. Ya! Saya setuju dengan Prof. Boleh jadi itu adalah klon Marina" Inspektor David menyatakan pendapatnya.

"Klon" gumal Marina sendirian. Mendengar kata-kata Profsor Kardiff itu membuatkan Marina berfikir seketika.

"Siapa kawan prof tu? Boleh kami berjumpa dengan dia?" soal Inspektor David kepada Profesor Kardiff.

"Dia baru sahaja meninggal David…"

Dum! Dum! Dum! Pintu rumah Profesor Kardiff diketuk dengan begitu kuat sekali secara tiba-tiba. Professor Kardiff tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Ketiga-tiga mereka mengalih tumpuan ke arah pintu itu.

"Siapa tu?" soal Marina. Wajahnya berkerut dan nampak tegang.

"Alvin barangkali. Bukankah dia keluar tadi? Mungkin dia terkunci dari luar. Biar saya bukakan." Inspektor David melangkah menuju ke arah pintu itu. Namun Profesor Kardiff menarik bahunya.

"Jangan! Alvin tak pernah mengetuk pintu dengan sebegitu kuat" Profesor Kardiff memberi amaran.

"Marina. Cuba kamu lihat dari lubang intai pintu itu." Arah Professor Kardiff. Marina segera melakukan seperti apa yang diarahkan.

"Prof, David, ke mari cepat!" Marina memanggil mereka sejurus sahaja melihat ke lubang intai itu.

Inspektor David dan Profesor Kardiff segera mendapatkan Marina. Mereka dengan segera mengintai ke dalam lubang intai itu.

"It's her! Dia bawa senjata!" Marina mula panik. Wanita yang menyerupainya itu berada di luar dan sedang memegang sepucuk senapang.

"Diakah wanita yang…." Belum sempat lagi Profesor Kardiff menghabiskan pertanyaannya, pintu diketuk dengan lebih kuat lagi.

"Ya, itulah dia wanita yang mengekori Marina" ujar Inspektor David. Dia tahu apa yang ingin ditanya oleh Profesor Kardiff.

"Bagaimana dia tahu yang kita berada di sini?" soal Marina kepada Inspektor David.

"Mungkin dia mengekori kita sejak dari tadi" Inspektor David meneka.

"Apa yang perlu kita buat sekarang?" Marina tampak gusar sekali.

"Kita perlu keluar dari sini. Kita sekarang dalam bahaya. Prof… ada laluan lain selain dari pintu ni?" tanya Inspektor David.

"Ada. Mari ikut saya" Profesor Kardiff mengarah mereka mengikutinya ke pintu bilik bawah tanah.