Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 66 - Ikran – 2008V

Chapter 66 - Ikran – 2008V

Ikran memandang ke arah dua mayat lelaki yang berada di hadapannya. Dia tersenyum puas. Segala apa yang dirancangnya selama ini telah pun berjaya. Sebentar tadi, dia dan Maya baru sahaja menyelesaikan dua sasaran. Dia perlu bijak mengatur strateginya kali ini. Semua sasaran yang telah diselesaikan perlu disembunyikan segera agar mereka tidak dapat dilihat oleh orang ramai.