Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Kerana Sayang

🇲🇾JH_Dream
--
chs / week
--
NOT RATINGS
83.1k
Views
Synopsis
Disebabkan hinaan dari orang yang pernah dicintainya meninggalkan satu kesan yang dalam dalam hati dan hidupnya.Dia sudah tidak mempercayai lelaki dan tak mempercayai cinta lagi. Namun kehadiran seorang lelaki berlesung pipi yang selalu bermain di fikiran Jane mengugat perasaannya. Mampukah Jane temui cinta & lelaki yang menyayanginya sepenuh hati? Zein seorang lelaki arkitek berjaya tertarik dengan penampilan dan karakter Jane.Baginya Jane lain dari perempuan di luar sana yang asyik mengejar dirinya semata-mata kerana harta yang dimiliki. Kehilangan orang yang sangat sayangkan diri Kita sangat menyakitkan, tapi disebabkan Kita Tak pernah bersyukur dan rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada, akhirnya membuatkan kita kehilangan dia. Daniel Cuba mengejar & mendapatkan kembali cinta Jane, namun semuanya sudah terlambat. Kisah dua lelaki yang sangat mencintai seorang wanita. Siapakah akan kekal di sisi Jane buat selamanya? Akan kah mereka mencapai bahagia setelah dugaan demi dugaan dilalui, setelah banyak perkara memisahkan mereka?
VIEW MORE

Chapter 1 - Kek Chocolate Lava Limited

Pagi menjelma..matahari memancar masuk melalui langsir-langsir tingkap ke biliknya.Jane bangun kemudian menyelak langsir.Matahari menyilaukan mata.Jane mengeliat kemudian melakukan senaman ringan sebelum mandi.Dia membuka muzik kegemarannya I'm fine-BTS kemudian melakukan senaman ringan.Hembusan nafas kuat mengakhiri senaman bagi menghilangkan fikiran negatif dan memulakan hari yang baik.Lagu dibiarkan terpasang berterusan dengan playlist BTS.Jane mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk mandi.Ya, she's an ARMY, fans BTS.Ops,maaf lari cerita..Selepas 20-25 min mandi,Jane bersiap memakai Blouse peach bunga rose kecil-kecil,seluar jeans hitam dipadankan dengan heels rata hitam.Rambutnya yang panjang diikat bun kemudian memakai makeup nipis.Jane tidak suka makeup lebih melainkan majlis tertentu kerana dia gadis sederhana walaupun namanya semakin hangat.Usai bersiap Jane membancuh coffee dan memasukkannya ke dalam botol flasks(botol yang air dia tahan panas tuu..heheh). Hand phonenya dicapai Dan kemudian muziknya ditutup sebentar..,Jane mengunci pintu rumah dan menaiki kereta Honda Civic merah kesayangannya itu.Kereta yang dibeli hasil daripada titik peluhnya sendiri berkerja siang malam dengan pelbagai kerja dilakukan.Oh ya dia workaholic.Dia pernah ditempatkan di wad kerana terlalu penat bekerja.Sekarang masih begitu namun Jane sudah pandai mengurus masanya dan dia sudah mempunyai bakery dan pekerjanya sendiri.Kereta dipandu keluar dari rumah, melalui hadapan taman permainan dan tempat berjoging.Kelihatan beberapa orang sedang membuat senaman di pagi Hari tak kira muda mahupun tua.Orang zaman kini amat mementingkan kesihatan.Kereta memasuki lebuh raya yang semakin sibuk di pagi hari kerana jam sudah menunjukkan 8 am.Jane meneruskan pemanduan dengan berhati-hati sambil mendengar lagu yang disambung tadi.Namun, kadang-kadang sesetengah pengguna jalan raya bertindak gelojoh dan tidak sabar.Mungkin sudah lambat ke pejabat atau mahu menghantar anak ke sekolah.Bunyi hon kadangkala kedengaran namun Jane mengabaikannya.Setelah setengah jam menghadap kesesakan, Jane memasuki selekoh ke kawasan bakerynya.

Dia memparkingkan keretanya betul-betul berhadapan bakerynya.Yelah kereta kesayangan.Terpampang nama kedainya Bakery D'licious J'. Bakery miliknya itu dibina hasil dari rekaannya sendiri.Dibina di kawasan lapang seakan padang rumput hijau dan di sekitar belakang kedainya seakan hutan kecil, di tepi kedainya ada tempat pelanggan menikmati produk bakerynya sambil ditemani alam,diteduhi pokok,beberapa set bangku dan meja bulat yang direka dari kayu yang berkualiti memberikan keselesaan kepada pelanggannya.Bahagian dalam kedainya juga terdapat meja dan bangku seperti di taman, ada pancuran air,pokok-pokok bunga yang mekar di sekeliling ruangan,kuanter bayaran di bahagian tepi pintu utama hadapan kedai yang simple diperbuat dari kayu berkualiti dan terdapat rak pameran makanan tinggi di bahagian sisi dinding, bahagian hadapan bersebelahan pintu masuk dan juga bahagian tengah kedai.

Produk keluaran bakerynya di display dengan cantik,teratur mengikut kesesuaian dan harga. Barang-barang untuk pelbai majlis juga dijual. Secara ringkas, bakerynya berkonsepkan taman dan moden yang memberikan keselesaan dan menarik minat pelanggan untuk menikmati produk bakerynya. Bahagian belakang bakerynya ditempatkan stor simpanan produk serta dapur. Dan di tepinya sebuah bilik yang agak besar, bilik persalinan yang menempatkan loker dan tempat berehat untuk pekerjanya. Hari yang cerah bermula dengan baik.. pelanggan nya tak henti-henti sejak tadi. Bakerynya turut menyediakan coffee buatan mereka sendiri. Sebab itu pekerja-pekerja di sekitar itu sering berada di situ menikmati sarapan pagi mereka di situ. Hari berjalan seperti biasa. Jane sedang menyiapkan kek-kek tempahan pelanggan nya.

Jam menunjukkan 6 pm.

Kek yang ditempatkan dalam rak display rata-rata kosong. Kebanyakkannya kek chocolate lava yang habis. Oleh itu,Jane sangat sibuk dengan pembantu-pembantunya di dapur membuat kek lagi untuk hari esok.

"Ting!" loceng dipintu utama kedengaran apabila seseorang membukanya.

Muncul lelaki muda sekitar 20/30 an yang handsome.Berlesung pipit sebelah kanan,kulit bersih,muka bujur, hidung mancung,berkemeja kemas t putih dan seluar hitam. Mungkin baru pulang kerja.

"Hi,saya nak kek chocolate lava satu"kata lelaki itu kepada pekerjanya di kaunter sambil memandang sekeliling kedainya.

"Oh,maaf encik. Kami kehabisan kek itu hari ini. Mungkin encik boleh pilih yang lain?" balas pekerjanya.

"Haih....hm,kalau macam itu saya nak kek chocolate juga tapi lain.Boleh awak suggest kan? Untuk hari jadi anak sedara saya."balas lelaki itu

Bla2....

Selepas memilih kek lelaki itu meminta agar kek tersebut dihias lebih dengan dekorasi gula-gula dan lilin. Namun kesilapan kecil terjadi kerana pekerjanya tersalah melukis nama.

"Apa awak ni! Lain kali buat betul-betul." kata lelaki itu dengan kuat kemudian meraup muka.

"Macam mana ni?" sambung lelaki itu lagi.

"Saya baiki.Jangan risau encik" jawab Jane kuat dari arah dapur sambil berjalan ke arah mereka.

"Baik..."balas lelaki itu sambil tak lepas pandang ke arah Jane.

Jane yang masih memakai apron merah hitam dan sedikit comot terkena tepung di pipinya mengambil sedikit krim kemudin menutupi ejaan yang salah dan membaikinya dengan cantik sekali.

Lelaki itu masih pandang Jane semasa Jane menghias kek tempahannya itu.

"Okay siap encik." kata Jane pada lelaki itu.

"Oh okay thank you 😊" balas lelaki itu.

"Maaf atas kesilapan pekerja saya tadi ya" pinta Jane lembut. Pekerjanya turut meminta maaf.

"Eh,eh..Tak mengapa.Sepatutnya Saya yang minta maaf, saya berkasar tadi dengan perkerja awak. Maaf ya... Terima kasih, cantik kek ni." balas lembut lelaki itu.

Kemudian lelaki itu berlalu pergi usai membayar.

Jane menepuk perlahan bahu pekerjanya menandakan "Takpe, don't worry".

Kek-kek diisi semula setelah siap di rak display. Kini rak-rak tersebut penuh.

Jam menunjukkan pukul 8 pm.

Pekerjanya dibenarkan pulang setelah siap kemas. Lampu dan elektrik dipadamkan. Setelah memastikan semuanya okay, Jane mengunci pintu kedainya dan memandu pulang ke rumah.

Tiba di rumah, Jane membersihkan diri dan menikmati hidangan ringkas nasi goreng sambil menonton tv. Hari yang panjang dan memenatkan, membuatkan Jane masuk tidur awal. Sebenarnya kawan-kawannya mengajaknya untuk lepak di tempat biasa mereka,namun dia menolak dengan alasan dia kepenatan dan menunda ke hari lain.

Jane kemudian dibuai mimpi.