Tidur Mei lena malam itu. Semenjak Jason menghilangkan diri, Mei menghabiskan banyak masa mencari Jason dan berkurung dalam bilik. Walaupun dia nampak sahaja okay di luaran, biliknya lah jadi tempat dia meluahkan rasa di hatinya. Menangis sepuas hati pada malam dan kembali ceria di pagi..
Pagi menjelang.
Bilik Mei diterangi cahaya matahari.
Bunyi burung berkicauan.
Senyap je suasana. Tenang.
Mei membuka matanya. Sedar dari lena. Mei menoleh ke kiri kanan. Dia tiba-tiba teringatkan kejadian malam tadi.
'Jason'
Mei segera bangun dari katil chalet yang empuk itu dan menuju ke tepi jendela.
'Jendela kayu itu dibuka'
Mei berdiri di tepi jendela biliknya Dan meninjau ke arah bilik Jason.
Jendela bilik Jason masih tertutup rapat.
'Tidur lagi ke?' gumam Mei.
Mei masih terintai-intai melihat ke arah bilik Jason itu.
Chalet Jason.
'Mei dah bangun ke belum?' bisik hatinya sambil membuka jendela kayu itu.
'Mei..' senyuman terukir di bibirnya.
Jason memandang ke arah Mei yang sedang membebel di jendela itu.
'Hahah' tawa Jason melihat telatah Mei.
Bilik Mei.
"Apalah lambat sangat dia bangun ni.."
"Ke dia sakit sebab gaduh selamatkan aku semalam?!"
"Dia ni pun satu lah..."
Mei membebel sorang diri.
Puas membebel dia menoleh kembali memandang ke arah bilik Jason itu.
'Ma!' Mei menjerit terperanjat apabila menyedari Jason sedang memerhatikan tingkahnya sejak tadi.
Mei menyorok dari dilihat Jason.
'Mei!!! Apa kau ni!! Malu!!' jerit hatinya.
Mei perlahan-lahan bangun dan mengintai semula di jendela biliknya.
'Fuhhh..Selamat...dah tak ada..." lega hati Mei bila bayang Jason tiada.
Mei cepat-cepat menutup jendela biliknya dan melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke ruang dapur untuk mencuci muka dan membancuh coffee. Telefon pintarnya dibelek-belek. Banyak pesanan yang masuk. Satu persatu dibalas. Mereka risau kerana Mei tidak pulang malam tadi. Mama Jason pula, memohon padanya supaya mumujuk Jason dan membawanya pulang kembali. Setelah membalas semuanya, Mei meneruskan langkah ke dapur.
By the way, chalet tu ala-ala rumah papan kampung macam tu. But interior dia mix modern sikit macam dapur. Bilik yang Mei stay sama macam Jason, satu bilik, masuk je chalet tu nampak ruang tamu yang bercantum dengan open kitchen. Tandas? Dalam bilik lah. Hahaha.
Tempat penginapan yang mereka berdua stay ni sediakan chalet untuk solo stay, family and event or party stay. Ala-ala kampung but macam-macam Ada. Security? Sepatutnya ketat, entah macam mana lelaki-lelaki mabuk tu boleh terlepas dari pemantauan pihak penginapan ni.
Usai sahaja cuci muka dan memberus gigi, Mei mencapai 1 sachet instant coffee. Serbuk coffee dituangkan di dalam cawan yang tersedia dan dicampurkan dengan air panas. Dikacau rata. Bau aroma coffee memenuhi ruang chalet itu. Muzik di telefon dipasang.
'Tok2' pintu chalet Mei diketuk.
Baru je Mei nak hirup coffee ada orang dah kacau.
'Aduh...pagi-pagi dah kacau!' getus Mei.
Dengan belum mandi, Mei berjalan laju ke pintu dan dengan selamba membuka pintu itu.
"Masuklah..saya rasa tak ada yang perlu dikemaskan.. Ha! Tapi saya nak 1 set baju t-shirt dengan seluar boleh?" kata Mei sambil berjalan terus ke dapur untuk meneguk coffee tadi tanpa melihat siapa sebenarnya tadi.
"Awak dengar tak?" kata Mei sambil menoleh memandang ke arah orang yang dijemputnya masuk tadi apabila permintaannya tak berbalas.
'Membulat mata Mei memandang ke arah lelaki di hadapannya'
'Purr' air coffee yang dihirup Mei tersembur apabila menyedari lelaki di hadapannya sebenarnya Jason.
Malu berganda lah jawabnya. Hahah.
"Awak?! Awak,awak buat apa dekat sini.." tanya Mei sambil matanya meliar mencari tuala untuk menutup wajahnya yang selekeh dan masih tak mandi.
Jason tergelak kecil melihat Mei yang gelabah dihadapannya.
Dia perlahan-lahan menghampiri Mei.
Melihatkan Jason semakin menghampiri, Mei berundur ke belakang. Dan akhirnya dia tersandar pada peti sejuk di belakangnya. Disebabkan terlalu malu, Mei menutup mukanya dengan kedua belah tangannya.
"Go. Jangan dekat.. saya tak mandi lagi. Malu! Selekeh lagi ni. Please Jason.." Mei merayu supaya Jason pergi dan tidak melihat dirinya lagi-lagi dalam keadaannya begitu. Tak mandi dan selekeh.
Rayuan Mei terhenti apabila sehelai tuala menutupi kepalanya.
Jason.
"Awak tak mandi ke, selekeh ke.. tetap cantik di mata saya sayang.." bisik Jason di telinga Mei.
Senyuman terukir di bibir Jason.
Suka melihat Mei begitu. Malu tapi still lovely.
Jason kemudian berlalu keluar dari chalet Mei.
Meninggalkan Mei terpaku.
Mei.
Tuala itu masih menutupi kepalanya.
"Awak tak mandi ke, selekeh ke.. tetap cantik di mata saya sayang.." bisikan Jason tadi teriang-iang di kepala Mei.
Merah wajah Mei. Malu.
Debar di dadanya tak payah kata lah.
Dalam banyak-banyak lelaki, Jason yang selalu membuatkan jantungnya berdebar tak tentu hala.
'Wake up Mei! Stop it!' getus Mei menghentikan fikirannya yang merawang entah ke mana.
Tangannya menarik tuala yang menutupi kepalanya tadi.
Bayangan Jason tiada.
'Lega' Mei menarik nafas lega apabila Jason sudah berlalu pergi.
Mei segera menutup pintu chalet. Tak mahu perkara itu berulang dan malu lagi sekali.
Setelah memastikan pintu dikunci, Mei berjalan menuju ke dapur untuk meneguk coffee tadi. Langkahnya terhenti apabila terpandangkan pakaian yang tersusun di atas sofa. Tangannya segera menggapai pakaian itu. Satu set cardigan berserta seluarnya sekali. Warna brown, corak daun. Dengan t-shirt hitam pendek.
'Pandai dia pilih' puji Mei dalam hati.
Mei segera melangkah masuk ke dalam bilik untuk mandi dan bersiap. Coffee tadi terbiar sejuk di atas meja. Tak sabar punya pasal. Hahah.
15 minit kemudian.
Mei siap mandi. Dia segera mengenakan pakaian yang diberikan Jason tadi dan berangan di hadapan cermin. Tersenyum sorang diri.
'Cantik' puji diri sendiri.
Rambutnya yang sudah kering di bun kan tinggi. Tak lah panas nanti.
Handbag miliknya dicapai. Obsess Cushion Foundation (Vanilla), Perfect Diary ReadMe Lipstick Weightless (002:Nice To Meet You) dan Mascara dri Perfect Diary juga dikeluarkan. Tepek2 mekap dah siap. Lipstick tu dia pakai sebagai blusher dan eyeshadow sekali. Perfume Pen Simple sudah lah. Heheh. Naseb baik Mei simpan dalam handbag dia tau. Puas hati dengan penampilanya, Mei menghantar pesanan kepada Jason.
*Mei : Saya dah siap. Jom makan. Lapar..Hehe.
*Jason : Ingat lambat lagi. Okay.. Jom.
Mei menyarung sandal, menggapai telefon dan beg tangannya dan berlalu keluar dari chalet.
Jason terpaku apabila melihat Mei.
Mereka berdua bertemu dan bersapa di luar chalet.
"Kenapa pandang saya macam tu? Tak okay ke?" tanya Mei pelik apabila menyedari Jason dari tadi memandang ke arahnya.
"Cantik. Walaupun simple, tapi cantik kesayangan saya ni. Tengoklah siapa yang pilihkan baju kan..." kata Jason sambil tersenyum bangga.
Mei memandang Jason dan tertawa.
"Jom.." ajak Mei.
Mei menggapai tangan Jason.
Jason membalas pegangan tangan Mei dengan erat dan menuju ke cafe penginapan itu untuk menikmati sarapan.
Cafe itu terletak di tepi pantai.
Angin laut menyapa tubuh mereka berdua. Nyaman. Sejuk. Tenang.
Tak ramai sangat orang. Maybe sebab bukan waktu cuti.
Mereka memilih meja yang menghadap laut.
Makanan bufet untuk sarapan Dan makan tengahari juga disediakan.
Untuk sarapan Mei memesan Coffee Vanilla Latte, manakala Jason pula Kopi O'. Mereka berdua menuju ke tempat bufet disediakan dan menyenduk nasi lemak yang disediakan.
Kembali saja di meja tadi, mereka mula menikmati makanan masing-masing.
Jason dari tadi memerhatikan tingkah Mei. Mei pula tidak kisah kerana sudah terbiasa.
Sekejap saja makanan di pinggan Mei licin. Lapar dari malam tadi.
"Kenyang dah?" tanya Jason sambil menyuap suapan terakhir.
Mei menganguk dan tertawa dengan perangainya sendiri.
"Kita nak pergi mana lepas ni?" Mei tertanya-tanya. Matanya tidak lepas menikmati pemandangan laut.
"Kita mandi manda nak?" ajak Jason. Dari tadi dia lihat Mei asyik pandang ke laut. Dia tahu Mei sangat sukakan laut.
Mei menganguk teruja.
"Tapi saya tak ada baju mandi, baju nak tukar semua tak ada. Macam mana?" kata Mei kecewa.
'Salah aku juga, kalaulah aku Tau macam ni jadinya..aku bawa baju spare.. Hm' gumam Mei
"Alah sayang.. kita shopping lah lepas ni. Beli baju awak yang patut. Okay?" pujuk Jason.
Bersinar-sinar mata Mei apabila mendengar kata Jason itu.
Mereka berdua kemudian melangkah pergi dari cafe itu. Mereka ke pekan berdekatan untuk membeli pakaian Mei dengan menaiki kereta Mei memandangkan Jason tidak membawa keretanya.
Macam-macam ada di pekan itu. Dari paju t-shirt biasa sehinggalah pakaian dalam lelaki dan wanita. Lengkap. So pelancong yang datang melawat ke situ tak perlulah risau.
Jason tetap setia melayan kerenah Mei. Dari satu kedai, ke satu kedai yang lain. Pilih baju yang berkenan memang makan masa.
Baju-baju yang dipilih Mei digayakan di hadapan Jason untuk bertanyakan pendapat. Okay? Cantik tak?
Jason sabar menunggu Mei memilih beberapa helai pakaian. Beberapa jam kemudian, barulah Mei selesai membeli belah. Beg plastik pakaian Mei beli tadi dipegang Jason.
Mei sangat-sangat teruja dan happy. Tengok muka dah tahu.
Mei merangkul tangan Jason sambil tersenyum manja.
'As long Mei happy, aku pun happy' bisik hati Jason.
Mereka kemudian memandu pergi dan kembali ke chalet untuk menukar pakaian. Selepas sahaja menukar pakaian mandi, Mei menyapu sunscreen pada tubuhnya supaya tidak sunburn nanti.
Jason sudah pun menunggu di luar chalet Mei. Mei keluar dengan leggings hitam, t-shirt lengan panjang merah bercorak kartun perempuan dengan selipar biasa. Rambutnya dibiar terurai. Getah di pergelangan tangannya. Jason pula mengenakan t-shirt yang sama cuma kartun lelaki. Couple tee.
Cuaca redup. Tak panas. Seronok kalau buat aktiviti di pantai.
Mereka berdua menuju ke tepi pantai bersama seorang penyewa motorboat. Jarak chalet dengan laut tak berapa jauh.
'Dia ni mesti rapat dengan abang motorboat tu, berborak sakan.. Sampai aku kat sini dia abaikan' Mei tertanya-tanya.
Maklumlah, dia tak pernah ke tempat ini.
Mei membiarkan saja Jason berbual-bual dengan penyewa itu. Beberapa ketika kemudian, Jason mendekati Mei dan menariknya menghampiri motorboat tadi.
"Eh, kejap-kejap.. Ni siapa punya? Dah minta izin ke nak guna?" Mei mengelak untuk menaiki motorboat itu.
Teragak-agak. Takut pun ye juga.
"Naik jelah...saya dah sewa dengan abang tadi. Naik, naik cepat. Jangan membebel. Murah, saya tau awak mesti nak tanya juga pasal harga kan?" bebel Jason sambil memaksa Mei naik ke atas motorboat itu.
"Yelah,yelah...kata orang membebel.. Dia pon sama. Huh!" cebik Mei.
Apabila mereka berdua sudah berada di atas motorboat itu, Jason mengenakan jaket keselamatan kepada tubuh Mei. Tali-tali keselamatan itu diketatkan. Setelah memastikan semuanya rapi, Jason mengenakan jaket keselamatan pula. Kali ini Mei pula membantunya.
Gaduh macam mana sekalipun, mereka berdua tetap akan berbaik dan sweet.
"Duduk diam-diam, pegang elok-elok okay?" kata Jason sambil menghidupkan enjin motorboat itu.
Mei berdebar. Takut. Dia kan pernah lemas sebelum ni.
Mata Mei terarah pada Jason.
Nafas panjang ditarik. Cuba bertenang dan positif. Dia yakin yang Jason akan menjaganya sebaik mungkin. Jadi dia tak perlu takut dan risau.
'Enjoy Mei' bisik hati Mei sambil memandang Jason.
Memori baru buat mereka berdua.