Chereads / Lollipop!(Malay) / Chapter 27 - Bab 26

Chapter 27 - Bab 26

"Hah, kan elok macam tu! Puas hati Fiona bila datuk habiskan sarapan yang Fiona bawa tadi… Nampaknya memang datuk seorang yang adil… datuk dah buktikan pada Fiona."

"Pandailah kamu… Fiona sengaja suruh datuk makan tadi, kan?" senyap seketika.

"Fiona dengar… datuk tak makan dari semalam; dan pagi ni pun datuk tak turun untuk sarapan… sebab tu…" suaranya kedengaran ikhlas disebalik pintu kayu bilik bacaan datuk; tak dapat ku kesan sedikit pun nada hipokrit mahupun kepura-puraan dalam suaranya.

'Mungkin betul, Fiona dah berubah… baguslah kalau macam tu…' walaupun aku mengatakan begitu; entah kenapa hatiku terasa agak terkilan dengan layanan yang datuk berikan pada Fiona ketika itu.

'Takkanlah aku cemburu?' Aku memejamkan mata erat sebelum berlalu dari situ dengan niat ingin menuju ke dapur semula.

"Kak Eliz?" Sekali lagi langkahku terhenti apabila aku terserempak dengan Jonathan yang baru sahaja menaiki tangga ingin ke biliknya. Dia memandangku dengan reaksi terkejut apabila melihatku membawa sedulang makanan yang tak terusik di tangan.

"Ah… makanan ni… tadi kakak ingat nak bagi pada datuk, tapi….?!?!" Aku terdiam apabila pintu bilik bacaan terbuka dengan tiba-tiba.

Aku lihat datuk keluar bersama Fiona dengan membawa dulang yang berisi mangkuk dan cawan kosong sambil tersenyum.

"Kan? Bukan susah pun… Fiona kan ada…?" Fiona terdiam apabila terlihat akan dia keberadaan aku dan Jonathan disitu. Keadaan menjadi semakin kekok apabila dia dan datuk berjalan melepasi kami yang masih berdiri kaku disitu.

"Datuk…" sempat lagi aku memanggilnya selari datuk masih enggan bertentang mata denganku; lelaki itu hanya berlalu menuruni tangga diikuti Fiona sambil memegang tangannya.

"Kak…" Jonathan menegurku yang masih terasa sedikit terkilan dengan apa yang saja baru berlaku tadi.

"Berikan dulang tu pada saya… biar saya kemaskan; kakak berehatlah dahulu."

"Terima kasih, Joe…" Aku hanya akur dengan permintaannya selari masuk ke dalam bilikku dengan langkah lemah; sebaris senyuman kelat ku paksakan padanya.

'Nampaknya aku terpaksa berbuat sesuatu untuk kak Eliz…' hati kecil lelaki remaja ini berbicara apabila melihat Eliza menghilangkan diri disebalik pintu biliknya. Lantas dia bergerak ke arah telefon yang berada berdekatan situ sambil mengeluarkan satu keras dari poket seluarnya.

"Hello? William?"

Sebaik sahaja pintu kamar ku tutup dibelakangku; air mataku jatuh bercucuran kepipi; membasahi kolar baju putihku. Semakin aku kesat, semakin deras air mataku ketika itu; berbagai perasaan yang bercampur baur ku rasakan. Sakit, penat, sedih, marah, kesal, terkilan, kecewa… semuanya bercampur menjadi perasaan yang amat memedihkan bagiku.

Ingin sekali ku jerit sekuat hati demi melepaskan perasaan ini; ingin sekali aku lari dari semua ini supaya perasaanku takkan menjadi tertekan sebegini lagi.

'Lari?!?!?' bagai mendapat satu ilham; aku bangun dari situ dalam keadaan yang tergesa-gesa dan tak pasti. Tapi yang aku pasti, aku perlu keluar dari situ secepat mungkin; ya, mungkin inilah jalan yang terbaik buat aku, buat kami, aku memegang perutku yang semakin membesar dengan azam baru sambil sekali lagi mengesat air mataku yang kian membasahi wajah.

Aku mula mengemas pakaianku sebelum meletakkannya di sisi pintu bilik; agar mudah untukku memulakan langkah. Disaat aku baru ingin keluar menjengah keadaan; pintu bilikku diketuk dari luar.

"Tok!Tok!... kak? Ni saya ni… Jonathan… ada benda saya nak bincangkan dengan kakak ni…" Aku terfikir sejenak sebelum menyelak daun pintu untuknya; dia kubiarkan masuk tanpa kata.

"Kak? Kak Eliz nak pergi mana ni? Kenapa ada …" Jonathan kelihatan keliru dengan pemandangan beg pakaian yang kuletakkan tadi di tepi pintu.

"Kakak rasa; dah tiba masanya untuk kakak pergi dari sini…"

"Kakak… apa yang Kak Eliz merepek ni? Buat apa kakak nak keluar dari rumah ni; lagipun, kemana kakak nak bawa diri? Kakak bukannya ada ramai kawan pun." Walaupun kedengaran menyakitkan; tapi itulah hakikatnya. Aku memang tak ada arah tuju untukku membawa diriku ini; aku duduk di atas katil dalam keadaan buntu sambil memegang kepalaku.

"Habis tu, kamu nak kakak buat macam mana lagi? Kakak dah buntu dah… dengan datuk yang nampak kecewa sangat dengan kakak…keadaan kakak ni….dan… Adam… Adam…" dengan tak semena-mena sekali lagi aku gagal menahan air mataku dari jatuh ke pipi.

Jonathan merapati aku dengan spontan dan memelukku erat; hilang segala perasaan maluku padanya apabila aku terus menangis dalam pelukannya.

"A…dam…. Kenapa… dia kena pergi…? Kami baru nak bina sesuatu…. Aku baru… aku baru…nak beritahu dia pasal anak kami… dan… aku baru nak terima kau, aku nak terima kau, Adam!" perasaan bersalah mulai menebal dalam diri Jonathan ketika itu apabila reaksi yang diberikan Eliza lebih dari yang dia jangkakan.

Memang Jonathan merancang untuk memisahkan adam dari Eliza buat sementara waktu pada mulanya; tapi dia tak sangka yang Adam akan ditimpa kemalangan selepas itu dan memberi impak yang sebegini tehadap Eliza.

'Kak Eliza memang cintakan abang Thomas...' sekali lagi Jonathan cuba untuk menenangkan sepupunya sebelum memulakan bicara.

"Kak… saya ada satu rancangan… dan saya harap kakak boleh dengar." Perlahan suara sepupunya selari menarik perhatian Eliza yang kelihatan lebih tenang dari tadi.

"Ran…cangan?"

"Sampai hati kamu, Joe! Kakak ingat kamu berbeza dari kakak kamu… Rupanya…" Aku bangun dari situ; menjauhkan diri darinya, hatiku kian remuk dengan apa yang kudengar dari mulut sepupu yang ku percaya selama ini.

"Tak, kak… itu bukan maksud saya; I didn't mean it to be ended up like this, memang saya rancang untuk jauhkan kakak dari abang Thomas pada mulanya. Tapi, saya tak sangka pula abang Thomas akan…" Jonathan mendekati aku dari belakang dengan nada cemas; mati-mati dia cuba meyakinkan aku yang hampir tawar hati untuk menerima alasannya.

"…" Aku hanya mendiamkan diri menarik nafas panjang selari memejamkan mataku.

"Pada mulanya saya cuma nak jauhkan abang Thomas dari kak Eliza buat sementara waktu; itu pun hanya untuk halang Kak Fiona dari apa-apakan kak Eliz dan baby tu…dan bila tiba waktu yang sesuai; saya rancang untuk dapatkan persetujuan datuk supaya abang Thomas dan kakak boleh…tapi…"

"…."

"Kak…" dia mencapai lenganku apabila aku masih enggan bersuara dan menghadapnya dari tadi; dengan refleks, aku menepis tangannya.

"…kenapa baru sekarang… kamu nak beritahu kakak semua ni?" semakin sebak hatiku mendengar penjelasan panjang lebar Jonathan tadi; rasa seperti tiada makna bagiku walau sebaik mana pun dia cuba untuk jelaskan situasi itu padaku.

"Saya tak nak sembunyikan apa-apa daripada kakak lagi; sebab saya dah anggap kakak seperti darah daging saya sendiri."

"…" Aku hanya mendiamkan diri sekali lagi sambil akhirnya mengalihkan pandanganku padanya. Ku kesan tanda kesal diwajah mudanya; tak sampai hati pula untukku kekal marah pada sepupuku ini.

"Apa rancangan kamu?" aku cuba untuk bersuara tenang; selari duduk kembali di atas katil empukku.

"Saya tak pasti kalau kakak akan setuju ataupun tidak… tapi, ini demi menjaga nama baik baikdatuk, keluarga kita; juga masa depan anak kakak tu."

"Maksud kamu?"

"Kahwin?" perbincangan aku dan Jonathan siang tadi masih bermain dalam fikiranku tika itu. Jonathan mengaggukkan kepalanya dengan reaksi serious; ternyata dia telah berfikir panjang sebelum ini.

"Takkanlah kamu nak kakak kahwin dengan orang yang kakak tak ada perasaan langsung?"

"Saya dah agak, kakak takkan setuju dalam hal ni… tapi, kakak perlu fikirkan soal naa datuk, naa baik keluarga kita dan yang paling penting; masa depan kakak dan baby tu. Takkan kakak nak dia lahir tanpa seorang bapa?" Aku mengusap perutku sekali lagi selari menundukkan pandanganku darinya; makin buntu fikiranku ketika itu, aku memejamkan mataku rapat selari menarik nafas panjang.

"Let me think about it first?" Pintaku selari melihatnya keluar dari pintu kamar; sekali lagi aku melepaskan keluhan yang terasa berat apabila yakin diri bersendirian. Aku memegang kepalaku yang mulai terasa berat sambil memejamkan mataku rapat.

'How did all this ended up this way?' Aku bertanyakan pada diriku sendiri soalan yang ternyata tak dapat aku jawab.

"Tok! TOk!" ketukan kuat dipintu mengejutkan aku dari lamunan sendiri; dengan segera aku mendapatkannya.

"Fiona?" Aku kaget apabila wajah Fiona yang muncul dimuka pintu ku waktu itu; sesuatu yang aku tak pernah jangkakan.