Chereads / Lollipop!(Malay) / Chapter 30 - Bab 29

Chapter 30 - Bab 29

"What do you mean by that? Didn't I gave you all the details earlier?"

"Semua tu tak cukup, Fiona; kau ingat dia akan terus terang dengan aku macam tu sajakah?" Lelaki itu duduk berhadapan Fiona dengan reaksi tak puashati; ternyata dia masih bengang dengan keputusan yang di dapatinya dari Eliza siang tadi.

"Okay, apa yang kau nak tahu sangat ni?"

"Siapa bapa budak tu? Kalau kau nak aku sertai 'plan' kau ni, kau kena beritahu aku siapa lelaki tu dulu! Baru aku boleh buat apa-apa keputusan…"

"..yang kau nak serious sangat nak tahu hal tu kenapa? Don't tell me… you're actually falling for her, for real?" ada nada sindiran dalam suara Fiona selari meleretkan senyuman sinis kepadanya.

"You know that's the only reason why I'm agreeing with this in the first place…" Suaranya penuh keyakinan; William telah tahu akan rancangan Fiona dari dulu lagi dan beranggapan lebih baik dia yang menjadi 'lelaki itu' dari membiarkan Fiona mencari orang lain untuk rancangannya itu.

"Kalau betul kau cintakan dia, kau takkan kisah pasal identity lelaki tu;kan? Kau patut boleh terima dia seadanya… that's what love do to people; accept their lovers blindly…"

"…apa pun, kau kena siasat juga hal ni…"

"Ini pun salah kau sendiri juga.. kalau dulu kau tak salah masuk bilik, mesti budak dalam kandungan tu dah jadi anak kau, tahu?"

"Kau ingat aku nak sangatkah tertukar kunci dengan lelaki tu?"

"Siapa suruh kau mabuk waktu tu; sampai terlanggar dengannya?

"Kau pun tahu; aku ada perasaan pada Eliza sejak sekolah lagi… aku perlu mabuk kalau aku nak teruskan rancangan kau pada malam tu…"

"Untuk apa? Untuk kau tutup rasa bersalah kau bila kau rogol dia?" William tunduk sambil mengetap bibirnya mendengar ejekan Fiona yang kedengaran pedih. Sebaris senyuman sinis terbit dibibir wanita itu tatkala menerima reaksinya tadi.

"Kalau betul perasaan kau tu pada dia, kau akan cuba untuk halang aku dari mula lagi… bukannya sertai aku; nampak sangat yang cinta kau tu murah…"

"Suka hati kaulah nak cakap apa pun tentang aku… yang penting, Eliza bakal jadi milik aku tak lama lagi."

"…tapi… kau pasti kau tak cam siapa lelaki tu?"

"Kau sendiri yang cakap tadi, yang aku sedang mabuk waktu tu… orang mabuk mana boleh ingat apa-apa.. nak focus berjalan pun susah.." sekali lagi William menjeling ke arah Fiona dengan reaksi tak puas hati.

"Apa ni? William… dengan Fiona?" Jonathan yang dari tadi memasang telinga di bukaan kecil daun pintu luar bilik karoke itu bagai tak percaya dengan apa yang didengarinya.

Dia secara kebetulan mempunyai majlis pertemuan semula dengan rakan sekolah rendahnya di bilik tak jauh dari situ. Tak pernah dia sangka akan terserempak dengan dua individu ini di dalam bilik yang sama membincangkan hal ini.

Memang telah diketahuinya bahawa Fiona merupakan kenalan William sebelum ini; melihat kepada insiden sebelum ini ketika William tiba-tiba muncul di hadapan Eliza setelah Adam baru saja berlepas ke Jepun. Tapi, taksangka pula mereka serapat ini.

'Jadi… selama ini; she's been deceiving me? Membiarkan kak Eliza dinodai, memang rancangan kakak dari awal lagi?'

"Apa kau nak aku buat lepas ni?" Suara lelaki itu kedengaran tenang kembali selari duduk bersandar berhadapan Fiona.

"Kau pastikan orang tua tu benci pada Eliza supaya dia jadi tawar hati untuk tanya khabar perempuan tu; sekalipun." Wanita itu bernada tegas seakan tekad dengan keputusannya untuk menjatuhkan sepupu tirinya itu.

"Kerja tu agak berat… sebab kau sendiri tahu yang aku bakal dibuang keluarga angkat aku sendiri, kan?" satu keluhan dilepaskan William selari mengangkat segelas soda yang telah terhidang dihadapannya untuk diteguk.

"Itu diluar kuasa aku… lagipun, itu salah kau sendiri… kenapa kau pandai-pandai biarkan Jue goda kau? Berapa kali aku kata, berjaga-jaga sikit dengan adik angkat kau tu… sekarang kau dah ada anak dengan dia; baru kau nak menggelabah?"

"Kau tahu mak bapak Jue tu tak sukakan aku dari dulu lagi, kan? Aku dapat bertahan di rumah tu pun sebabkan ehsan datuk Jue dan Jue sendiri; itu pun sebab dia ada hati dengan aku… kalau tak, memang dah lama aku kena halau dengan mereka tu."

"Memang padan dengan muka kau tu… kalau kau dengar cakap aku dari dulu, mesti harta keluarga angkat kau tu dah jadi milik kau dan Eliza dah melutut dikaki kau sekarang ni…" kata-katanya penuh dengan nada angkuh sambil memberi jelingan mengejek pada lelaki itu; William mengetap bibirnya bengang dengan kenyataan dari mulut temannya itu.

'Jue?!? Juliana Angel Ho; adik William?' sekali lagi pernyataan yang datang dari mulut mereka berdua membuatkan Jonathan menjadi semakin tak keruan dan ingin tahu apa lagi rahsia gelap yang disembunyikan Fiona dan William tanpa penyetahuannya selama ini.

"Hoi, kau buat apa disini, jomlah kita pergi; semua orang dah tunggu kau tu!".

"Ah, aku ke tandas tadi…"

"Lamanya! Jomlah; event nak mula dah tu!"

"Er…ok, jom!" Suara rakan sekolah Jonathan yang datang dari arah bertentangan mengejutkannya disitu; lantas dia mendapatkan lelaki itu dan beredar dengan segera kerana takut keberadaannya disitu ketahuan. Jonathan berpaling buat kali terakhir kea rah pintu bilik karoke tadi dengan perasaan kecewa sebelum berjalan meninggalkan ruangan itu.

Sejurus selepas Jonathan menutup pintu bilik karoke di berhadapan bilik Fiona tadi; pintu bilik mereka tiba-tiba terbuka dari dalam, kepala Fiona enjengah keluar melihat kiri dan kanan dengan pandangan mencurigakan.

"What are you looking for?" Suara lelaki yang datang dari arah belakang wanita itu mengejutkan dia sedikit sebelum William keluar ikut menjengah disisinya sambil meletakkan tangannya di atas bahu Fiona dengan bersahaja.

"Ah… nothing… just though I heard my brother's voice earlier..." Matanya masih melilau ke arah ruangan lobi pusat karoke itu.

"Adik kau; Jonathan? Apa pula yang dia nak buat ditempat macam ni? kau lupakah, dia kan budak baik; sama macam sepupu kau tu…"

"Ya juga… tak mungkin dia datang kesini waktu begini."

"Dah lah… jom masuk; let's enjoy the night before tomorrow's big event."

"Make sure you do it according to what we've disscuss..."

"Don't worry; I won't let anything wrong happen to the plan." sambungnya lagi selari menariknya masuk kedalam bilik kembali sebelum menutup pintu dibelakangnya.

Jauh dari jangkakan William dan Fiona, rancangan mereka menemui jalan buntu apabila datuk mereka terkena serangan jantung pada keesokan harinya. Eliza dikejutkan berita itu oleh Jonathan yang baru balik dari menghantar datuknya ke hospital tengahari itu.

"Hospital? Macam mana boleh jadi macam tu?" Eliza bertanya selari dia sendiri bangun dari ruang tamu untuk mencapai beg tangannya; bersedia untuk ikut ke hospital.

"Saya pun tak pasti kak… tapi, datuk ada bercakap ditelefon sebelum terkena serangan jantung tu."

"Telefon? Kamu dah suruh setiausaha datuk tengok siapa yang hubungi datuk ketika itu?"

"Dah… tapi, mereka kata; itu panggilan dari luar Negara… sukar untuk mereka jejak panggilan tu." Mereka berdua berbicara sambil bergerak ke tempat kereta keluarg di parkir sebelum pemandu membawa mereka ke hospital.

.