Chereads / Lollipop!(Malay) / Chapter 23 - Bab 22

Chapter 23 - Bab 22

"Jan…ji?" aku melihatnya dengan penuh tanda tanya.

"Awak akan sentiasa jujur pada hati awak."

"Hah? Apa maksud awak?" Aku keliru dengan permintaannya.

"Walaupun apa yang bakal terjadi selepas ni, saya cuma nak awak jujur pada perasaan awak; pada hati awak sendiri. Walaupun mungkin… just mungkin ia bukan saya sekali pun, saya nak awak gembira dengan pilihan awak." Lelaki ini menggenggam tanganku dengan matanya memberiku pandangan tajam.

"Apa yang awak cakapkan ni, Adam? Jangan takutkan saya…" dengan tak semena-mena jantungku mula berdegup kencang, segala kemungkinan buruk mulai memenuhi ruang fikiranku membuatkan ku mulai bimbang.

"Maaf… bukan tu maksud saya… tapi, saya nak awak janji pada saya."

"Tolonglah jangan merepek Adam…" Mataku mula berkaca.

"Janji?" sekali lagi dia cuba menekan aku.

"Ya... saya janji, dah lah… jangan cakap macam ni lagi." Aku bagai mengomel sendirian ketika itu; tanpa sedar, cecair hangat mengalir jatuh ke pipi.

'Sejak bila aku mula rasa sebegini padanya?' aku terkejut dengan air mataku sendiri.

"Awak menangis?" pertanyaannya kedengaran spontan dan tiada unsur sindiran.

"Maaf… saya…?!?!?" aku kaget apabila dia mengelap airmataku menggunakan lengan bajunya; sekali lagi jantungku berdegup tanpa kawalan.

"Saya janji saya akan kembali dengan segera."

"Kan saya dah cakap, awak tak perlu terburu-buru untuk saya." Aku memegang tangannya yang mengelap air mataku tadi.

"Saya tahu…" katanya selari mencium tanganku yang memegang tangannya dengan perlahan.

"Adam…"

"Saya pergi dulu… selamat malam."

"Selamat malam… Ah, hati-hati!" Dia tersenyum mendengar pesanku. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga menuju ke bawah sebelum melambai ke arahku buat kali terakhir sebelum keluar melalui pagar belakang rumah agam datuk.

Ku tutupi tingkap bilik sebelum duduk membelakanginya; entah kenapa aku berasa agak sayu ketika itu. Mungkin kerana Adam akan ke luar Negara pada keesokkannya, mungkin kerana dia tidak akan ada denganku buat jangka masa yang lama, atau… mungkin kerana janji yang dia minta aku tunaikan tadi.

"Jujur pada perasaan sendiri… apa maksud kau, Adam? Aku tak boleh bayangkan orang lain selain kau." Aku bersandar didinding tingkap selari memejamkan mata; tak lama kemudian, aku terlena disitu.

Tak pernah ku sangka malam itu adalah merupakan kali terakhir aku dapat bertentang mata dengan Adam; lelaki pertama yang telah membuatkan jantung ku berdegup dengan laju hanya dengan bertentang mata dengannya.

Dah seminggu sejak malam itu berlalu tapi masih tiada sebarang khabar berita ku dengar mengenai dirinya. Aku melepaskan keluhan kecil selari mengacau-ngacau nasi goreng yang terhidang di hadapanku sebagai sarapan untuk pagi itu.Entah kenapa, pagi tu aku memang tiada selera untuk makan apa sekalipun.

'Sorry, baby… mama tak ada selera nak makan hari ni. Mungkin mama terlalu rindukan papa kamu.' Aku bermonolog dalam hati selari mataku tertumpu kepada perutku yang makin membesar. Hal kemahilanku masih lagi menjadi rahsia antara aku dan Jonathan; tak berani untuku memberitahu hal sebenar kepada sesiapapun buat masa ini. Sekurang-kurangnya sehingga Adam kembali dari Jepun.

'Kasihan pula aku dengan kak Eliza ni… dah lah dia ada dalam keadaan sebegitu disebabkan kak Fiona dan aku; sekarang…' Jonathan yang duduk bertentangan dengannya menundukkan pandangan dengan perasaan bersalah.

"Selamat pagi!" dengan tak semena-mena, Fiona masuk ke ruangan makan dalam keadaan ceria; agaak mengejutkan buat Eliza dan Jonathan.

"Pagi, Fiona… mari kita makan sekali? Eh, Eliz; kenapa tengok sahaja nasi tu? Tak sedap?" Eliza yang bagai baru tersedar dari lamunannya; menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sebelum mula menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Okay, atuk…" Fiona mengambil tempat di sebelah adiknya; Jonathan sambil tersengih; entah mengapa hari itu dia kelihatan ceria dari biasa. Jonathan memberinya pandangan curiga.

"Mesti kau pelik kenapa aku gembira hari ni, kan?" suaranya sengaja direndahkan selari matanya masih tidak mengendahkan Jonathan.

"Apa yang kau rancangkan hari ni?" Adiknya itu bagai telah dapat hidu niat jahat Fiona.

"Sampai hati kau anggap aku macam tu, Joe… aku ni darah daging kau tahu."

"Fiona!" Jonathan mulai hilang sabar dengan kerenah kakaknya yang makin mengada-ngada.

"Okay… aku tak ada rancangkan apa-apa yang specific pun hari ni… Cuma…" pandangannya beralih kepada Eliza yang masih kelihatan murung duduk dihadapan mereka.

"What do you mean?"

"Adalah… bukan semua benda pun aku boleh kongsikan dengan kau sekarang. Kau dah pandai tukar pihak."

"Apa yang kau merepek ni, dan apa yang kau nak cuba rancang lagi? Tak cukup lagikah?!" tanpa sedar, Jonathan mula meninggikan suaranya di meja makan; membuatkan semua orang disitu kini memberi perhatian kepada mereka berdua.

"Joe…" Eliza memandang sepupunya yang mula kelihatan pucat lesu apabila baru sedar perkara yang terjadi tadi sebelum berlalu lelaki itu berlalu pergi dari situ.

"Fiona? Kenapa dengan adik kamu tu?" Datuk mereka kelihatan keliru melihat kelakuan cucu bongsunya itu.

"…er… entahlah… dia marahkan Fiona sebab usik pasal teman wanita dia kot?"

"Lah… budak ni; kot ya pun… biarlah dia habis makan dulu baru nak bercakap hal peribadi. Kan dia dah pergi sebelum habis makan, tu."

"Ah, tak apa; atuk. Biar Eliz pergi tengokkan Jonathan kejap. Eliza pun dah habis makan ni."

"Hmm… pergilah…" Eliza meminta diri sebelum menuju kearah bilik Jonathan ditingkat atas; sambil diperhatikan Fiona yang kelihatan tak senang dengan kehadirannya disitu.

"Joe? Are you alright?" Aku mengetuk pintu bilik Jonathan selari cuba memanggilnya buat beberapa kali sebelum dia membuka pintu dengan ekspresi murung.

"Kenapa ni? Muncung saja kakak tengok? Tadi pun tiba-tiba saja kamu melenting di meja makan sampaikan atuk pun terkejut. Apa yang kamu marahkan sangat pada Fiona tu?" Aku masuk ke biliknya selari duduk di sebelahnya di atas katil bujangnya sambil memerhatikan tingkahnya hal kelihatan agak aneh dari selalu.

"Maaf… I don't mean it… I just… I think Fiona are just being too much this time."

"Kakak tak tahu apa maksud kamu tu… but I know something for sure; that she, Fiona Isabelle Lee is still your only blooded-related older sister no matter how she turns out to be. Jadi, macam mana pun, Jonathan tak bolehlah marahkan Fiona tu sampai bila-bila." Aku cuba menyusun kata-kataku sebaik mungkin supaya sepupuku ini tidak tersalah faham akan maksudku nanti.

"I know… and I'm sorry… sebab buatkan kak Eliz risau tadi." Lelaki itu menundukkan pandangan dari kakak sepupunya; masih cuba untuk tidak bertentang mata denganku.

"Tak apa… kakak tahu kamu tak bermaksud pun; tapi pastikan nanti kamu minta maaf dengan atuk, ya?" pujukku lagi selari menenangkannya.

"O…kay, saya janji saya akan minta maaf dengan datuk nanti." Dia memberikanku sebaris senyuman kelat sambil pandangannya masih kelihatan seakan dia sedang risau akan sesuatu. Terdetik di hatiku akan apa yang dikatakannya sebelum ini;

'…I think Fiona are just being too much this time.'

"Tapi… Joe, boleh kakak tanya sesuatu?" perasaan ingin tahuku mulai mengambil alih tindakanku.

"Hmm?"

"Apa maksud Joe tadi; kamu kata Fiona dah melampau… kalau kamu tak keberatan, boleh kamu beritahu kakak?" Satu keluhan yang kedengaran berat dilepaskan lelaki yang bergelar sepupu tiriku ini sebelum akhirnya dia memalingkan wajah untuk bertentang mata denganku.

"Sejujurnya, saya sendiri tak tahu apa rancangan kakak; dia sendiri tak beritahu Joe. Mungkin lepas apa yang terjadi dulu, dan apabila dia tahu saya selalu berpihak pada kak Eliz; Kak Fiona dah mula tak percayakan saya. Tapi…" aku tersentak apabila Joenathan tiba-tiba menggenggam tanganku.

"Joe?"

"Saya nak kakak berhati-hati mulai sekarang; terutamanya dengan keadaan kakak sekarang. I can't imagine if anything happen to both of you and your…" Sekali lagi Jonathan kelihatan risau tak menentu apabila dia menundukkan kepalanya dihadapanku; aku semakin kaget dengan reaksinya yang agak keterlaluan itu.

"Joe… Jonathan! Jonathan Brian Lee, tengok sini!" aku memegang kepala Jonathan dengan kedua belah tanganku untuk memaksanya bertentangan mata denganku apabila dia kelihatan lebih panik dari tadi.

"Hah?"

"Apa yang terjadi sebenarnya, Joe? Kenapa kamu jadi panik sampai macam ni sekali?"

"Maaf… saya terlalu ikutkan perasaan tadi…" Perlahan-lahan Jonathan mengalihkan kedua tanganku ke ribaku.

"Just tell me what happen…"

"Nothing… I was just freakin out."

"Freaking out… out of nothing?" aku memberinya pandangan skeptikal selari cuba memujuk diriku sendiri untuk tetap bersabar; apabila Jonathan hanya membatukan diri sambil menundukkan pandangannya kembali.

"Tak apalah kalau kamu tak nak kongsi dengan kakak buat masa ni… but belive me… no matter what it is; everything's going to be fine, okay? Kakak janji, kakak akan lebih berhati-hati lepas ni. Tolong jangan freak out macam ni lagi, Joe." Aku melepaskan keluhan kecil sebelum memegang erat tangannya kembali; aku tahu dia hanya risaukan keselamatan aku terutamanya setelah tahu Fiona makin tak puas hati denganku mengenai perihal Adam.

'Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa dia takut sangat? Apa yang Jonathan tahu dan aku tak tahu?' dengan tak semena-mena; aku sendiri menjadi khuatir dengan tingkahlaku Jonathan tadi tapi ku selindungkannya dengan memberi sepupuku itu sebaris senyuman kelat.

"Dah, jom kita turun balik; datuk dan yang lain tengah tunggu kita di bawah tu…" aku menukar topic selari menarik tangannya untuk bangun dari situ.

"Okay…"

'Maafkan saya, kak… saya terpaksa takutkan kakak. Mungkin dengan cara ni, kakak akan lebih hati-hati dengan Kak Fiona.' Jonathan memerhatikan Eliza selari mengekorinya dari belakang menuju ke ruangan makan semula.

"E…Eliza!" suara lelaki yang sudah lama tak didengari gadis itu bergema di ruang makan tatkala mereka memasuki ruangan itu.

"William?!?!" William, lelaki yang secara konsisten cuba untuk memikat Eliza sebelum munculnya Adam dulu kembali ke rumah agam itu setelah lama menghilang.