"Sa… saya akan tunggu jawapan awak, cik Rozelle." Terasa hatiku makin berbunga-bunga apabila teringat akan perlakuannya tadi.
'Kenapa tiba-tiba dia tampak comel pada aku?' Serta-merta pipiku terasa hangat; lantas ku cuba menenangkan diri dengan memejamkan mataku rapat selari kedua-dua tanganku menakup pipiku mengharapkan segalanya akan hilang apabila aku membuka mata nanti.
"Ah!" Ternyata aku hampa apabila saat aku membuka mata; Jonathan berada betul-betul dihadapanku.
"Kakak ni dah kenapa? Kenapa berdiri sendirian di sini tengahari buta ni? Kakak baru balik dari mana tadi? Saya ada dengar bunyi kereta tadi; kakak keluar dengan siapa?" dengan tak semena-mena aku diserang soalan bertubi-tubi oleh sepupu bongsuku ini.
'Sejak bila pula budak ni jadi penyibuk?'
"Kak?"
"Ah… ya… kamu tanya banyak sangat, kakak tak tahu nak jawab yang mana satu dulu…"
"Oh… sorry… saya cuma risaukan kak Eliza saja…" Katanya sambil tunduk; tak sampai hati pula aku nak membebel padanya.
"Tak apa… kakak faham; thanks for your concern. That was just one of my friends dan kami baru balik dari pejabat atuk. Kakak makan tengahari dengan atuk dan kawan kakak tadi sebab takut atuk skip lunch."
"Makan di pejabat atuk?"
"Hmm… kakak bawa bekal dari rumah tadi; dah Adam insist sangat. Kakak ikutkan sajalah, nasib baik mood Atuk nampak baik hari ni."
"Adam?"
"Ah… tu nama kawan kakak tadi; er… kita masuk, jom!" sengaja aku menukar topik perbualan selari menolak Jonathan masuk melalui pintu hadapan; khuatir kalau dia akan mula bertanya perihal Adam pula.
Sejak itu, Eliza makin rapat dengan lelaki yang di gelar Adam ini. Dia semakin selesa hari demi hari apabila bersamanya. Datuknya; Victor juga tampak gembira dengan hubungan akrab mereka sehinggalah tiba hari itu.
"Thomas Adam Lee… target yang paling sesuai aku. Kacak, muda, berpengaruh, kaya dan yang paling penting; berkuasa." Fiona tersengih melihat foto Adam yang berada ditangannya; setelah rancangannya untuk kenakan Eliza tempoh hari kelihatan tak berjaya, dia merancang pula untuk mencari cara lain untuk menjamin kehidupannya.
Dalam banyak-banyak calon yang dilihatnya memiliki kelebihan untuk rancangannya; Adam yang tampak paling menonjol memandangkan dia merupakan waris tunggal bagi perniagaan keluarganya.
"Minggu ini, Atuk nak buat majlis makan malam untuk sambut ulangtahun syarikatnya yang ke 40 tahun. Awak datang, kan?" Eliza bertanya selari memandangnya dengan penuh pengharapan.
"Awak nak saya pergikah?"
"Eh? Tak lah… suka hati awaklah, nak pergi ke tak."
"Minggu ni ya? Hmm… tak kot; sebab saya agak sibuk kebelakangan ni. Lagi-lagi dalam seminggu ni, saya ada deal dengan orang luar. Maaflah."
"Hmm…" walau dia cuba memberinya sebaris senyuman; Eliza tak dapat menyembunyikan perasaan hibanya apabila dia mendengar jawapan Adam. Dia menjamah Aiskrim dihadapannya sambil menjebikkan bibir.
'How could I miss this chance to get close to you; my dear?' Adam tersenyum sinis melihatkan reaksi Eliza dihadapannya; ternyata ingin sekali dia pergi ke majlis itu.
Seperti yang dirancangkan, malam minggu itu; majlis ulangtahun Syarikat Lee berlangsung dengan Gahnya. Majlis yang julungkalinya diadakan itu diadakan disalah satu hotel naungan syarikat Lee.
Eliza melepaskan keluhan selari melihat sekerumunan manusia mulai memenuhi ruang dewan hotel. Dilihat Datuknya; Isaac sedang sibuk diruangan VIP dengan dikapit Fiona yang dari awal kelihatannya beriya ingin membantu.
"Kakak nampak desperate, kan? Saya dah cakap dah… jangan terlalu menonjol, nati Atuk tak suka; tapi dia tetap berdegil."
"Biasalah kak Fiona tu… dia takkan berhenti selagi tak dapat apa yang dia hajatkan."
"Kak Eliza… saya masih tak sempat nak minta maaf secara langsung dengan kakak; sebelum ni…" Eliza meletakkan tangannya ke atas bahu Jonathan selari memberinya sebaris senyuman.
"Sudahlah… kan kakak dah cakap tak apa…"
"Terima kasih, kak…"
"Lagipun, kakak tahu bukan kamu yang rancang semua tu." Eliza mengalihkan pandangannya kepada Fiona yang masih sibuk berdiri disebelah datuk mereka.
"Seperti yang kita semua sedia maklum, acara ini dilangsungkan untuk menyambut ulangtahun ke 40 syarikat kami yang telah berjaya diadakan dengan jayanya. Dengan ini saya ingin menyampaikan ribuan terima kasih dan rasa penghargaan saya yang teramat sangat pada pemuda yang telah saya anggap sebagai keluarga saya sendiri ini; juga orang yang bertanggungjawab ke atas penajaan tempat bagi majlis kita untuk malam ini, Encik Thomas Adam Lee. Dipersilakan, Thomas." Nama yang disebutkan datuk itu nyaris membuatkan aku tersedak minuman yang sedangku teguk ketika itu.
'Adam…' Kulihat, dengan lagak segak dan yakin; lelaki itu melangkah ke arah datuk yang sedang menunggunya diruangan pentas sambil tersenyum.
"Terima kasih, pappy… ini satu penghormatan bagi saya untuk diberikan peluang menjadi penganjur lokasi majlis yang berprestij sebegini." Kata-kata yang dilontarkannya dengan yakin dan tanpa sedikit pun rasa janggal dalam suaranya membuatkan dirinya makin tampak menarik dimataku. Dengan tak semena-mena hatiku berdebar buat sekelian kalinya.
"Kak?"
"Hah?" panggilan Jonathan menyedarkan aku dari lamunan.
"Akak kenalkah dengan Encik Thomas tu?"
"Er… mungkin…" aku yang teragak-agak untuk menjawabnya cuba melarikan diri apabila aku tampak peluangku; datuk kelihatan turun dari pentas menuju ke meja makan.
"Ah, I better go to Grandpa now; kasihan datuk duduk makan seorang diri. Lagipun, kita kena pastikan dia makan ubat, kan?" aku tersengih selari meluru ke arah datuk yang kelihatan telah duduk di meja makan ditemani Adam disisinya.
"Nak larilah tu…" Jonathan mengomel selari melihat sepupunya tergesa-gesa ke arah ruangan makan; matanya terhenti kepada kakaknya yang kelihatan sedang leka memerhatikan sesuatu.
"Apa yang dia fikir pula tu?" Dia kemudian mengikuti ekor mata Fiona; mengarah kepada Adam.
"Kak dah tukar strategikah?" ada nada sinis didalam suaranya tatkala dia menghampiri kakaknya itu.
"Kalau ada, apa salahnya?"
"Kak aim dia pula?"
"Kenapa? Kau rasa tak sesuai? Dia kacak, kaya, dan berkuasa pula tu. Kau dah dengar cara dia berucap tadi? Penuh dengan karisma…" ternyata wanita ini telah tergoda dengan pesona lelaki yang bergelar Thomas Adam ni.