"PIMM!!!" Sebuah kereta merah hampir melanggar William yang sedang meluru keluar dari pintu pagar; aku terkedu seketika.
"Awak tak apa-apa? Maaf… saya tak sengaja…" sejurus selepas itu, seorang lelaki keluar dari bahagian pemandu kereta; dia nampak biasa dimataku.
"Tak… saya yang salah…maaf…" William yang kelihatan keliru seketika meminta maaf sebelum beredar dengan tergesa-gesa.
"Encik?" Lelaki itu kelihatan bimbang akan reaksi William; cuba untuk menghampirinya, tapi dia telahpun kabur dari situ.
"Awak?" Tanpa sedar, aku kini menghampiri lelaki itu.
"Hah?"
"Awak tak apa-apakah?"
"T… tak; tapi, kawan awak tu…"
"Baguslah… pasal dia, awak jangan risau sangat. Dia memang macam tu." Aku melepaskan keluhan; bagai merasa lega dengan jawapan yang ku terima darinya.
"Awak, okay?"
"Hah? Hmm…" Aku mengangguk selari menyembunyikan wajahku; terasa hangat pipiku dengan pandangan tajamnya.
"Eliza, kenapa berborak tengah panas tu? Kasihan kawan kamu tu; jemputlah dia masuk dulu." Suara Atuk mengejutkanku selari aku mendongak; Atuk tersenyum sambil memberi isyarat untuk aku masuk dari beranda biliknya. Aku menjemputnya masuk atas pelawaan atuk tadi; terasa kekok seketika.
"Cik Rozelle masih marahkan saya?" Pertanyaannya perlahan tatkala dia mengekoriku dari belakang; menuju ke ruangantamu.
"Depends…"
"Pada apa?"
"On why you're here today."
"I'm here… For you." Langkahku terhenti secara tiba-tiba; membuatkan lelaki itu hampir melanggarku. Jarak antara kami menjadi amat dekat; dia memberiku renungan yang aku sendiri tak faham.
"Ehem!" Kami menjarakkan diri antara satu sama lain apabila menyedari atuk telah memasuki ruangtamu dari tingkat atas.
"Selamat sejahtera, Encik Lee. Apa khabar Tuan?" Lagaknya bersahaja apabila berhadapan dengan atuk; berbeza dengan sesiapa yang kukenali sebelum ini.
'Siapa sebenarnya lelaki ni?'
"Selamat sejahtera… Sihat orang tua; biasalah…" Datuk menyambut tangan yang dihulurkannya; bersalaman sebelum menjemputnya untuk duduk.
"But, you don't really look like your age, sir."
"Haha, kamu serupa betul dengan papa kamu Thomas; suka bergurau dengan aku."
"Papa? Datuk kenal dengan encik ni?"
"Bukan kamu dah kenalkah dengan si Thomas ni?"
"Er…"
"I believe… maksud cik Rozelle tadi, dia tak tahu pasal sejarah pappy dan papa saya."
'Eh? Rozelle? Kenapa dia boleh tahu nama tu? Aku tak pernah beritahu pun nama aku pada dia sebelum ni; inikan pula nama penuh? Aku tak perasan pun dia panggil aku dengan nama tu, tadi; siapa dia ni!' aku makin tak keruan dengan keberadaan lelaki ini.
"Papa Thomas ni dulu kawan baik dengan papa kamu; dia selalu datang sini lepak dengan papa kamu untuk beriadah mahupun buat study group."
"Oh… tapi, kenapa papa tak pernah cerita pun pasal hal ni?"
"Mungkin papa kamu ada sebab yang tersendiri."
"Ada kebakaran kilang berlaku 20 tahun yang lepas; mungkin itu sebabnya…"
"Tapi, apa kena-mengena hal tu dengan papa; kenapa papa nak rasa bersalah?"
"Eliza!" Nada datuk yang kedengaran keras membuatku tersentap seketika.
"Tak apa, pappy. Macam mana pun, benda tu dah lepas. Saya tak rasa apa-apa pun."
"Thomas, pappy minta maaf…"
"Cik Rozelle ada hak untuk mengambil tahu apa yang dia nak. Papa saya dan awak adalah rakan kongsi dan atas jasa baik pappy, mereka berdua dapat membuka syarikat sendiri. Kilang yang terbakar tu… adalah kilang yang baru di ambil alih oleh syarikat mereka. Papa terlalu teruja sehingga terlupa akan keselamatannya sendiri waktu itu." Sebaris senyuman kelat mematikan ayatnya. Aku mulai merasa bersalah dengan reaksinya; dia tak kelihatan marah, tapi hiba.
"Menurut polis, papa kamu cuba untuk masuk kembali ke dalam kilang tu untuk selamatkan Liam; papa Thomas. Tapi api terlalu marak bagi dia mahupun sesiapa untuk berbuat apa-apa. Punca kebakaran ketika tu ialah litar pintas; ada pekerja yang mencuri api dari kilang mereka untuk dibekalkan ke rumah mereka." Datuk menyambung sambil meletakkan tangannya dibahu lelaki yang dikenali dengan nama Thomas ini; cuba menenangkannya.
"Thomas, pappy perlu minta diri untuk keluar sekejap; kamu berboraklah dengan Eliza dulu. Do stay for lunch, okay?"
"Sure…" Suaranya perlahan selari bersalaman sekali lagi diiringi sebaris senyuman.
"Eliza…" Sempat lagi atuk mengisyaratkanku untuk meminta maaf padanya sebelum menghilangkan diri melalui pintu hadapan; meninggalkan kami berdua disitu sendirian.
"Tho… Thomas, kan? Saya minta maaf pasal tadi… Saya tak bermaksud pun." Rasa bersalah mulai memenuhi ruang hatiku; aku tunduk dengan rasa malu.
'Mungkin aku dah terlalu melampau tadi; kasihan pula padanya.' Aku mengangkat kepalaku perlahan apabila tiada jawapan; mengintai reaksinya. Dia hanya memberiku renungan yang sama tapi kini dengan sebaris senyuman; membuatku terpaku seketika sebelum tunduk semula.
Lelaki ini tiba-tiba bangun mendekatiku; membuatkan aku berdiri kaku disitu, masih tunduk dengan mataku dipejam.
"Cik Rozelle Eliza Lee…" suaranya yang terasa dekat membuatkan aku berasa makin berdebar.
"Hah?" aku membuka mata tatkala namaku dipanggil; lelaki itu kini berdiri betul-betul dihadapanku. Dia bertubuh tinggi lampai; jadi, dia sengaja membongkok sedikit untuk selarikan pandangan matanya denganku.
"Ah!" Perbuatannya itu membuatkan aku berundur dari situ secara refleks dan terduduk di sofa empuk dibelakangku dengan tak sengaja.
"Kalau awak betul-betul nak minta maaf…" Dari menghabiskan ayatnya, sekali lagi dia mendekati aku;
"Apa yang awak nak buat ni?" aku bersandar kaku disitu sambil menutup mata; dengan kedua-dua tanganku berpeluk tubuh.
'Apa yang dia nak buat pada aku ni? Nak balas dendam pasal tadi?'
"Give me your phone."
"Eh?" Permintaannya itu membuatkan aku terpaku sebentar; sebelum tersedar semula.
"Hand it over…" Nadanya yang kedengaran tegas membuatkan aku patuh tanpa bantahan; selari mengeluarkan telefon dari poket bajuku dengan tergesa-gesa sebelum menghulurkan padanya.
"Here…"
"Dia nak telefon aku? Nak buat apa; takkan orang kaya macam dia pun tak mampu nak beli telefon baru?" rungutku perlahan selari menjeling ke arah lelaki yang sedang membelek-belek telefonku.
"Nah…"
"Eh?" dia menghulurkan telefonku kembali padaku sambil memberiku sebaris senyuman.
"Saya dah simpankan nombor saya dalam telefon cik Rozelle; saya akan hubungi cik dalam masa terdekat ni. You can call me too, whenever you felt like it."
"Buat apa saya nak hubungi awak, En. Thomas? Kita bukan ada urusan pun."
"Adam Thomas Lee…"
"Hah?"
"Itu nama penuh saya, awak boleh panggil saya apa saja yang awak nak."
"Adam." Panggilan Eliza perlahan; tapi cukup untuk membuatkan Thomas terdiam.
"Hmm?"
"I prefer the name Adam… Itu pun kalau awak tak kisah." Eliza mengalihkan pandangannya selari cuba menyembunyikan sebaris senyuman; Adam yang perasan, tercuit dengan reaksinya lantas tertawa kecil.
"Then; Adam it will be…"
"It's a deal, then. Tapi, awak masih tak beritahu saya macam mana awak boleh tahu nama penuh saya? Setahu saya, datuk tak pernah dedahkan hal saya pada sesiapa pun sebelum ini."