Chereads / Lollipop!(Malay) / Chapter 7 - Bab 6

Chapter 7 - Bab 6

'Huh... sepanjang malam aku tak dapat tidur pasal hal semalam.' Aku menggaru-garu kepalaku sambil menguap untuk beberapa kali. Perkara semalam masih mengganggu aku hingga kini.

"Kau kenapa ni, Dani? Dari tadi aku tengok dok menguap saja... dah macam badak air dah aku tengok mulut kau tu." Aiman, kawan sekelas aku tiba-tiba menyapa dari belakang.

"Ish! Apalah kau ni! Kawan kita ni punyalah hensem, adakah nak dibandingkan dengan badak air?" Arman pula menyambut sambil menepuk-nepuk bahuku.

"Banyaklah kau punya hensem! Aku tidur lambat semalamlah... itu yang mengantuk semacam saja ni..." sekali lagi aku cuba menahan mengantuk sambil menggesek-gesek mata.

"KRRIINNGGG!!!!" bunyi locengsekolah membuatkan langkah kami yang baru tiba di sekolah menjadi laju dengan serta-merta.

"Cepatlah sikit, Dani! Nanti lambat tak pasal-pasal kena diri di depan!" panggil Arman sambil mendahului aku. Aku memepercepatkan langkah sambil sesekali menoleh dan melihat sekeliling; aku masih tak nampak kelibat Rita dari tadi.

'Dia... tak datangkah?'

'Manalah budak ni? Kenapa tak datang pula hari ni? Baru saja aku ingat nak soal siasat dia pasal semalam... spoilt betullah...' aku melepaskan keluhan kecil sambil merenung kerusi kosong Rita yang berada betul-betul berhadapan meja cikgu; sebaris denganku.

"Hai, mengeluh panjang nampak... cik abang kita ni? Teringatkan girlfriend?" Aku terkejut apabila suara Mira; penolong ketua darjah kelas kedengaran dari belakang.

"Tak adalah..."

"Kalau tak ada, kenapa mengeluh saja dari tadi? Awak ada masalahkah?" Aku melepaskan satu lagi keluhan sambil membetulkan kedudukanku.

"Ri..." Aku teringat sesuatu.

"Ah, tak apa-apalah... saya tidur lambat semalam, tu yang tak bersemangat ni..." Niatku terus terhenti apabila perasaan khuatirku mulai hadir.

"Oh... siapa suruh tidur lambat? Hmm... tak apalah, saya nak pergi bilik guru ni. Kena pergi panggil cikgu... Bye!" Gadis itu pergi meninggalkan aku sambil melemparkan senyuman ceria. Mira memang seorang yang ceria dan peramah selain bertanggungjawab dalam jawatannya sebagai penolong.

Berbeza dengan ketua kelas kami; Yus yang merupakan seorang pendiam dan suka membaca, jarang betul nak nampak dia buka mulut. Tapi, mungkin itu memang sifat dia.

"Huh! Nasib baik tak kantoi!" Aku melepaskan keluhan yang terasa berat dari tadi sambil memerhatikan Mira keluar dari kelas. Perlahan-lahan; pandanganku kembali ke kerusi kosong Rita.

'Kenapa dia tak datang hari ni? Dia tak sihatkah? Ke... pasal semalam?'

Aku membuka mataku yang masih terasa berat; menatap siling yang terbentang luas di atasku. Bermacam-macam perkara mulai bermain dalam fikiran tika ini terutamanya perkara semalam.

"Rita... Papa kamu terlibat dalam kemalangan."

"Papa? Apa maksud pak cik ni? Bukankah papa dah tak ada sejak 5 tahun lepas? Saya dan mama yang jumpa mayat papa masa tu... Kenapa... pak cik cakap papa kemalangan? Saya... tak faham." Aku keliru dengan keadaan tu.

"Pak cik, kenapa pak cik diam ni?" Aku masih tak puas hati melihat Pak cik Joe yang enggan menjawab soalanku dan hanya mendiamkan diri. Dia menoleh ke arahku sambil perlahan-lahan mendekatiku lalu memegang bahuku.

"Rita... sebenarnya William tu; bukan bapa kandung Rita..."

"Hah? Ap... apa yang pak cik cakapkan ni?" Aku terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut Pak cik Joe.

"Rita..."

"Pak cik tak boleh cakap macam tu! Walaupun papa tak pernah layan saya dengan baik, dia tetap papa saya! Jadi, pak cik tak layak nak cakap macam tu!" dengan tak semena-mena aku jadi berang dan menepis tangan pak cik Joe.

Memang benar papa tak pernah layan aku macam anaknya sendiri; malah aku selalu diherdiknya. Tapi, aku tetap menghormatinya dan menganggapnya sebagai cara papa menunjukkan kasih sayangnya. Jadi, aku tak suka ada orang yang memepertikaikan status papa bagiku.

"Rita, dengar dulu!" sekali lagi dia memegang bahuku; memujukku supaya bertenang.

"Mendiang tu... Bapa tiri Rita; mama Rita dah mengandungkan Rita masa berkahwin dengan William." Lidah aku jadi kelu; aku terlalu terkejut dengan pernyataan tu.

"Pak cik... bergurau, kan?" suaraku jadi makin bergetar.

"Rita... Takkan pak cik nak bergurau dalam hal ni?" aku menggeleng-gelengkan kepala; bagai tak percaya dengan apa yang baru kudengar tadi.

"Rita, dengar sini... pak cik tahu semua yang berlaku dengan tiba-tiba ni mesti buat Rita terkejut, kan?" Aku hanya membatukan diri; masih tak dapat memahami situasi sekarang.

"Tapi... itu semua tak penting sekarang, Rita... yang penting; kita kena pergi tengok papa kamu di hospital sekarang juga..."

Pak cik Joe, sepupu mama yang dah hampir 2 tahun tak aku jumpa tiba-tiba muncul di sekolah dan mengatakan papa aku kemalangan. Sedangkan 5 tahun lepas, mama dan aku sendiri yang menguruskan majlis pengebumian papa. Papa meninggal kerana pengambilan ubat terlarang yang berlebihan.

Perlahan-lahan aku memejamkan mataku sebelum menarik nafas panjang. Aku bangun dari situ dengan perasaan yang tak menentu melangkah malas ke arah tingkap bilik rumah sewa kami. Dari sebalik langsir putih yang ditiup bayu pagi; dapatku melihat bayang mama sedang duduk dihalaman rumah sambil termenung.

Sejak papa pergi, mama selalu termenung dan mengabaikan dirinya sendiri. Aku makin risau apabila mama sering jatuh sakit kerana terlalu mengikutkan perasaan; sebab itu jugalah kenapa aku sering dipanggil ke bilik kaunseling sejak sekolah rendah lagi.

'And now... this...' Pertemuan aku dengan 'papa' malam tadi masih mengejutkan aku.

"Rita... ini bapa kandung Rita; Thomas Lee." Walau pada mulanya aku enggan keluar dari perut kereta untuk bertemu dengan lelaki yang didakwa 'papa' oleh pak cik Joe ni, aku akur apabila dipujuk untuk beberapa kali.

"Abang Thomas, cuba tengok siapa yang datang ni?" Aku hanya terpaku disitu tanpa sebarang kata apabila pak cik Joe menyuruhku mendekati lelaki yang masih kelihatan terlantar dan tak sedarkan diri ini.

"Pak cik? Kenapa...

"Abang Thomas koma lepas kemalangan minggu lepas; puas jugalah pak cik mencari kamu. Nasib baik terserempak dengan kamu tadi." Lelaki itu hanya memeberikan senyuman kelat sambil pendangannya tak teralih dari lelaki ini.

"K...Koma?" Aku mengalihkan perhatian kepada lelaki yang bergelar 'papa' ini kembali.

"Doktor kata keadaannya dah semakin stabil dan cuma nak tunggu dia sedar saja. Pak cik dah tak ada akal macam mana nak buatkan dia sedar. Lantas pakcik teringatkan kamu dan terus mula mencari. Pak cik fikir... mungkin dia akan gembira kalau nampak kamu masa sedar nanti." Terangnya lagi, suara pak cik Joe bergema dibelakang telingaku.

'Papa...' Dia kelihatan pucat dan lemah; wajahnya putih tapi berkumis, mungkin kerana sudah lama tidak di rapi. Tubuhnya taklah sekurus mendiang papa dan agak berisi sedikit.

'Tapi... betulkah dia papa aku? Betulkah apa yang didakwa pak cik tadi?'