Chereads / Lollipop!(Malay) / Chapter 8 - Bab 7

Chapter 8 - Bab 7

Keesokan paginya; aku dijemput Pak cik Joe ke hospital semula untuk menjenguk papa; Pak cik Joe sudah meminta cuti bagiku dari pihak sekolah supaya aku tak dikira ponteng.

"Papa, saya datang lagi." Gadis itu mengomel selari bersalaman dengan papanya sebelum duduk disisi lelaki itu. Rita ditinggalkan sendirian bersama papanya kerana Pak cik Joe perlu ke pejabat dengan segera.

"Sejujurnya Rita tak tahu pun perihal papa dan mama yang sebenarnya; siapa papa dan bagaimana kita boleh ada dalam situasi sebegini, saya pun keliru. Tapi, dalam kekeliruan ni; saya tetap bersyukur sebab saya dapat peluang kedua untuk ada seorang papa." Rita mengucup lembut umbun lelaki yang tak pernah dukenalinya dulu itu dengan penuh sayu.

"Rita, ni pak cik bawakan…. Eh? Rita buat apa tu?" Joe terhenti di pintu bilik apabila melihat Rita sedang merapikan wajah abang iparnya.

"Ah, pak cik dah sampai? Rita nak minta tolong sikit, boleh tak? Pak cik tolong belikan krim pencukur dan pisau pencukur untuk papa… papa dah lama tak bercukur, makin semak pula Rita tengok."

"B…Boleh… tapi, kamu tahukah macam mana nak guna? Nanti luka pula muka papa kamu tu."

"Pak cik jangan risaulah, dulu saya selalu tolong rapikan kumis papa William; jadi saya agak pakar dalam hal ni." Rita tersenyum sambil mengeyitkan matanya; cuba menyakinkan pak ciknya yang kelihatan ragu-ragu tadi.

"Yalah… suka hati kamulah; tapi, kamu pastikah nak jaga papa kamu sepanjang bulan ni? Sekolah kamu, macam mana?" gadis itu senyap seketika sebelum melayangkan pandangannya pada papanya yang masih tak sedarkan diri.

"Setakat ni… ini sahaja yang mampu Rita lakukan untuk papa yang Rita baru 'dapat' selama 15 tahun Rita hidup ni. Jadi kalau boleh, Rita nak habiskan sebanyak masa yang boleh dengan papa; sekurang-kurangnya sebelum peperiksaan Rita bulan depan." Joe merapati anak saudaranya itu sebelum meletakkan tangannya keatas bahu Rita sambil tersenyum.

"Kalau itulah keputusan kamu, pak cik ikutkan sahaja; asalkan kamu jangan abaikan pelajaran kamu." Rita memegang tangan pak ciknya selari mengangguk.

"Terima kasih, pak cik."

Sebulan berlalu dengan pantas; sebulan itu jugalah Rita mengambil cuti untuk menjaga papanya di hospital. Selain menjaga mamanya dirumah dengan bantuan bapa saudaranya yang tak henti-henti memberinya sokongan.

"Rasa macam sekejap sahaja masa sebulan ini berlalu; esok Rita nak masuk sekolah balik. Papa, cepat sedar ya? Rita janji akan jaga papa semampu boleh." Gadis itu mengucup umbun-umbun lelaki itu sebelu pak ciknya masuk ke dalam ruang bilik.

"Pagi, Rita…"

"Selamat Pagi, pak cik… "

"Hari ni pak cik akan bawa papa kamu keluar dari sini."

"Keluar? Tapi kenapa?"

"Disebabkan kamu pun dah nak masuk sekolah semula dan pak cik pun akan mula sibuk lepas ni. Jadi, tak ada orang yang akan tengok-tengokkan papa kamu disini macam selalu. Pak cik pun bercadang untuk bawa papa kamu pulang ke rumahnya; sekurang-kurangnya ada yang akan menjaga papa kamu bila kita berdua sibuk." Rita terdiam sebentar mendengar penjelasan pak ciknya itu.

"Tapi… macam mana saya nak menjenguk papa lepas ni?"

"Itulah yang pak cik nak bincangkan dengan kamu ni."

Pak cik Joe meminta aku dan mama untuk berpindah masuk ke rumah papa secepat mungkin. Walaupun pak cik dah sedia maklum keadaan mama yang agak tak stabil ketika ini, dia tetap meminta agar aku mencari jalan agar mama dan aku dapat berpindah ke situ dalam kadar segera.

Aku menghela nafass yang terasa agak berat sambil membelek-belek buku teks sejarah yang akan ku bawa ke sekolah esok.

"Esok… apa khabar Dani sepanjang aku tak ada sebulan ni, agaknya? Ada ke sesiapa yang nak try dia? Agak-agak, dapat ke?" dengan tak semena-mena fikiranku melayang kembali kepada cinta pertamaku; Muhammad Danial Reza. Membuatkanku tersengih sendirian bagai kerang busuk didalam bilik melayan perasaan.

"Rita…" suara mama yang kedengaran sayu dari luar bilikku mengejutkan aku dari lamunan.

"Mama?" Lantas aku bangun dan mendapatkan mama yang kelihatan cengkung dan kurus dan membawanya untuk duduk di atas katilku.

"Kenapa mama tak tidur lagi ni? Kan dah lewat; nanti mama tak cukup tidur pula esok."

"Rita… mama dah dengar pasal Rita nak kita pindah tu…" kata-kata mama membuatkan aku membatu seketika.

'Bila pula mama terdengar semua ni? Takkanlah pak cik Joe dah beritahu mama sebelum ni?'

"Mama…" aku terhenti lagi apabila mama memegang erat tanganku.

"Mama dapat tahu pasal hal ni masa kamu jumpa dengan pak cik Joe tempoh hari dan…"

"Dan?" Hatiku berdebar ingin mendengar mama menghabiskan ayatnya.

"Kita akan pindah dari sini."

"Betul ni, mama?" Mama hanya mengangguk lemah selari dipelukku erat. Aku bagai tak percaya mama akan setuju dengan permintaanku kali ini.

"Tapi…Mama ada satu syarat…" Sekali lagi jantungku berdebar selari aku merenung tepat ke anak mata mama.

"Syarat…?"

"Mama mahu kita selesaikan hutang papa sebelum keluar dari sini." Syarat mama kedengaran berat bagiku kerana sejujurnya aku sendiri sedang mengalami masalah ekonomi. Sejak aku menjaga papa di hospital, aku telah berhenti melakukan kerja sambilan dan hampir terlupa tentang hutang yang ditinggalan mendiang papa dulu.

Aku melepaskan keluhan sekali lagi selari melangkah masuk ke kawasan sekolah.

"Rita!" panggilan namaku terdengar sayup dari belakangku; lantas aku menoleh. Meera; rakan sekelasku menepuk bahu selari berjalan seiringan denganku.

"Meera, ingat siapalah tadi…"

"Hai, kau ingat siapa pula tadi?" dengan tak semena-mena; wajah Dani muncul dalam fikiranku, membuatkan aku tersengih sendirian.

"Tak ada sesiapalah!"

"Kau dah lama menghilang; si Jeremy tu hari-hari aku tengok tanyakan kau pada Dani."

"Jeremy? Kenapa pula dia nak cari aku? Aku tak… Ah, yalah!" Lantas aku teringat akan perbualan aku dan Jeremy di tangga tempoh hari.

"Kenapa?"

"Hari tu, dia ada minta nak jumpa aku lepas sekolah sehari sebelum aku cuti panjang; tapi aku betul-betul lupa! Mungkin sebab tu dia cari aku." Terangku panjang lebar; aku cuba untuk mengelakkan dari tersalah faham akan hubungan aku dan Jeremy.

"KRRRRIIIINNGGGGG!!!!!!!!" loceng sekolah mengejutkan aku dan Meera lantas kami tersedar.

"Loceng!" Kami berdua berlari sekuat hati ke tapak perhimpunan dan mengambil tempat.

"Rita…" suara yang biasa ditelinggaku kedengaran saat perhimpunan bermula; aku menoleh dengan hati yang berdebar. Dani sedang memerhatikanku dengan senyuman; membuatkan hatiku makin tak keruan.

"Selamat pagi!" Dia menyapaku dengan suara seakan berbisik kerana perhimpunan telah bermula lantas dibalas oleh ku pula.

'Looks like a good start for me!' aku tersengih selari memandang semula ke hadapan.