'Mana dia ni?' Aku yang berdiri belakang pentas sambil menggenggam tanganku sendiri yang mulai terasa sejuk ini melayangkan pandangan ke sekeliling kawasan yang mulai dipenuhi manusia itu dengan perasaan bercampur baur; Erina telah pun naik ke atas pentas sambil menunggu giliran untuk dipanggil dibelakang tabir.
"Psst! Mia!"
"Hm?" perhatianku teralih ke arah suara bisikan yang datang dari arah cik Erina yang baru saja naik ke atas tadi; kulihat dia tersenyum memandang ke arahku.
"Terima kasih, Mia! Cantik baju yang awak pilih ni!" nadanya masih berbisik sambil tunduk; nampak dia seorang yang rendah diri dan tak sombong dengan orang lain.
"Sama-sama, Cik Erina... terima kasih sebab bagi saya peluang ni." Giliran aku pula berbisik padanya dengan perasaan bercampur baur; terasa pipiku semakin hangat dengan pujian yang jarang benar didengarku sebelum ini.
"Awak memang berbakat! Nanti kita bekerja sama lagi, ya?"
"Hah? Er... okay..insyallah..." sekali lagi aku menundukkan wajah sebelum nama cik Erina dipanggil MC yang berdiri di atas pentas tadi dan nama Amry dipanggil selepas itu.
"Eh? Abang dah naik pentas... mana pula si Am ni?" secara spontan, mataku meliar kesekeliling kawasan itu sambil mencari kelibat Amry yang berupa abang Amir.
"Er... Mia? Ni, Mia, kan?"
"?!?! Ya? Awak siapa?" seorang lelaki memakai kemeja hitam menghampiriku dari belakang dengan sebaris senyuman kekok.
"Oh, maaf... saya Haidar... pegawai keselamatan bertugas yang tolong awak masa awak menghendap abang awak hari tu.... ingat tak?"
"Ah! Oh, Haidar! Saya tak sangka awak ingat pada saya lagi... " lantas aku teringat akan peristiwa sebelum 'insiden' tu dulu.
'Dia ingat aku? Aku pun dah lupa pasal hal tu... memalukan betullah.' Aku mengumam perasaan sendiri sambil tersengih dengan perasaan janggal.
"Macam mana saya boleh lupakan awak? Awak satu-satunya perempuan yang tak menjerit masa event tu, tahu?"
"Hehe... er... awak bertugas ke, hari ni?" sengaja aku menukar topik perbualan yang terasa makin kekok padaku itu.
"A'ah... saya ditugaskan untuk jaga event hari ni... er... lebih kuranglah."
"Lebih kurang?" perkataan itu kuulangi sambil mengalihkan pandangan padanya dengan perasaan ingin tahu.
"Sebab saya cuma bertugas di laluan masuk dan keluar tu saja... pastikan orang ramai tak berpusu-pusu... dan semuanya berjalan lancar."
"Pentinglah tugas tu... kalau awak tak ada untuk pantau semua tu, mesti ada masalah nanti... kan?"
"Betul juga... terima kasih sebab buatkan saya sedar kepentingan kerja saya ni."
"Eh, tak ada apalah..."
"Sekurang-kurangnya saya bersemangat sikit nak bekerja balik , kalau tak; saya ingat nak berhenti tadi."
"Awak nak berhenti? Kenapa?"
"Saya selalu kena buli dengan supervisor tu... hampir semua kerja dia suruh saya buat; kurang sifat perikemanusiaan langsung!"
"Pfft... kata, awak kerja dibawah dia, biasalah tu kalau kena suruh..."
"Memanglah... tapi, kalau asyik saya saja yang kena; tak melampaukah? Sampai makan pun suruh saya belikan, anak dia balik sekolah pun ssaya juga yang kena ambilkan... bukannya dia bayar lebih pun..."
"Itu... macam dah melampau."
"Kan?... hmm..."
"Jadi, awak nak berhentilah ni?"
"Idea asal, memang nak berhenti... tapi, saya dah jumpa dengan awak; rasanya tak jadi...kot."
"Eh? Kenapa pula?"
"Sebelum ni saya tak ada kawan... sekarang saya dah ada awak jadi kawan saya."
"Bila pula kita jadi kawan?"
"Eh? Kita bukan kawankah?"
"Tak... saya tak cakap apa-apa pun dari tadi, kan?"
"...." dia terdiam sambil menundukkan wajahnya; membuatkan aku tersengih kerana berjaya mengusiknya.
"Pfft... saya gurau sajalah! Okay, mulai sekarang; kita kawan."
"Betul?" Haidar kembali tersenyum sambil memandangku.
"Ya... kita kawan..."
"Kalau macam tu, saya nak minta nombor awak; boleh? Nanti senang-senang bolehlah kita contact... lagipun, kalau kita ada event pada masa yang sama, bolehlah saya beritahu awak."
"Oh, boleh juga... kejap; nah... awak misscall nombor awak guna telefon saya tu." Tanpa berfikir panjang, aku terus menghulurkan telefon pintarku padanya secara spontan.
"Okay."
"Terima kasih, sebab percayakan saya."
"Kata nak jadi kawan... kawan mestilah percaya antara satu sama lain, kan?"
"Ya... betul tu...!??!"
"Ehem! Ni siapa ni?"
"Am? Ah... ini; Haidar, kawan baru Mia... Er... Haidar, ni kenalkan; abang saya, Am..mier.... Amier." Suara yang datang dari arah belakangku membuatkan kedua aku dan Haidar tersentak buat seketika.
"Oh.. inilah skandal...?!?!"
"Haidar!" aku serta merta menahannya dari terus bersuara selari dijeling Amry yang kelihatan tak puas hati sejak tadi.
"Oops..."
"Ya, akulah skandal Laila tu... kau ada masalah dengan aku?"
"Hah? Er... tak...saya tak ada masalah dengan tu..."
"Haidar, kami pergi dululah? Nanti kita contact lagi, ya? Am, jom!"
"Saya tak habis lagi!"
"Jom!" aku terus menolak Amry keluar dari ruangan itu menuju ke lobi lif dengan langkah laju.
"Kenapa tu?" sesampainya kami dihadapan lif, secara spontan; aku terus bersuara dengan nada tak puas hati.
"Kenapa; saya? Kenapa awak boleh senang-senang bercakap dengan dia tu? Lepas tu, awak siap bagi nombor telefon lagi dengan budak tu! Awak tahukah siapa dia? Macam mana kalau dia ada niat buruk pada awak? Macam mana kalau dia salah gunakan nombor telefon awak tu?" nadanya kedengaran lebih khuatir dari sepatutnya; membuatkan Mia menjadi agak pelik dengan respon yan diberikannya itu.
"Salah guna? Untuk apa?"
"Ma...manalah saya tahu... tapi, semua tu tak mustahil, kan?" cuba mengawal nadanya, dia kelihatan gugup seketika selari bersuara lagi.
"Amry, apa yang awak merepek ni? Dia cuma nak jadi kawan saya sajalah...."
"Awak pasti?"
"Amry... cubalah jangan fikirkan benda yang tak masuk akal, boleh? Apa saja yang buatkan awak fikir dia berniat jahat pada saya ni?"
"Hamboi, bisingnya? Apa saja yang korang gaduhkan? Dari luar tu aku boleh dengar, tahu?" Amier muncul selepas suaranya kedengaran dari luar ruangan lobi tadi dengan nada sinis.
"Abang?" Mia terus terdiam apabila terlihat akannya kelibat abangnya itu.
"Hah, Amier; cuba kau tegur adik kau ni sikit... cepat betul dia percayakan orang, tahu?"
"Apa benda, kau ni?"
"?!?!" Mia terdiam apabila nada Amier kedengaran lebih tegas dari sebelum ini.
'Mia? Kenapa muka dia macam tu?' reaksi Mia yang berubah serta merta kepada pucat itu; menarik perhatian Amry kepadanya.
"....tak... ada apalah abang." Mia hanya menundukkan wajahnya dengan perasaan cuak.
"Kau buat apa kali ni?"
"..." dari menjawab, gadis itu hanya mendiamkan diri; ternyata dia tak berani untuk bersuara lagi.
"Amier, adik kau tak buat apa pun.. sebenarnya."
"Betul? Habis tu, kenapa kau cakap macam dia buat salah tadi?"
"Aku... cuma salah faham saja tadi... betul."
"Betul ni, Mia?"
"Y...ya..."
"Hmm.. kau ni pun... dahlah, aku nak pergi tukar baju sekejap, lepas tu nak pergi makan; tunggu aku ditempat parking kereta tu."
"Okay." Amry menjawab dengan perasaan semakin bersalah apabila melihatkan reaksi mencuka di wajah Mia sejak tadi.
"..."
"Mia... saya..." keluar saja abang dari ruangan itu, kedengaran suara Amry dari belakangku.
"Jomlah, kan awak dah dengar apa yang abang cakap tadi?" sengaja aku melintas ayatnya sebelum mula bergerak dari situ; ingin saja aku lari dari situasi itu ketika ini.
"Mia."
"?!?!" kali ini aku terhenti apabil tanganku dicapainya perlahan.
"Maaf, saya tak tahu pun yang Amier akan bagi respon macam tu; tadi..."
"Tak... tak apa... awak tak tahu, kan?" aku cuba bersuara tenang selari melepaskan genggaman tangannya dan mengalihkan perhatian padanya semula; sebaris senyuman kupaksakan bagai cuba menyembunyikan perasaan sebenarku waktu itu.